Memaparkan catatan dengan label rasuah dewan rakyat najib jahanam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label rasuah dewan rakyat najib jahanam. Papar semua catatan

Ahad, 23 Oktober 2016

Menteri Salah Keruk Sindir Najib Sarkas..?


Dalam usaha mengampu dan menjilat..! si Salah Keruk dilaporkan berkata tindakan keluar beramai ramai pembangkang ketika pembentangan bajet sedang dibaca oleh bosnya merupakan tindakan meng'sarkas'kan Dewan Rakyat..!

Tak pasti kalau Salah Keruk juga sebenarnya menyindir Najib apabila berkata demikian..!

Pertamanya Najib semasa pembentangan bajet seakan menjadikan Dewan Rakyat seperti mesyuarat UMNO..!

Tidak pernah berlaku pembentangan bajet kena membawa rakyat untuk dijadikan alat politik sempit..! Tak cukup dengan itu siap diberikan tepukan..! 

Nampak sangat Najib yang terdesak lagi tersedak cuba meraih seberapa banyak simpati politik ke atas dirinya. Setelah UMNO dijadikan perisai kini Dewan Rakyat melalui wakil wakil kelomok rakyat pula dijadikan sandaran oleh Najib untuk menagih simpati dan sokongan..!

Tidak kah Najib sedar bahawa para wakil tersebut gagal dan tidak mematuhi etika pemakaian pelawat yang memasuki Dewan Rakyat? Bukankah hanya baju kebangsaan dan suit sahaja yang dibenarkan semasa berada di dalam Dewan?

Seperkara lagi, mungkin juga kalau Najib masih berkuasa untuk membentangkan bajet tahun depan maka segala macam alat dan peralatan yang terlibat didalam bajet perlu untuk dibawa ke dalam dewan?

Cukup cukup la berpolitik sempit hanya kerana diri sendiri sudah sudah semakin sempit dan buntu menggenggam kuasa yang saban hari terhakis..?

Bukankah keluarnya 1/3 ahli dewan rakyat semasa pembentangan bajet olehnya membuktikan bahawa penolakan sebahagian rakyat yang diwakili oleh mereka? Bukankah itu bukti penolakan 52% undi rakyat ke atas Najib?

Satu hal lagi, kenapa pula Najib tidak membangkit isu rasuah yang sedang mengggenjala kakitangan awam? bukan kah tangkapan demi tangkapan dari Perlis sampai lah ke Sabah menunjukkan bahawa tahap rasuah cukup membarah didalan negara..! 

Kenapa tiada insentif yang diberikan dalam mencegah kemungkaran tersebut? Apakah langkah intensif kerajaan dalam mengatasinya?

Atau Najib tak teringin nak mendendangkannya?

Kenapa???

Lu Fikir La Sendiri!!!