Cuaca berjerebu memang berbahaya namun ianya masih kurang merbahaya berbanding pemimpin yang gila berkuasa..!
Firma minyak Rusia mungkin beli aset Petronas
Firma minyak dan gas Rusia, Zarubezhneft mungkin membeli aset Petronas, kata Menteri Tenaga Rusia, Alexander Novak.
Menurut Novak, Rusia juga sedang meningkatkan produk minyak dan minyak di rantau Asia Pasifik.
"Selain itu, Zarubezhneft menunjukkan minat dalam mengkaji aset Petronas. Pihak terbabit sedang mengadakan rundingan," katanya yang dipetik agensi berita Rusia Tasspada Jumaat lalu.
"Bagi Zarubezhneft, ia sedang mengkaji peluang melaksanakan projek-projek di Malaysia.
"Zarubezhneft mempunyai banyak pengalaman untuk meningkatkan keberkesanan dalam bidang sedia ada, dan menawarkan perkhidmatan dan penyertaannya," kata Novak.
Novak tidak menyatakan aset-aset negara yang sedang diintai oleh Zarubezhneft.
Beliau berkata demikian pada Sidang Kemuncak Peringatan Asean-Rusia di Sochi pada 20 Mei.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menghadiri sidang kemuncak dua hari itu.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menghadiri sidang kemuncak dua hari itu.
Petronas pada Mac lalu berkata syarikat negara itu akan mengurangkan kira-kira 1,000 peluang pekerjaan dalam usaha untuk mengurangkan kosnya di tengah-tengah kejatuhan harga minyak mentah dunia.
Petronas melaporkan keuntungan sebelum cukainya menurun sebanyak 53 peratus kepada RM36 bilion bagi tahun berakhir 31 Dis, 2015.
Malaysiakini telah menghubungi Petronas untuk mendapatkan komen.
Negara pernah menghadapi krisis ekonomi akibat serangan penyangak matawang Soros namun tidak pula rakyat mendengar berita aset penting negara dijual atau dilelong bagi mengatasi masaalah tersebut..!
Memang tajuknya mungkin..! tapi tak mustahil akan terjual..! Hari ni apa lagi yang belum terjual???
Rakyat terbanyak sedar lah..! Nyahkan para bangsat yang bersultan dimata tapi beraja di hati..!
Lu Fikir La Sendiri!!!
