Tak nafikan bahawa negara mempunyai produk pelancongan dunia..! Malah tak nafikan juga bahawa sektor pelancongan membawa pulangan lumayan kepada negara..!
Tapi kalau realiti hidupnya hanya menyedia dan menyelenggara namun yang menikmatinya hanya orang luar...rakyat negara ni nak jadi apa?
Jadi hamba sahya ajer..!
Lagipun pelancongan mewah tu tahap mana? tahap orang macam Jho Low ke? Pakat mampu tengok jer la rakyat negara ni..!
Malaysia perlukan pelancongan massa dan pelancongan mewah untuk menggiatkan lagi pembangunan ekonomi, dan kerajaan bersedia untuk menjadikannya kenyataan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Beliau berkata kerajaan perlu menyediakan perancangan untuk memenuhi keperluan bagi kedua-dua kumpulan dan Langkawi, sebagai satu daripada destinasi pelancongan utama di negara ini, boleh menawarkan potensi bagi pelancongan massa dan pelancongan mewah.
"Saya melihat Langkawi sebagai permata yang amat bernilai kepada negara," katanya dalam ucapan pada majlis menyambut ketibaan penerbangan pertama AirAsia dari Guangzhou, China ke Langkawi di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi di Langkawi hari ini.
Turut hadir Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiow Lai, anggota exco kerajaan negeri Kedah Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid, Ahli Parlimen Langkawi Datuk Nawawi Ahmad, Pengerusi Eksekutif AirAsia Berhad Datuk Kamarudin Meranun, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad Aireen Omar.
Najib berkata kerajaan bersedia untuk menarik lebih banyak pelancong termasuk pelancong mewah, dan sebagai kerajaan yang properniagaan, ia mahu melihat lebih banyak sektor swasta memainkan peranan mereka dan menyokong lebih banyak matlamat.
Susukan lah orang asing tapi anak dirumah jangan sampai mati kelaparan..! Ekonomi dan kesejahteraan hidup rakyat tetap menjadi agenda utama walaupun sebok nak mengampu dunia luar..!
Tak gitu?
Lu Fikir La Sendiri!!!
