Memaparkan catatan dengan label senarai pengerusi perhubungan umno negeri yang baru. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label senarai pengerusi perhubungan umno negeri yang baru. Papar semua catatan

Sabtu, 27 Julai 2013

Azam Pengerusi Perhubungan Baru...


JOHOR BARU: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor yang baharu Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada Sabtu berazam untuk terus mengukuhkan Umno supaya parti yang menjadi tunjang kepada Barisan Nasional (BN) itu kekal relevan sepanjang masa.
Khaled Nordin yang juga Menteri Besar Johor berkata beliau menerima jawatan itu dengan penuh keinsafan memandangkan tanggungjawab itu merupakan amanah yang sangat berat dan mencabar.
"Saya mengucapkan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada pucuk pimpinan parti, Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Razak dan seluruh kepimpinan Umno.
"Kita perlu mengutama dan mengukuhkan kedudukan Umno sebagai teras kepada B Nketika ini, lebih-lebih lagi kita baru sahaja melalui pilihan raya umum ke-13 lepas," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis gotong-royong memasak bubur lambuk anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan dan program kepolisan masyarakat Taman Sierra Perdana, di sini Sabtu.
Menurut Khaled Nordin, buat permulaan beliau akan mengemukakan pandangan bagi memperkukhkan parti kepada Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang akan menghadiri majlis berbuka puasa Umno Johor dan kerajaan negeri, minggu depan.
Selain berterima kasih kepada Datuk Abdul Ghani Othman atas jasa dan kejayaan menerajui Umno Johor dengan baik, Khaled Nordin turut meminta agar semua pihak terutamanya akar umbi agar memberikan sokongan tidak berbelah-bahagi dalam merealisasikan matlamat pengukuhan parti.
Pada Jumaat, Najib mengumumkan pelantikan Pengerusi Badan Perhubungan Umno yang baharu bagi enam negeri iaitu Perlis, Kedah, Selangor, Wilayah Persekutuan, Melaka dan Johor.
Jawatan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor kekal disandang Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad. - BERNAMA

Lu Fikir La Sendiri!!!

    Senarai Pengerusi & Timbalan Perhubungan UMNO Negeri Yang Baru.



    Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat mengumumkan pelantikan pengerusi dan timbalan pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri yang baharu.
    Beliau yang juga Presiden Umno berkata, pelantikan itu berdasarkan keputusan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti pada Jumaat.
    Senarai penuh Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri adalah:
    1. Perlis:
    Pengerusi – Datuk Seri Shahidan Kassim.Timbalan Pengerusi – Azlan Man.
    2. Kedah:
    Pengerusi – Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.Timbalan Pengerusi – Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah.
    3. Kelantan:
    Pengerusi – Datuk Seri Mustafa Mohamed.Timbalan Pengerusi – Datuk Awang Adek.
    4. Terengganu:
    Pengerusi – Datuk Seri Ahmad Said.Timbalan Pengerusi – Datuk Seri Idris Jusoh.
    5. Pulau Pinang:
    Pengerusi – Datuk Zainal Abidin Osman.Timbalan Pengerusi – Datuk Seri Dr. Hilmi Yahya.
    6. Perak:
    Pengerusi – Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir.Timbalan Pengerusi - Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah.
    7. Pahang:
    Pengerusi – Datuk Seri Adnan Yaakob.Timbalan Pengerusi – Datuk Mohd Shakar Shamsudin.
    8. Selangor:
    Pengerusi – Datuk Seri Noh Omar.Timbalan Pengerusi – Abdul Shukor Idrus.
    9. Wilayah Persekutuan:
    Pengerusi – Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.Timbalan Pengerusi – Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal.
    10. Negeri Sembilan:
    Pengerusi – Datuk Seri Mohamad Hasan.Timbalan Pengerusi – Datuk Shaziman Mansor.
    11. Melaka:
    Pengerusi – Datuk Idris Haron.Timbalan Pengerusi – Datuk Wira Ahmad Hamzah.
    12. Johor:
    Pengerusi – Datuk Seri Mohd Khaled Nordin.Timbalan Pengerusi – Datuk Seri Dr Latif Ahmad.
    13. Sabah:
    Pengerusi – Datuk Seri Musa Aman.Timbalan Pengerusi – Datuk Seri Saleh Said Keruak.
    Semangat pun mesti baru...Lu Fikir La Sendiri!!!