Memaparkan catatan dengan label sidang dewan rakyat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sidang dewan rakyat. Papar semua catatan

Khamis, 13 Mac 2014

Video ~ Kecoh Apabila Pembangkang Kena Belacan..!


Pedih telinga, sakit kepala dan merah mata puak pembangkang apabila wakil Ketereh membedal mereka didalam Dewan Rakyat siang tadi…

Layan…


Lu Fikir La Sendiri!!!

Rabu, 23 Oktober 2013

Noh Omar Bikin Panas..!


Siapa makan cili dia la yang terasa pedas..!


Satu perbahasan panas meletus di Parlimen apabila Datuk Seri Noh Omar (BN- Tanjung Karang) mendakwa antara ancaman besar kepada negara ini adalah konflik agama dan penyebaran ideologi lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
Beliau juga meminta Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar menyatakan pandangan beliau tentang liwat yang menyebabkan suasana bertukar hangat di antara ahli kedua-dua belah jurang politik.
Bekas menteri di Kementerian Pertanian dan Perindustrian Asas Tani ini berkata kerajaan perlu mengambil langkah segera untuk membendung masalah sosial seperti itu termasuk tuntutan yang dibuat oleh Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango) di Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk menggalakkan hak asasi LGBT.
"Kita juga membahaskan mengenai hak asasi manusia . Kita perlu menyokong hak asasi manusia dalam beberapa perkara tetapi kita tidak boleh menyokong LBGT kerana ia bertentangan dengan prinsip Islam.
"Lembu pun tahu bagaimana untuk memilih pasangan yang betul," katanya ketika membahaskan pindaan kepada Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas Akta) semasa bacaan kedua.
Noh juga bertanyakan kepada ahli Parlimen penggal pertama, Sim Tze Tzin (PKR-Bayan Baru) sama ada beliau menyokong perkahwinan sama jantina.
Beliau kemudiannya mengajukan soalan yang sama kepada Nurul Izzah Anwar (PKR- Lembah Pantai) dan meminta pandangan beliau mengenai liwat.
Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang mula mengemukakan pandangan lisan sebelum Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee meminta mereka bertenang.
Beberapa ahli Parlimen pembangkang bangun untuk membantah kenyataan Noh dengan Datuk Takiyuddin Hassan (PAS- Kota Baru) menggesa Noh menarik balik membuat kenyataan itu, menyifatkannya sebagai biadap.
Apabila diminta oleh Ronald untuk menjelaskan kenyataan beliau, Noh berkata, "Ya saya membuat kenyataan itu, tetapi saya hanya mahu tahu sama ada beliau menyokong liwat. Saya tidak menuduh beliau melakukan liwat, jika saya berkata begitu saya akan menarik balik," katanya.
Beliau kemudiannya terus mengecam Comango yang pergi ke PBB di Geneva, kerana mendakwa menghina perlembagaan persekutuan dan cuba untuk melemahkan Islam.

Rabu, 16 Mac 2011

Sidang Parlimen...Zahrin Buat Anjing Anwar Lari Dewan


Tiba Giliran Dato Seri Zahrin Ahli Parlimen Bayan Baru berucap membahaskan titah ucapan, mula sahaja speaker menyebut nama Bayan Baru, bededai kuncu kuncu anwar aljub altakuti cabut keluar meninggalkan dewan.

Zahrin yang memulakan ucapan dengan merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih diatas keperihatinan DYMM SPB Yang Di Pertuan Agong yang menyeru negara kearah perpaduan juga telah membidas puak pembangkang yang mengamalkan politik pecah belah.

Beliau mengambil contoh dalam isu TBH dimana rakyat dah semakin sedar akan sandiwara politik yang menyelubungi kes tersebut. " Pada asasnya TBH disiasat pihak SPRM berhubung kes rasuah melibatkan ahli politik DAP" Kita akui kematian TBH adalah sesuatu yang tragis dan segala butiran kejadian itu harus disiasat untuk mengenal pasti punca kematian beliau" katanya...
Tambah beliau

" Namun, kita tidak harus lupa bahawa ahli politik DAP mempunyai kepentingan terus dalam kes ini dan perlakuan mereka jelas membuktikan agenda politik mengatasi niat untuk mencari keadilan untuk TBH"
"Saya tidak faham kenapa Bukit Gelugor hanya berminat untuk menangguh, memperlekeh dan membantutkan perjalanan RCI. Apakah mereka ( Bukit Gelugor dan Puchong ) sebenarnya mewakili keluarga TBH sebagai peguam atau muncul semata mata untuk menjaga kepentingan poltik?"

Zahrin juga menambah bahawa buku jinggei yang dipopularkan oleh puak pembangkang hanya merupakan ulangan janji janji bohong yang sehingga kini tidak dapat ditunaikan. Haji Hadi dan kepimpinan PAS sudah bisu dari bersuara kerana sedar pembohongan bertopengkan reformasi sudah mula tertanggal dan menampakkan wajah pembohongan yang sebenar.

Agenda perjuangan nuar yang "ala bintang filem" dengan menyindir aljub altakuti dengan gelaran Ketua Umum & Keluarga Sdn Bhd jelas sudah sampai ke penghujung. Pembohongan 16 September masih segar dibenak rakyat maka kewujudan buku jinggei hanya merupakan siri pembohongan terbaru nuar aljub altakuti dan pakatan haram jaddah...

Tunggu Zul Kulim berbahas pulak...!

Lu Fikir La Sendiri!!!