Memaparkan catatan dengan label sirul altantuya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sirul altantuya. Papar semua catatan

Ahad, 31 Januari 2016

Tolong La Percaya Kata Kata Pembunuh Ni..!


Puak Pembangkang mahupun sesiapa yang sangsi dengan mengesyakki Najib membunuh Altantuya diharap dapat mengimani kata kata Sirul yang dilaporkan berkata...

Bekas komando polis Sirul Azhar Umar telah bersumpah bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak terlibat atau ada kaitan dengan pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006.
"Saya mengerti apakah kehendak sesetengah pihak ini yang berkepentingan bagi menjatuhkan seseorang. Saya tidak pernah diajar, diasuh untuk memfitnah seseorang.
"Adalah berdosa besar kepada saya jika saya memfitnah seseorang itu, dan saya lafaz di sini, Wallahi, Yang Amat Berhomat Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Abdul Razak langsung tidak ada terlibat, tidak ada kaitan dalan kes ini," katanya dalam satu rakaman ringkas.
Walaupun Sirul tidak menyatakan secara khusus apa "kes" yang dia katakannya Najib tidak ada kena mengena dengannya, tetapi dalam konteks video yang lebih awal, ia dilihat seperti merujuk kepada kes pembunuhan Altantuya.
Video sepanjang 55 saat itu dikatakan video yang ketiga oleh SIrul yang dilihat oleh Malaysiakini melalui sumber tanpa nama.
Ini adalah kali pertama Sirul menamakan seseorang dalam siri video tersebut. [Baca berita penuh]
Sirul tak buat akuan ni pun kita percaya Najib tak bunuh ALtantuya..! Renti ler jaja cerita Najib bunuh Altantuya..!
Cuma persoalan yang merewang dikepala rakyat ialah kenapa Sirul dan Azila bunuh Altantuya? Sedangkan Sirul dan Azila tak kenal pun Altantuya..begitu juga sebaliknya..!
Apakah Sirul & Azila membunuh Altantuya kerana suka suka nak bunuh..! Kalau suka suka buat apa lari keluar..! Balik dan jalani hukuman la..! Bunuh orang tak dosa besar ke rul?
Bagaimana Sirul boleh terlepas ke Australia? mungkin hantu Altantuya yang tolong loloskan diri atau mungkin agent yang sama meloloskan Dato Suboh, Nik Faizal dan 2 ekor cina 1MDB tu..! Jho Low tak perlu kerana dia kebal..!
Berbalik kepada pengakuan pembunuh diatas tu...diharap lepas ni senyap sunyi la cerita Najib bunuh Altantuya kerana memang Najib tak bunuh..! Itu kita percaya..!
Semoga pengakuan pembunuh diatas ni juga dapat menyucikan diri Najib dari sebarang penglibatan yang mengaitkan dirinya dengan perempuan Mongolia tu..!
Tak caya tanya Razak Baginda..! Tanya apa?
Lu Fikir La Sendiri!!!