Memaparkan catatan dengan label sokong kekal akta hasutan mb negeri sembilan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sokong kekal akta hasutan mb negeri sembilan. Papar semua catatan

Ahad, 19 Oktober 2014

MB Negeri Sembilan Memulakan Langkah..!


Pemimpin UMNO perlu lebih ramai berani tampil untuk menyatakan kebenaran..! Sebelum ini seorang Ketua Bahagian, hari ini bangkit suara seorang Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, esok lusa kita harap ada ahli Majlis Tertinggi dan disambut dengan lbih panas oleh semua kepimpinan UMNO diseluruh negara..!

SEREMBAN: Malaysia memerlukan Akta Hasutan 1948 bagi menjaga sensitiviti masyarakat pelbagai kaum di negara ini, kata Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan.
"Memang benar, akta ini diperkenalkan oleh British semasa zaman penjajahan namun, secara amnya mereka mempunyai fikiran serta pandangan yang jauh.

"Ini kerana rakyat di Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum yang perlu dijaga tahap sensitiviti agama, bahasa dan kebudayaan masing-masing," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) dan perasmian persidangan perwakilan ke-61 Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PV-ATM) cawangan Negeri Sembilan di sini, Sabtu.
Menurutnya pihak asing tidak harus campur tangan dan bersikap mendesak dalam perkara itu kerana ia menggugat kesejahteraan dan keharmonian rakyat. 

Sehubungan itu, beliau mencadangkan PV-ATM cawangan Negeri Sembilan membuat resolusi menggesa kerajaan supaya tidak tunduk kepada desakan pihak-pihak yang meminta akta itu dimansuhkan.

Mohamad juga meminta bekas tentera di seluruh negara supaya mendaftar seabagi anggota PV-ATM bagi membolehkan mendapat bantuan buat diri mereka dan keluarga.

Selain itu, beliau berharap Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) dapat memberikan latihan sewajarnya kepada tentera dalam penyediaan ke dunia persaraan.

Pada majlis itu, Mohamad menyampaikan PJM kepada 70 veteran PV-ATM Negeri Sembilan. 

Bawa dalam mesyuarat Majlis Tertinggi, lepas tu bahas dalam Perhimpunan Agung UMNO..! nyatakan pendirian UMNO dengan jelas..! nyatakan pendirian BN dengan jelas..! Akhirnya nyatakan pendirian Kerajaan dengan jelas untuk terus mempertahankan Akta Hasutan 1948..! 

Najib FAHAM tak..!

Lu Fikir La Sendiri!!!