Memaparkan catatan dengan label sprm 1mdb. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sprm 1mdb. Papar semua catatan

Isnin, 1 Februari 2016

Ish..Ish..Ish..Cobaan..!


Dahsyat kesan skandal 1MDB dalam negara ni..! Ini bukan cobaan ni..! ini betul betul kejadian..!

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed berikrar bahawa beliau lebih rela meletakkan jawatan daripada mengambil tindakan terhadap pegawai-pegawainya yang hanya menjalankan kewajipan mereka di bawah undang-undang.
Abu Kassim berkata demikian dalam memo dalaman yang terbocor dan kini beredar di media sosial.
“Berdasarkan pengalaman saya lebih 30 tahun dalam bidang pencegahan rasuah, saya tahu yang pegawai-pegawai SPRM sentiasa menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka dengan profesional.
“Saya ingin menegaskan bahawa saya rela bersara daripada mengambil tindakan ke atas pegawai yang selama ini mempertahankan kebebasan SPRM dan menegakkan keadilan, serta hanya menjalankan tanggungjawab yang diberikan mengikut undang-undang negara,” katanya dalam memo yang telah tersebar di Facebook.
Memo itu dipercayai dikeluarkan ekoran serangan bloger terhadap pegawai SPRM selepas pengarah operasi khas suruhanjaya itu, Datuk Bahri Mohd Zin membuat kenyataan baru-baru ini.
Terdahulu Bahri berkata SPRM berkemungkinan besar akan membuat rayuan terhadap keputusan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali (gambar) menutup dua kes berkaitan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Sementara itu, Pengarah Komunikasi Strategik SPRM Rohaizad Yaakob mengesahkan bahawa kenyataan Abu Kassim hanya bertujuan untuk edaran dalaman saja.
"Kenyataan itu bertujuan hanya untuk kakitangan SPRM. Jika telah bocor di Facebook, orang yang bocor ia perlu bertanya kepada diri sendiri di mana integriti mereka,” kata Rohaizad kepada Malaysiakini.
Khamis lalu, Abu Kassim berkata pegawai SPRM mesti mendukung standard etika yang tinggi dan bertanggungjawab terhadap sumpah jawatan mereka.
Abu Kassim turut mengulangi bahawa SPRM tidak mempertikaikan atau mencabar keputusan Peguam Negara untuk membersihkan perdana menteri dengan isu ‘derma’ RM2.6 bilion dan wang RM42 juta SRC International.
Berapa ramai yang sudah menjadi mangsa skandal ni? nak berapa ramai lagi? Sedangkan Jho Low berjoli tak berenti diluar negeri..!
Berapa ramai Pemimpin Melayu dah jadi mangsa?
Lu Fikir La Sendiri!!!

Sabtu, 8 Ogos 2015

Ada Kebocoran Bermakna..!


Apa nak jadi dengan pemerintahan negara ni?

Katanya menyiasat kebocoran..! kebocoran apa? duit 2600 juta yang masuk ke akaun peribadi Najib walaupun diawalnya bukan main bersilat menafi dan menari..akhirnya pentas yang dipersalahkan..! Duit tu memang masuk..! duit tu memang ada..! maknanya takde kebocoran...! maknanya kenyataan awal mengenainya adalah benar, sahih dan tulen..! apa yang bocor?

Menjilat lah para juak bagi menghalalkan perkara tu dengan perkataan yang cukup menjadi azimat berguna hari ini iaitu DERMA..! 

Kebocoran draft pendakwaan? kan dah disebutkan oleh pihak kerajaan bahawa draft tersebut adalah fitnah, palsu, tipu, dicipta dan banyak lagi ungkapan yang sewaktu dengannya..! So takde la kebocoran..! 

Kalau bocor ianya memberi makna naskah tersebut TULEN..! BENAR dan SAHIH..!

Tindakan demi tindakan yang amat drastik dilakukan ke atas pihak SPRM lebih condong menjurus persepsi yang lebih besar kepada wujudnya kebocoran naskah tulen..!

Kalau dah tulen dan benar naskah tersebut maknanya ada lah kes..! ada la kesalahan yang telah dilakukan..! Ada la pendakwaan yang bakal dibuat..! ada la yang bakal dituduh..! 

Kesimpulannya mudah.. Kalau tak tulen dan sahih takde la kebocoran...tak gitu?

Lu FIkir La Sendiri!!!

PETALING JAYA: Arahan pertukaran dua pegawai kanan SPRM berkuatkuasa serta merta ternyata menimbulkan kemarahan di kalangan pengurusan tertinggi badan bebas itu.
Beberapa jam selepas surat rasmi pertukaran Pengarah Komunikasi Strategik, Datuk Rohaizad Yaakob dan Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Bahri Mohamad Zin ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) diterima, Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Shukri Abdull tampil bersuara. "Hantar balik pegawai saya segera, ambik saya sebagai ganti," katanya ketika dihubungi Jumaat.
Beliau yang bercuti dan masih berada di luar negara turut menegaskan, semua pegawainya bertindak atas arahannya.
SPRM pada Jumaat dikejutkan dengan pertukaran dua pegawai kanannya secara serta merta ke Jabatan Perdana Menteri.
Antara mereka yang ditukarkan itu ialah Bahri - salah seorang daripada kakitangan yang disiasat polis dari Bukit Aman berhubung syarikat kerajaan, 1MDB.