Teruskan..!
Siasatan ke atas SRC International dan penyaluran dana RM2.6 bilion ke akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih diteruskan, kata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Penjelasan itu dibuat suruhanjaya itu kerana mendapati umum masih keliru berhubung proses siasatan yang dijalankan pihaknya.
“SPRM mendapati banyak pihak masih tidak jelas atau terkeliru dengan menganggap bahawa SPRM telah menghentikan siasatan berkaitan dengan isu SRC International ataupun mengenai dana RM2.6 bilion."
"Siasatan berkenaan isu SRC International yang melibatkan dana RM4 bilion masih dijalankan oleh SPRM.
"Oleh itu, SPRM mahu menekankan bahawa SPRM tidak pernah menyatakan kes yang disiasat ini telah ditutup," kata kenyataan yang dikeluarkan SPRM, Rabu.
Selain itu, tambah suruhanjaya itu, siasatan berkaitan dana RM2.6 bilion dan isu SRC International adalah dua perkara yang berbeza.
Sambil tu...
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan meminta penjelasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung sumbangan derma RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun peribadinya.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan SPRM pada Rabu, langkah susulan itu perlu selepas pihaknya mendapat penjelasan dan pengesahan penderma dari Timur Tengah yang menyalurkan dana berkenaan.
"SPRM tidak boleh mendedahkan identiti pihak yang mendermakan dana RM2.6 bilion kepada Perdana Menteri.
"Bagaimanapun, Datuk Seri Najib Tun Razak akan diminta memberi penjelasan mengenai sumbangan derma yang diterima beliau kepada SPRM," kenyataan itu dipetik.
Menjelaskan lebih lanjut, SPRM berkata, butiran penderma diketahui melalui dokumen yang diambil dari bank.
"Terdapat empat surat yang diserahkan kepada pihak bank apabila jumlah wang yang besar dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri.
"Dalam dokumen itu ada dijelaskan bahawa sumbangan RM2.6 bilion adalah sebagai derma," menurut kenyataan itu.
Tambah SPRM lagi, Peguam Negara turut meminta suruhanjaya itu membuat penjelasan berhubung perkara ini sementara siasatan masih dijalankan.
"Sumbangan derma RM2.6 billion itu tiada kaitan langsung dengan 1MDB," kata SPRM lagi.
Jeng..jeng..jeng..!
Pergi bilik air jap..!
Lu FIkir La Sendiri!!!
