Siapa cakap Najib makin lemah..! Sejak pertemuan Najib bersama sama Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jumaat lalu Najib berasa sokongan terhadap beliau semakin meningkat.
Rupanya sokongan Ketua Ketua Bahagian ke atas Najib tidak memadai..! Maknanya Ketua Ketua Bahagian gagal meyakinkan Najib bahawa sokongan mereka juga bermakna sokongan solid mencakupi kepimpinan di peringkat Bahagian hingga ke akar umbi.
Ini juga bermakna bahawa sokongan Ketua Bahagian tidak menyeluruh dan mungkin tidak ikhlas..! Kalau pertemuan ini dibuat sebelum PRK Rompin dan PRK Permatang Pauh tempohari pasti BN akan menang besar dengan majoriti yang bertambah dan termuntah muntah..!
Setelah mendapat azimat, selepas ini tentu para Timbalan Ketua Bahagian akan turun ke bawah, ke padang, ke jalan, ke kebun getah dan ke laut untuk menerangkan isu yang membelit seperti isu GST, 1MDB, topup 60 sen dan banyak lagi.
Tentu sokongan rakyat akan bangkit menyinar..! Tentu kasih sayang rakyat kepada Najib akan terserlah..! Ini semua kerana kerja keras para Timbalan Ketua Bahagian..! Syabas..!
Atau apakah selepas ini akan ada pula pertemuan dengan Naib, Ketua sayap, Ketua Penerangan, Setiausaha, Bendahari seluruh UMNO Bahagian hingga ahli akar umbi..!
Mesti ada pihak yang tersenyum lebar mengatur segala pertemuan..! Soalnya tulen ke sokongan yang di zahirkan kepada Najib?
Ini ajer ke kerja seorang PM? Tak selesai masaalah..!!!
Lu Fikir La Sendiri!!!
Lu Fikir La Sendiri!!!

