Memaparkan catatan dengan label tsm. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tsm. Papar semua catatan

Sabtu, 6 Februari 2016

Bersatulah Demi Kebenaran..!


Setuju...

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata walaupun jelas tergambar perasaan duka dan kecewa di wajah mereka yang ditemuinya - sama ada yang dikenalinya dan tidak dikenalinya - jauh di sudut hati mereka masih menaruh harapan.
"Harapan agar Malaysia dapat diselamatkan. Supaya Malaysia kembali pulih dan tidak menjadi sebuah negara yang gagal," tegas bekas timbalan perdana menteri itu.
Katanya, ini permulaan kepada satu perjuangan untuk memulihkan Malaysia dan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara lebih baik "kerana kita semua berhak untuk menikmati setiap kebaikan yang dianugerahkan oleh Tuhan kepada negara kita".
Menulis di Facebook malam tadi, Muhyiddin menegaskan bahawa mereka tidak akan ada kekuatan jika bersendirian.
"Tetapi jika kita semua bersatu hati, membuka minda dan nurani untuk melihat kebenaran, melawan kemungkaran dan bertindak untuk menjadikan masyarakat dan negara kita lebih baik daripada hari ini, maka nescaya kita akan berjaya jua akhirnya.
"Bagi saya, dalam hidup kita mesti ada prinsip. Prinsip yang paling utama ialah berpihak kepada kebenaran. Jangan sekali-kali kita berpihak kepada kebatilan. Sebagai seorang Muslim, ini adalah tuntutan agama.
"Justeru, saya tidak akan berpaling daripada perjuangan menegakkan kebenaran. Saya yakin, seluruh rakyat Malaysia berpendirian yang sama dan saya akan terus bersama-sama anda dalam perjuangan ini!
"Marilah kita bersama-sama memanjatkan doa ke hadrat Allah s.w.t. mudah-mudahan kita semua sentiasa diberikan kekuatan oleh-Nya. Amin Ya Rabbal Alamin!" katanya.
Kenyataan Muhyiddin itu dibuat hampir seminggu selepas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali membersihkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dari sebarang salah laku, berdasarkan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), berhubung RM42 bilion dari SRC International dan derma RM2.6 bilion.
Menulis lanjut, Muhyiddin berkata masalah besar yang sedang melanda negara ialah ketiadaan roh perjuangan untuk berpegang kepada prinsip-prinsip murni dalam kehidupan.
"Kerana itu berlaku masalah pecah amanah, tiada tanggungjawab terhadap rakyat dan mungkin tiada perasaan takut kepada balasan Allah s.w.t.
"Kemelut yang berlaku nampaknya seperti tiada kesudahan. Misteri kehilangan wang dan harta negara tidak akan terungkai, walaupun bagi yang mengetahui ia seperti rompakan di siang hari.
"Pelbagai cerita akan terus direka untuk mengaburi mata rakyat demi melindungi salah laku individu tertentu," katanya sambil menegaskan bahawa keadilan yang ditagih tidak akan tertegak dengan mudah.
"Kita tahu bahawa sebelum ini terdapat penjawat awam, ahli perniagaan dan ahli politik yang disiasat, didakwa dan akhirnya dihukum kerana menyalahgunakan dana awam dan menerima rasuah.
"Tetapi dalam skandal kewangan terbesar di negara kita yang melibatkan 1MDB dan SRC International, tiada sesiapa pun didakwa," tegas Muhyiddin lagi.
Bersatulah menolak kemungkaran..!
Lu Fikir La Sendiri!!!

Jumaat, 16 Oktober 2015

Jauhi Sifat Munafik..!


Setuju..!

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengajak umat Islam menjauhi sifat-sifat orang munafik dalam perutusan Maal Hijrah 1437H.
 
Sebaliknya Muhyiddin menasihatkan umat Islam mengamalkan sifat-sifat terpuji Rasulullah SAW iaitu siddiq (jujur), amanah dipercayai), tabligh (menyampaikan) dan fatonah (cerdas).
 
“Oleh itu, jauhilah sifat-sifat tercela seperti berdusta, khianat, menyembunyikan kebenaran dan lemah fikiran yang merupakan sifat-sifat orang munafik.
 
“Sebagaimana yang telah diperingatkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ‘Tanda orang munafik ada tiga iaitu jika berbicara dia dusta, jika berjanji dia ingkar, dan jika dipercayai (diberi amanah) dia berkhianat’ (HR Bukhari Muslim),” katanya dalam satu kenyataan.
 
Beliau turut berpesan supaya semua umat Islam di negara ini memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.
 
“Mengambil iktibar daripada peristiwa hijrah Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah, saya ingin berpesan kepada diri saya sendiri dan seluruh umat Islam di Malaysia supaya dapat bersama-sama memperbaiki dan menganjak kedudukan kita daripada yang baik kepada yang lebih baik.
 
“Dalam usaha kita ke arah menjadi insan dan ummah yang diberi berkat dan dilimpahi dengan segala rahmatNYA, marilah kita memperkukuhkan kesatuan hati sesama kita supaya terpancar sinar azimat yang menyuluh lorong-lorong perjuangan kita.
 
“Berazamlah untuk menjadi lebih baik dan jauhilah daripada perkara-perkara yang membawa kepada kemungkaran,” katanya.
 
Tambahnya, Maal Hijrah perlu dirai dengan penuh kesedaran dan kefahaman akan pentingnya penghayatan nilai-nilai murni keperibadian Rasulullah SAW dan perjuangan Baginda menegakkan syiar Islam.
 
“Marilah kita sama-sama berdoa ke hadrat ALLAH SWT semoga seluruh umat Islam di negara kita sentiasa dilimpahi rahmat ALLAH SWT dan Malaysia kekal aman, makmur dan sejahtera,” katanya.


Takkan nasihat menasihati pun jadi salah???

Ada yang terasa ke?

Lu Fikir La Sendiri!!!

Isnin, 25 Ogos 2014

Pemimpin Yang Berjiwa Besar..!


Berani menerima teguran..! Berani mengakui kelemahan...! Berani berkata benar..! 

Bukan reti menjilat dan mengampu ajer...!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Permatang Pauh – Kerajaan menerima dengan terbuka semua teguran dan isu yang dibangkitkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap kepimpinan negara, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata apa sahaja yang disebut oleh bekas perdana menteri itu dilihat sebagai satu teguran dan nasihat untuk memperbaiki kesilapan dan menjadi lebih baik.

“Kita terima ini adalah nasihat daripada bekas pemimpin kita yang amat kita hormati, dan oleh itu apa sahaja yang disebut oleh beliau itu kita berikan perhatian dan kita ucapkan terima kasih di atas teguran-teguran yang telah pun beliau buat terhadap pentadbiran (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Tun Razak) dan juga isu-isu yang telah dibangkitkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno bahagian Permatang Pauh di sini hari ini.

Dr Mahathir menerusi blognya www.chedet.cc berkata beliau terpaksa menarik balik sokongan dan mengkritik kerajaan di bawah pimpinan Najib kerana melihat dasar dan tindakan beliau tidak berkesan.

Dr Mahathir berkata berdasarkan situasi semasa dalam negara, kepimpinan Najib perlu diperbaiki, justeru itu beliau terpaksa mengambil pendekatan menarik balik sokongannya supaya Najib mempelajari sesuatu.

Muhyiddin berkata sebahagian besar daripada apa yang berlaku dalam kerajaan adalah hasil daripada perbincangan bersama sebelum ia diputuskan oleh perdana menteri atau kerajaan.

“Sebagai timbalan perdana menteri, saya dapati Datuk Seri Najib mengamalkan sikap terbuka, bersedia terima komen dan pandangan-pandangan,” katanya sambil menyatakan turut terkesan dengan kritikan Dr Mahathir kerana dasar-dasar kerajaan digubal secara bersama.

Sambil memberi contoh penghapusan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang memberi implikasi besar dalam soal keselamatan, Muhyiddin berkata terdapat teguran Dr Mahathir yang memerlukan kerajaan menilai semula langkah-langkah yang diambil dan memperbaiki keadaan.

“Proses penambahbaikan sedang berjalan, baik daripada soal pelan ekonomi, transformasi, hal berkaitan kaum dan sokongan masyarakat kepada kerajaan, semuanya kita nilai bukan sahaja oleh kerajaan tetapi juga oleh parti.

“Saya sebagai timbalan presiden Umno mengambil perhatian tentang perkara itu…jadi kita harap Tun akan terus bersama-sama dengan kita memberikan pandangan yang membina,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap perdana menteri diberi ruang dan peluang untuk terus menerajui negara kerana cabaran yang dihadapi kini adalah lebih besar dan perlu ditangani bersama.

“Keadaan pada masa ini telah banyak berubah dan kerajaan perlu lebih prihatin dengan pandangan masyarakat yang kini lebih terdedah kepada media sosial dan berasa bebas untuk menyuarakan pandangan dan pendapat mereka…oleh itu sokongan setiap pemimpin terdahulu adalah amat dihargai,” katanya.

Muhyiddin percaya Dr Mahathir terlalu sayangkan Umno dan Barisan Nasional dan mahu parti terus unggul dan mempertahankan kedudukan kerajaan pada pilihan raya umum akan datang.

Ditanya sama ada terdapat pihak yang mengambil kesempatan daripada teguran Dr Mahathir untuk melaga-lagakan kepimpinan kerajaan, Timbalan Perdana Menteri berkata: “Pastinya bila dah ada teguran Tun semua orang pandang serius…jadi pastinya ada reaksi tapi harapan kita supaya ia tidak akan menjadi satu perkara yang boleh memecahbelahkan”.


Beliau berkata teguran yang dibuat oleh Dr Mahathir itu mungkin memberi hikmah yang boleh mengukuhkan parti supaya Umno terus kukuh dan dihormati.