Memaparkan catatan dengan label tun m berani bersumpah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tun m berani bersumpah. Papar semua catatan

Sabtu, 20 Februari 2016

Berani Kerana Benar..!


Jelas berbeza hitam dan putih..! jelas berbeza api dan air..!

Selepas membuat gesaan supaya Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali bersumpah dengan al-Quran, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau juga bersedia untuk berbuat demikian sekiranya diminta.
“Kalau apa yang saya kata itu disangka fitnah atau tidak betul, suruh saya sumpah, saya kena sumpah la.
“Kalau saya suruh orang sumpah, saya pun mesti bersedia bersumpah, dengan niat yang betul. Bukan niat lain sumpah lain,” katanya kepada pemberita di Program Lets Read Quran di Ovul Damansara hari ini.
Sebelum ini Dr Mahatir mencabar supaya Apandi harus bersumpah dengan al-Quran bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Bank Negara tidak mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan rasuah.
Sebagai orang Islam yang baik, Mahathir dilaporkan berkata, Apandi harus bersumpah menggunakan al-Quran di masjid dengan disaksikan orang ramai bahawa laporan-laporan badan itu tidak mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dengan amalan itu.
Untuk sekian kalinya...kertas takkan mampu membungkus api..!
Lu Fikir La Sendiri!!!