Memaparkan catatan dengan label tun m proton. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tun m proton. Papar semua catatan

Jumaat, 8 April 2016

Kalau Bangang...Belajar La..!


Masih ada masa untuk memperbaiki kelemahan diri..! Kalau pun nak jadi pengampu...perlu ada ilmu..! kalau nak jadi penjilat...pun perlu ilmu..! Jangan ampu jilat tak tentu hala..! Hina sangat orang tengok..!

Layan...

Saya rasa saya berhutang penjelasan untuk anda semua tentang mengapa saya meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Proton.
Saya tidak disingkirkan oleh pengurusan Proton atau pemiliknya. Saya menentukan (keputusan ini) bersendirian, demi Proton saya harus meninggalkan. Lantarannya saya tiada dendam terhadap Proton ataupun saya mahukannya gagal selepas saya pergi.
Ini kerana nampaknya Proton akan berhadapan kesusahan dengan Kerajaan, dan untuk sebab yang tidak diketahui, jualan kereta-kereta Proton telah jatuh menjunam.
Saya tahu saya persona non grata dengan Kerajaan. Saya tidak mahu untuk menjadi punca ketidakupayaan Proton pulih disebabkan oleh kehadiran saya.
Saya sebenarnya mahu melihat Proton pulih dan melakukan dengan baik.
Jadi, tolonglah, pemilik-pemilik Proton dan pembeli, jangan kerana saya tidak lagi pengerusi, anda tidak menyokong Proton. Tolonglah teruskan menyokong Proton. 
Proton mempunyai banyak idea terbaik untuk memperkenalkan model baharu dengan kualiti yang bagus. Bulan ini, Perdana baharu bakal dilancarkan. Tahun ini juga, Persona dan Saga baharu akan dilancarkan. 
Proton tidak boleh mengharapkan apa jua bantuan daripada Kerajaan. 
Hanya pemilik dan penggemar Proton sahaja yang boleh membantu Proton. Jadi, tolonglah membantu Proton, pengeluar kereta nasional anda. 
1. Saya tidak lagi Pengerusi Proton. Bagaimanapun saya rasa keperluan untuk menyatakan fakta.
2. Pertama, Proton kini menjadi milik persendian selepas ia dibeli pada harga RM5.50 sesaham (harga asalnya RM2.95 tetapi bidaan menjadikan harganya tinggi), sebahagian besarnya dari Khazanah dan beberapa pemegang saham lain. Khazanah sepatutnya memegang saham untuk Bumiputra tetapi sekarang mewakili Kerajaan. Proton bukan GLC (Government Linked Company/Syarikat Berkaitan Kerajaan).
3. Dasar Kerajaan dahulunya, adalah untuk menggalakkan (penggunaan) kandungan tempatan. Semua kereta yang diperbuat atau dipasang di Malaysia berhak mendapat rebat bagi duti eksais berdasarkan peratusan kandungan tempatan yang digunakan. Kebanyakan kereta-kereta asing yang dipasang di Malaysia mempunyai 30-40% kandungan tempatan. Proton mempunyai hampir 90% kandungan tempatan. Lantaran itu, rebat untuk Proton adalah lebih tinggi. Ia bukan satu keistimewaan untuk Proton sahaja. Semua kereta tempatan dan asing menikmati keistimewaan ini. Kandungan tempatan meningkatkan kos mengeluarkan kereta. Ini adalah kerana elaun pemotongan oleh syarikat asing selalunya lebih rendah dari kos komponen tempatan.
4. Kerajaan mendakwa telah menyediakan bantuan, pelbagai bentuk bantuan serta pencukaian kira-kira RM13.9 bilion dalam keseluruhannya.
5. Kebanyakannya terdiri daripada cukai tetap. Rekod Proton adalah seperti berikut:
(1) RM1,320 juta sebagai cukai insentif kepada Proton yang juga layak diperoleh bagi kereta bukan-nasional.
(2) RM773.8 juta bagi Geran G&D, geran khas, pakej rangsangan, yang layak diperoleh bagi semua pengeluar automotif.
(3) RM12,532.6 juta untuk insentif tempahan, juga layak diperoleh semua pemain industri automotif.
Jumlah sumbangan Kerajaan dari 1985 – hingga ke tarikh berjumlah RM14,631.4 juta. 

Perincian (1), (2) and (3) dilampirkan.
Jumlah sumbangan Proton kepada Kerajaan sejak 1985 keseluruhan berjumlah RM24,905 juta.
Ini terdiri daripada:
(i) Duti eksais dari 1985 ke atas – RM11,785 juta
(ii) Cukai jualan dari 1985 ke atas – RM9,470 juta
(iii) Cukai korporat dari 1985 ke atas – RM1,410 juta
(iv) Duti import dari 1985 hingga 2008 – RM1,403 juta
(v) GST dari 1 April 2015 – RM28 juta

Jumlah keseluruhan: RM24,095 juta
Ternyata, Proton telah membayar lebih kepada Kerajaan berbanding yang diberikan oleh Kerajaan kepada Proton. 
Suntikan modal oleh Kerajaan dalam dua buah dana berjumlah RM400 juta. Ini telah dibayar sepenuhnya. Di mana, Proton telah dibiayai sepenuhnya bagi kilang Tanjung Malim berjumlah RM1.8 bilion dari akaun-akaun syarikat, tapi yang mengejutkan sebenarnya dana dalaman Proton memiliki sejumlah RM4 bilion. 
6. Sebagai tambahan, Proton telah membuka peluang pekerjaan kepada 12,000 pekerja secara langsung dalam satu masa, dan lebih 250,000 secara tidak langsung. Proton juga telah mengurangkan pengaliran dana mungkin berjumlah lebih daripada RM100 bilion. 
7. Para vendor turut mendapat peluang pekerjaan dan ini mengurangkan pengaliran bagi dana. 
8. Kita boleh melupakan pembangunan keupayaan kejuruteraan sebagai dasar kita sekarang iaitu mahu menggalakkan import. 
9. Secara kebetulan, semua negara yang mengeksport kereta ke Malaysia melaksanakan tarif dan sekatan bukan-tarif, mengakibatkan pengecualian pengimportan Proton ke dalam negara mereka. Ini berbeza dengan dasar kita yang membenarkan kereta-kereta asing masuk Malaysia tanpa sekatan atau had minimum.
10. Ia seharusnya dinyatakan bahawa Proton perlu bersaing dalam pasaran domestiknya sendiri terhadap jenama asing seperti Toyota (10 juta unit kereta setahun), pembuat-pembuat kereta Korea Selatan (lima juta buah kereta setahun), pembuat-pembuat kereta Jerman (enam juta buah kereta setahun) dan lain-lain.
11. Syarikat ini masih mampu biarpun (mungkin) kehilangan kereta mereka di Malaysia dan mendapatkannya semula di pasaran lain. Selain skala ekonomi, Proton tidak memasuki pasaran asing kecuali di negara-negara miskin dengan Jumlah Keseluruhan Industri rendah.
12. Hari ini Kerajaan sudah tidak ada harga diri dalam menghasilkan produk buatan nasional. Import lebih murah dan terdapat lebih ramai pengguna daripada pengeluar. Dalam sebuah demokrasi, jumlah diambil kira. Jadi menyenangkan dengan lebih banyak adalah lebih penting daripada keupayaan negara untuk membangunkannya.
Tapi..kalau memang memilih nak jadi bangsat..!
Lu Fikir La Sendiri!!!

Khamis, 11 Februari 2016

Negarawan Ulung..!



Hati budi dan jiwanya tetap kepada rakyat dan negara..! 

Layan...

PROTON (Versi Bahasa Melayu)
1. Baru-baru ini, saya merasmikan penghidupan pertama enjin baru buat Proton. Bukanlah selalu syarikat automotif menghasilkan enjin baru. Enjin Campro Proton kini telah berusia lebih 10 tahun. Jelas sekali ia tidak lagi sesuai untuk kereta hari ini. Jadi pengeluaran enjin baru bagi Proton adalah sesuatu yang diraikan.
2. Tetapi malang sekali wartawan tidak melihat kepentingan acara ini. Kami banyak mengeksport kereta Proton ke UK. Tetapi sejak pengenalan standard baru pengeluaran dan kecekapan bahan api kami tidak dapat menjual mana-mana kereta Proton di UK. Pembangunan enjin baru Proton oleh jurutera yang bekerjasama dengan RICARCDO di UK sekali lagi akan membolehkan kita memenuhi syarat-syarat di UK dan Eropah. Kami berharap untuk mengeksport semula kereta kami di negera-negara seperti ini.
3. Untuk itu, enjin hanya digunakan selepas ujian yang ketat termasuk perjalanan selama lima (5) juta kilometer. Ini selewat-lewatnya hujung 2017 sebelum pemasangan ke dalam kereta Proton. Selepas itu akan ada pelbagai ujian kepada setiap model. Penghasilan kereta memerlukan banyak masa.
4. Proton sedar akan persepsi negatif keretanya di pasaran Malaysia. Terutama dalam kalangan pemilik kereta import. Tidak ada apa yang dapat memujuk mereka untuk membeli kereta Proton. Sudah tentu kebanggan memiliki kereta buatan Malaysia tidak ada pada mereka.
5. Tetapi kereta yang kami hasilkan sekarang tidak lagi seperti kereta yang sebelumnya. Terlalu banyak pembaikan dan lebih banyak ciri-ciri ditampilkan daripada kereta lain yang sama kategorinya. Malah ciri-ciri yang berharga murah itu terdapat pada kereta yang mahal.
6. Proton Iriz 1.6 (A) mempunya enam (6) beg udara, pintu yang hanya terbuka selepas ditarik kali kedua, tidak akan meluncur apabila kaki diangkat dari brek ketika di cerun dan lain-lain.
7. Sesuatu perkara itu perlu diadili dengan mengalaminya sendiri. Untuk itu, ianya terdapat pada kereta Proton yang baru. Anda perlu memandu untuk mengetahui kecekapannya. Saya memandu Iriz dan Suprima S dan percayalah, saya sangat seronok memandu kereta ini. Terutamanya Iriz, yang mempunyai stereng berkuasa elektrik. Ia sangat ringan dan ia bertindak balas dengan cepat apabila melakukan pecutan.
8. Saya fikir kereta Proton layak dipandu uji oleh seluruh rakyat Malaysia. Beritahu kami tentang pengalaman anda. Kritiklah kereta ini. Kami mahukan maklumbalas supaya kami boleh menambah baik kereta ini.
9. Saya bukanlah seorang jurutera walaupun itu saya tahu sesuatu tentang kejuruteraan. Percayalah, bukan mudah untuk mereka-bentuk, membina, menguji dan mengeluarkan kereta. Sekiranya anda biasa dengan permainan mencantum gambar (jigsaw puzzle), anda akan memahami masalah yang dihadapi oleh jurutera dan pekerja pemasangan kami apabila mereka meletakkan bahagian bersama-bersama.
10. Terdapat 4000 alat/bahagian untuk direkabentuk, ditentu-ukur, dibuat dan dicantum bersama. Kita adalah satu-satunya negara membangun di dunia yang boleh lakukan semua ini. Saya merasakan bahawa pekerja dan jurutera kami layak untuk diuji sekiranya tidak disokong.
11. Kami bukanlah punca harga kereta naik. Bantuan yang kami peroleh dari Kerajaan juga diberikan kepada syarikat lain disebabkan oleh kandungan tempatan. Kita punyai hampir 90% kandungan tempatan; jadi kami membayar kurang duti eksais. Tetapi sejak penubuhan, Proton telah membayar lebih daripada 24 billion Ringgit dalam cukai sementara menerima hanya 14 bilion dalam potong duti eksais, bukan secara tunai. Ya, kami telah menerima sebahagian daripada geran penyelidikan dan pembangunan yang dijanjikan kepada industry.
12. Cukai ke atas kenderaan bermotor adalah punca kepada kenaikan harga. Tetapi Kerajaan perlu mencukai para pengguna jalanraya kerana jalan dan infrastruktur lain yang disediakan oleh Kerajaan.
13. Adalah penting untuk kita mengingati bahawa apabila anda membeli kereta luar, wang akan mengalir keluar dari negara ini untuk menjamin ekonomi mereka, juga sebagai manfaat kepada pekerja mereka.
14. Apabila anda membeli kereta tempatan, wang akan kekal dalam negara, pekerja akan mendapat wang, pengedar dan ejen juga pekerja mereka akan menikmati perniagaan yang diusahakan dan ekonomi tempatan akan berkembang. Ribuan keluarga menikmati kehidupan yang selesa.
15. Bayangkan sekiranya semua industri tempatan ditutup, amat sedikit yang mampu membeli barangan import. Kita akan kembali menjadi sebuah negara dunia ketiga yang gagal.
16. Malaysia ialah sebuah negara perdagangan, kita mengeksport dan mengimport. Sekiranya import melebihi eksport, kita tidak akan berkembang dan makmur. Semua negara yang mengeksport kereta ke Malaysia melindungi pasaran mereka, dengan ini Proton tidak dapat masuk ke situ.
Sumber chedet
Terbukti dan terus membuktikan..! Itulah jiwa negarawan ulung..! Kasih sayangnya hanya tertumpah kepada rakyat dan negara..!
Orang lain pun ada bukti dan dibuktikan juga..! Tapi bukti apa???
Lu Fikir La Sendiri!!!