Memaparkan catatan dengan label umno bn pemimpin jahanam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label umno bn pemimpin jahanam. Papar semua catatan

Sabtu, 27 Februari 2016

Pemimpin Semakin 'Sihat' ~ Rakyat Semakin Meluat..!


Mahu tidak nya..! cuba check berapa ramai pemimpin Bahagian yang membawa jemaah yang terdiri dari Ketua Cawangan, Wanita, Pemuda dan Puteri yang sebok mengerjakan umrah sekarang ni..! Ada pegawai Menteri tu siap bertukar baton bergilir membawa rombongan setiap bulan..!

Bagi Ketua Ketua Bahagian dan wakil wakil rakyat sama ada ADUN atau Ahli Parlimen pula..pakej melancong sekarang memang cukup laris..! Itu sebab ada ajer muka belacan yang baru balik, sedang terbang dan menunggu giliran untuk terbang ke luar negara terutama London dan US..! Perhatikan jadual mereka tentu ada yang syok 'terbang' kerana di sponsor..!

Selain bertujuan untuk 'mengepong' dan 'mengawal' agar terus taat dan menumpahkan kesetiaan..! ianya juga dilihat sebagai satu 'pelaburan' yang sedang giat di jalankan dalam meninjau kerusi panas Timbalan dan Naib Presiden parti..! Bagi puak ni negara nak jahanam bukan soal..! yang penting berjawatan dalam parti walaupun jawatan dalam kerajaan dah hampir hilang..!

Keputusan MT semalam hanya suatu yang rasmi di dalam Akta Pertubuhan hakikatnya Muhyiddin dah pun digantung sejak dari hilang jawatan sebagai TPM dan dihalang dari merasmikan sayap dalam Perhimpunan parti tahun lalu..! Semenjak itu Muhyiddin sudah pun dihalang dari berfungsi sebagai Timbalan..!

Rakyat melihat parti sudah dijadikan hak kepunyaan sesetengah pemimpin..! Parti sudah jadi syarikat Sendirian Berhad..! Ahli parti dilihat sebagai pekerja yang mesti menyokong apa jua yang di lakukan oleh bos 'syarikat' mereka..! Pekerja yang pandai menjilat dan kuat mengampu akan diberikan bonus dan ganjaran sementara yang mengkritik akan digantung dan dibuang kerja..! Itu realiti 'syarikat' ini di gerakkan hari ini..!

Apakah dengan suasana ini parti semakin kuat? kerajaan semakin hebat? Rakyat semakin meluat melihat gelagat musibat kaki sebat@kaki rembat..!

Seorang Ahli Parlimen senior pernah bercerita bahawa penggal ini merupakan penggal terakhir beliau sebagai MP..! Beliau akan memilih pengganti dan akan bekerja memenangkan penggantinya..! MP ni yakin bahawa penggantinya akan menang dengan mendapat majoriti sekitar 5 ribu undi..! 

Dalam PRU13 yang lalu MP ini menang dengan majoriti 10 ribu undi sedangkan dalam PRU12 dan PRU11 sebelumnya beliau mampu menang dengan majoriti lebih 20 hingga 30 ribu undi..! Graf menunjukkan penurunan ketara undi yang diterima olehnya..!

Mengambil cerita ini, bagaimana dengan 58 kawasan Parlimen yang hanya mencatat majoriti yang dimenangi oleh BN hanya sekitar 1000 undi? 

Dengan berusaha keras MP tadi beranggapan akan berjaya  memenangkan penggantinya dengan mendapat separuh majoriti..! Kalau mengikut teori MP tadi maka apakah pula jaminan 58 kerusi yang hanya menang dengan majoriti 1000 undi itu akan jatuh kepada 500 undi ?

Apakah calon yang sama? atau apakah calon baru? itu pun kalau tidak di sabotaj oleh calon lama yang digugurkan nanti? 

Sedangkan PRU13 yang lalu tiada dokumen, tiada 1MDB, SRC, Derma masaalah seperti  pecat, buang, gantung, bubar yang mana dapat  rakyat lihat, dengar dan pegang kini?

Dapatkah dipertahankan kerusi kerusi panas yang kelabu asap diwakili oleh BN kini? yang putih pun menjadi kelabu jangan tanya la dengan kerusi yang sedia hitam..!

Apakah kerja kerja pemimpin parti kini benar benar menyumbang kepada kekuatan parti dan kerajaan BN? 

Atau memang mereka menyumbang..! kerja kerja mereka dan tangan tangan mereka la sebenarnya yang menyumbang kepada kehancuran dan kejatuhan kerajaan dalamPRU14 nanti..! 

Tak gitu??? Nauzubillahiminzaliq..!

Mungkin benar ianya last term kepada MP tadi tapi mungkin juga last term bagi kawasan yang diwakilinya berlambangkan dacing..!

Lu Fikir La Sendiri!!!