Makin bertiup kencang..! makin ditahan makin membuak buak..! Berani kerana Benar..!
NUSAJAYA - Ketua Bahagian Gelang Patah, Mohamad Khairi A Malik mendakwa isu-isu berkaitan 1MDB, kejatuhan ringgit, pelaksanaan GST, pelucutan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin antara punca sokongan terhadap parti semakin lemah.
Beliau menyeru pemimpin tertinggi Umno dan kementerian terlibat membuat penjelasan dan pemantauan segera supaya isu ini tidak terus menghimpit rakyat.
Akar umbi mahu penjelasan daripada pemimpin pusat sekiranya tidak mahu isu ini menjadi punca kekalahan dalam pilihanraya terutamanya dinegeri ini yang menjadi tempat Umno 'dilahirkan'.
"Kita tidak mahu isu-isu ini menjadi punca parti berkubur sedangkan Johor adalah tempat Umno dilahirkan. ..disebabkan sayangkan parti juga kita mahu barisan kepimpinan tertinggi membuat penjelasan terhadap isu yang melemahkan sokongan rakyat, "katanya.
Beliau berkata demikian pada Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Gelang Patah, di Stadium Educity, di sini, yang dirasmikan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir merangkap Ahli Majlis Tertinggi Umno. sumber
Lu Fikir La Sendiri!!!
