Kalau kita dipihak yang benar tentu mudah dan lancar untuk menjelaskan sesuatu perkara..! Tak payah terkumam kumam..! tak payah terangguk angguk..! Macam kenyataan Shafie ni...
Datuk Seri Shafie Apdal mempersoalkan pertukaran secara tiba-tiba dua pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana ia boleh menghilangkan kepercayaan dan keyakinan rakyat kepada kerajaan dan Umno.
Naib Presiden Umno yang digugurkan daripada Kabinet dua minggu lalu itu berkata, perpindahan itu menimbulkan kesangsian di kalangan umum kerana SPRM masih menjalankan siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
“Mengapa tiba-tiba dua pegawai SPRM ditukar dalam siasatan 1MDB masih dijalankan? Tidak bolehkah tunggu sehingga selesai siasatan? Adakah kerajaan sendiri tidak mahu kebenaran tertegak,” soalnya menerusi kenyataan pada Ahad.
Bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu berkata, persoalan ini jika tidak dijawab dan dijelaskan akan menambahkan lagi defisit kepercayaan kepada kerajaan yang sudah hilang sekarang ini.
Sebenarnya UMNO dan Barisan Nasional masih ada masa..! masih berkesempatan...! jika ahli parti bijak dan berani menggunakan peluang dan ruang yang ada..! Macam ni...
Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menegaskan rakyat perlukan pemimpin yang berani bersuara supaya perjalanan pentadbiran negara dan kepentingan rakyat diutamakan.
Katanya banyak perkara yang beliau ucapkan dan tanyakan kerana ia berkaitan kepentingan rakyat.
"Saya perlu menyuarakan kerana saya adalah seorang wakil rakyat. Kalau saya bukan wakil rakyat, saya tidak bersuara.
"Apa ertinya saya mewakili rakyat kerana ini kepentingan rakyat dan negara kita. Jadi, itu yang berbangkit.
"Saya boleh diam dan beri sokongan dan buat tak tahu sahaja. Saya yakin keadaan itu akan berlainan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri Naib Ketua Umno Bahagian Rasah Datuk Abdul Karim Mustafa di Kampung Kubang dekat sini, hari ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: ‘I'm not yes man’, tegas Muhyiddin]
Katanya beliau bangkitkan dan suarakan beberapa isu yang hangat diperkatakan kini kerana beliau ingin tahu sebelum dipersoalkan oleh rakyat.
Shafie berkata banyak majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri dan majlis perasmian beberapa persidangan perwakilan Umno Bahagian yang telah beliau hadiri dan sambutan rakyat terhadap beliau amat menggalakkan. - Bernama.
Kan mudah..! cuma perlukan pemimpin yang berani dan yang penting pemimpin yang benar..! Ada...masih ramai lagi dalam UMNO yang mampu mengemudi parti dan negara secara benar, berani dan jujur..!
Tunggu apa lagi?
Lu Fikir La Sendiri!!!
