Memaparkan catatan dengan label untuk macai najib only - umno. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label untuk macai najib only - umno. Papar semua catatan

Sabtu, 6 Ogos 2016

Pengganti UMNO Bakal Muncul..!

UMNO sudah tidak lagi mewakili parti yang memperjuangkan Agama, Bangsa dan Negara tetapi sudah menjadi parti peribadi..! UMNO sudah menjadi parti elit..! Parti untuk mereka dan kalangan mereka sahaja..! Yang lain jadi apa?


Parti Baru Gabung Warisan dan Pembaharuan


CATATAN awal yang ringkas dan tentatif mengenai parti politik baru yang akan ditubuhkan.

Berikut adalah fakta awal/tentatif yang saya dengar dan pelajari mengenai parti itu:

1. Permohonan pendaftaran kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) akan dibuat secara atas talian (online) seawal hari ini dan dokumen sokongan akan dihantar secara peribadi pada hari Isnin.

2. Jawatankuasa penaja terdiri daripada Tun Dr Mahathir Mohamad (Pengerusi/chairman), Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin (Presiden), Kamarul Azman Habibur Rahman (Setiausaha) dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Bendahari). Ahli jawatankuasa terdiri daripada Anina Saadudin, Akhramsyah Sanusi dan Syed Saddiq Abdul Rahman.

Ahli jawatankuasa penaja parti warisan peribumi 
3. Ia adalah parti Melayu/Bumiputera (peribumi). 

4. Ia bermatlamat mewarisi, meneruskan dan memperbaharui perjuangan Melayu/Bumiputera dalam era globalisasi, reformasi, ketelusan dan keterbukaan.

5. Ia akan bekerjasama secara terangkum (inclusive) dengan parti-parti politik yang kini menentang Barisan Nasional. Perbincangan awal telah pun dimulakan.

6. Ia akan memasukkan ke dalam perlembagaannya ikrar berkaitan reformasi sistem politik dan pentadbiran negara, ketelusan, kebertanggungjawaban dan pencegahan rasuah serta mengehadkan tempoh pemegangan jawatan parti.

7. Ia berhasrat menggabungkan perjuangan dan pengalaman generasi lama dengan aspirasi dan kecerdasan minda generasi baru.

NOTA Kaki: Akhbar Sinar Harian melaporkan dari Kangar pada 4 Ogos bahawa usaha menubuhkan parti baru akan diberi kelulusan segera sekiranya semua syarat dipenuhi, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Katanya beliau tiada masalah untuk meluluskan permohonan membentuk parti politik baru itu.

Wallahuaklam.


UMNO hancur kerana menjadi parti Untuk Macai Najib Only..!

Lu Fikir La Sendiri!!!