
Mesyuarat Wanita UMNO Bahagian Sri Gading dijadualkan pada 10 hb yang lalu hari sabtu Jam 9.00 pagi, Mesyuarat berkenaan telah berjaya dijalankan dengan lancar dan didahului dengan ucapan perasmian oleh YB Ketua Bahagian Datuk Mohamad Haji Aziz merangkap Timbalan Pengerusi Tetap UMNO Malaysia.
Menurut sumber, YB Dato Hamzah Zainuddin, Ahli Majlis Tertinggi UMNO merangkap Timbalan Menteri Perusahan, Perladangan dan Komuniti akan merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO tersebut.
Namun satu sms telah diterima oleh Ketua Wanita UMNO Bahagian pada jam 2 pagi mengatakan bahawa Hamzah tidak dapat hadir kerana 'menjaga isterinya yang sedang sarat mengandung dan menunggu masa untuk bersalin'.
Diberitakan pada pagi Sabtu didalam majlis perasmian mesyuarat perwakilan wanita itu ramai lah dikalangan 'makcik makcik' wanita UMNO berdekah dekah ketawa kerana mendengar alasan hamzah itu...
Nampaknya wanita UMNO seakan tidak 'berbangga' dengan pengorbanan hamzah itu, 'saya ada anak 11 orang dan dalam tempoh saya melahirkan anak itu tidak pernah sekali pun suami saya ada bersama' kata seorang perwakilan!
'saya ada anak 6 orang dan sekarang sedang mengandung anak yang ke 7, dan tidak pernah pulak suami saya menemani saya bersalin, dan kali ini pun saya tidak menghrapkannya ada bersama, yang penting doa nya kepada saya dan bayi yang bakal lahir dan kami bahagia begitu' ujar seorang lagi perwakilan.
Inilah masaalah pemimpin UMNO hari ini! kalau kita kata tak serius dalam berpolitik mereka marah! tapi jenis pemimpin yang memberi alasan begini sewajarnya sudah tidak lagi berada di pasaran...terutama didalam pasaran yang genting kini!!!
Kalau dalam medan perang ini kita masih lagi sebok dengan alasan alasan yang tak masuk akal, bukan kata nak menang perang! belom perang pun dah terkangkang!!!
Lu Fikir La Sendiri!!!