Nak tunggu apa lagi? lauk dah depan mata..! Dalam sebok nak mengurus rakyat jangan pulak warga asing dilepaskan..!
Warganegara Singapura dianggap sebagai kumpulan paling tidak menghormati undang-undang negara ini terutama undang-undang jalan raya.
Menurut Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Mohd. Fuad Abdul Latiff berkata pemandu warganegara Singapura mencatatkan saman tertunggak paling tinggi iaitu 313,661 saman atau 37.4 peratus.
Katanya, ia diikuti pemandu warganegara Brunei iaitu sebanyak 48,179 saman, Thailand (17,654), Indonesia (2,614) dan negara lain 456,402 saman.
Beliau bagaimanapun enggan menjelaskan secara terperinci tentang sekatan jalan raya yang akan dilaksanakan nanti.
“Oleh itu, kita meminta agar pemandu warganegara asing sama ada dari Singapura, Brunei mahupun Thailand yang ingin masuk semula ke negara ini supaya menyelesaikan saman terbabit jika tidak mahu dikenakan tindakan.
“Mereka yang memiliki saman trafik tertunggak itu boleh membayarnya melalui laman sesawang www.myeg.com.my dan www.rilek.com.my dengan menggunakan kad kredit,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini, hari ini.
Banyak duit tuu...!
Lu Fikir La Sendiri!!!
