Sabtu, 3 Disember 2016

BASAH ~ Tak Hidup Dek Puji..! Tak Mati Dek Keji..!


Reti..?

Maaf la para sahabat seperjuangan..! Lencun..! Musim hujan la katakan..! Dek kerana kuyup segala gajet yang ada maka terganggu ler siaran kita 2 hari ni..! Sementara menunggu ianya di 'kering'kan maka terpaksa la masuk CC untuk memaklumkan keadaan..!

Apa pun admin sedang berusaha mengatasi masaalah yang melanda..! 

Biar gajet masuk air..! asal jangan kepala yang masuk air macam puak tu..!

Katanya kedai makan pak man di kampung sopi yor 2 hari ni kerana geng pak leman dan mak kiah ke kolompo..!

Nak tau juge apo yang dibawa balik esok..!

Mungkin ado azimat dan semangat..! sebab dongar nyor bukan main berapi laiee..! Tapi kalau sekadar beg pakaian dengan barang barang jualan macam tahun sudah..! kira ngabih kan boreh yor..!

Tak gitu?

Lu Fikir La Sendiri!!!

Khamis, 1 Disember 2016

Faham Ke..?


Banyak mana manifesto BN dalam PRU 13 yang  lalu di tunaikan atau di mungkiri?

REHDA mohon kerajaan tak kenakan caj tambahan

Kerajaan diharapkan agar tidak mengenakan caj tambahan yang akan membawa kepada peningkatan kos dalam pembinaan perumahan negara.
Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), Datuk Seri FD Iskandar berkata, dalam keadaan pasaran yang agak perlahan, REHDA mengharapkan kerajaan dan pihak berkaitan memahami kesukaran pemaju.
Beliau juga meminta kerajaan mengkaji semula peruntukan polisi, undang-undang, garis panduan dan prosedur yang kurang praktikal dalam industri perumahan bagi memastikan pembinaan perumahan negara kekal efisien.
“Kami di REHDA bersedia untuk berbincang dengan kerajaan supaya kita dapat sama-sama mencari jalan terbaik bagaimana kos pembangunan dapat dikurangkan bagi kebaikan semua pihak terutama pembeli,” katanya berucap pada majlis makan malam tahunan di sini, malam ini.
FD Iskandar berkata, sebelum sesuatu polisi dan dasar baharu diperkenalkan atau dipinda, kerajaan juga diharap dapat mengambil kira kedudukan pemaju terutama pemaju perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
“Ini kerana mereka adalah majoriti pemain industri yang kebanyakannya menjalankan pembangunan di kawasan yang agak terpinggir dan akan paling terkesan sekiranya sesuatu langkah yang bersifat negatif dikenakan ke atas industri ini,” katanya