
Lu Fikir La Sendiri!
Barisan Nasional (BN) berkemungkinan akan menamakan calon Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 lebih awal berbanding pilihan raya sebelum ini, kata Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Beliau berkata perbezaan daripada amalan biasa ini tidak tertakluk kepada calon Umno sahaja malah semua parti komponen BN.
Tengku Adnan, yang juga Setiausaha Agung Umno, berkata ada lebih banyak kebaikan untuk menamakan calon lebih awal berbanding keburukannya dan menegaskan ada sedikit perbezaan pada pilihan raya umum akan datang.
Bagaimanapun, katanya, rancangan itu terserah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Pengerusi BN, untuk membuat keputusan.
"Saya yakin kali ini ia akan dilaksanakan dengan sedikit perbezaan. Barangkali ia akan dinamakan lebih awal dari biasa," katanya kepada pemberita selepas majlis korban dan kenduri rakyat sempena Aidiladha anjuran Umno Bahagian Putrajaya, di sini, Jumaat.
Baru ada pekdah jawatankuasa disiplin parti! Baru rakyat dapat tengok muka pemimpin sebenar!
Lu Fikir La Sendiri!
Minggu lepas Ahli Ahli Parlimen BN, Bebas dan pembangkang bersatu dalam isu kamera AES.
Semalam mereka sekali lagi bersatu suara dalam mendepani isu gaji pasukan polis.
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini ditegur kerana didakwa tidak berlaku adil terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung soal gaji dan kebajikan anggota penguat kuasa itu.
Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) berkata pihak pasukan polis memohon kepada JPA supaya memberikan keadilan kepada mereka untuk hak yang sama rata dengan perkhidmatan kerajaan yang lain dan anggota pakaian seragam yang lain.
Katanya malah, permohonan ini telah didengar oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan beliau ketika pembentangan Bajet 2013, baru-baru ini.
"Saya nak bagi contoh, lulusan Diploma, gaji akhirnya RM4,480 (polis), anggota perkhidmatan awam (yang biasa) RM5,730 dan SPRM, gajinya RM6,121.
"Bukan pihak polis marah kepada kedua-dua pasukan itu, cuma sebagai perbandingan, polis memohon keadilan, (dan) JPA tolonglah berlaku adil kepada mereka," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 peringkat jawatankuasa, di sini hari ini.
Mohamad juga berkata, jika dilihat negara-negara lain, gaji anggota polis di negara terbabit adalah lebih tinggi berbanding perkhidmatan lain berikutan pengiktirafan yang telah diberikan kepada pasukan penguatkuasa itu.
"Sebagai contoh, gaji Ketua Polis Daerah (OCPD) lebih rendah daripada pengetua sekolah menengah, (sedangkan) pengetua jaga sebuah sekolah manakala OCPD jaga sebuah daerah.
"Jelas di situ bahawa mereka tidak mendapat layanan yang saksama daripada JPA, kenapa JPA sanggup bersifat kejam terhadap polis yang telah berjasa kira-kira 200 tahun kepada negara," katanya.
Ahmad Kasim (PKR-Kuala Kedah) ketika mencelah berkata berhubung soal penggajian, kakitangan Penjara juga jangan dilupakan kerana mereka didakwa antara kakitangan yang menerima gaji terendah dalam kalangan anggota pasukan seragam yang lain.
Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) yang bersetuju dengan cadangan tersebut turut berpendapat kakitangan Penjara telah terpinggir berhubung soal itu dan mempersoalkan tempoh masa yang lama diambil oleh JPA untuk melakukan kajian berhubung soal gaji.
"Apa agaknya JPA terlalu lambat, bertahun-tahun, (kadangkala) empat hingga lima tahun baru boleh selesai," katanya.
Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) pula berkata, JPA ditegur berikutan jabatan itu bertanggungjawab dalam soal penggajian perkhidmatan awam dan mahu gaji polis ditentukan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Polis.
"Jadi biar suruhanjaya ini menentukan gaji polis, diserahkan kepada Kabinet dan Kabinet buat keputusan," katanya. - Bernama
SEMOGA IBADAH KITA SEMUA DITERIMA OLEH ALLAH SWT...AMIN
KUALA LUMPUR 25 Okt. - Jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya telah dibunuh dengan cara dibaringkan dan ditikam di tengkuknya oleh tertuduh kedua, T.Thilaiyalagan sambil disaksikan oleh tertuduh pertama, N. Pathmanabhan pada 30 Ogos 2010.
Demikian antara persoalan yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff dalam soal balas terhadap Thilaiyalagan di Mahkamah Tinggi di sini
hari ini.
Dalam keterangan berkaitan kes tersebut, Sosilawati dikatakan telah menjerit dengan kuat dan meminta tolong dan Pathmanabhan juga telah mengarahkan Thilaiyalagan supaya membunuh jutawan itu di hadapannya kerana dia ingin menyaksikan sendiri kejadian itu.
Sementara tiga lagi lelaki yang bersama Sosilawati, pegawai bank Noorhisham Mohamad, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin
Shamsuddin turut dibunuh dengan cara yang sama.
Kesemua itu merupakan cadangan yang diberikan oleh Ishak kepada Thilaiyalagan, 21, semasa menyoal balas tertuduh kedua itu pada perbicaraan di sini.
Bagaimanapun, semua cadangan itu dijawab 'tidak setuju' oleh Thilaiyalagan yang diperintah membela diri bersama bekas peguam Pathmanabhan, 43, serta
pekerja ladang R.Matan, 22, dan R.Kathavarayan, 32, atas tuduhan membunuh Sosilawati, 47, Noorhisham, 38, Ahmad Kamil, 32, dan Kamaruddin, 44.
Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Ladang Gadong di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat di Banting antara 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Ishak mencadangkan kepada Thilaiyalagan bahawa terdapat dua kereta jenis BMW telah masuk ke Ladang Gadong antara pukul 5 dan 6 petang, 30
Ogos 2010, dan tertuduh menjawab tidak setuju.
"Saya cadangkan dalam kedua-dua kereta itu ada seorang wanita Melayu dan tiga lelaki Melayu bersama Pathmanabhan," kata Ishak dan tertuduh menjawab tidak
setuju.
Thilaiyalagan juga tidak bersetuju dengan cadangan Ishak bahawa selepas Sosilawati, Noorhisham, Ahmad Kamil dan Kamaruddin tiba di ladang, tertuduh telah diarahkan oleh Pathmanabhan untuk menangkap dan mengikat mereka.
"Awak telah arahkan Matan dan K.Sarawanan (saksi ke-59 pendakwaan) untuk ambil diesel di ladang dan diserah kepada awak setelah bunuh Sosilawati, Noorhisham, Ahmad Kamil dan Kamaruddin," cadang Ishak dan tertuduh menjawab tidak setuju.
"Kemudian awak bersama Sarawanan telah angkat empat orang itu dan letak atas longgokan kayu yang telah disusun terlebih dahulu," cadang Ishak dan Thilaiyalagan menjawab tidak setuju.
"Selepas itu awak, Matan dan Sarawanan letak kayu atas badan mayat dan telah curahkan minyak atas mayat seterusnya bakar semua mayat itu," cadang Ishak dan
tertuduh menjawab tidak setuju.
"Zink juga telah digunakan sebagai lapik di tempat pembakaran itu," cadang Ishak dan Thilaiyalagan menjawab tidak setuju.
Tertuduh juga tidak bersetuju dengan cadangan Ishak bahawa pada 31 Ogos 2010 kira-kira pukul 8 pagi, dia dan Matan telah memungut sisa pembakaran mayat dan
memasukkannya ke dalam sebuah tong biru.
Ketika ditanya sama ada dia ada berbincang dengan tertuduh lain mengenai pembelaannya di mahkamah, Thilaiyalagan menjawab: "Saya tidak pernah bincang
pembelaan saya bersama tertuduh lain."
"Saya cadangkan awak bersama-sama tiga tertuduh lain telah merancang untuk membunuh Sosilawati, Noorhisham, Ahmad Kamil dan Kamaruddin sejak 29 Ogos 2010," kata Ishak dan tertuduh menjawab tidak setuju.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir bersambung pada 6 November ini.
Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini menolak permohonan Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu untuk mengetepikan pertuduhan terhadapnya yang membuat tohmahan memburukkan nama baik 25 anggota polis serta keluarga mereka dalam ceramahnya di Padang Menora, Tasek Gelugor dekat sini.
Hakim Mohd Amin Firdaus Abdullah yang membuat keputusan itu juga mengarahkan agar perbicaraan yang sedang berlangsung di Mahkamah Sesyen terhadap Mohamad yang juga dikenali sebagai Mat Sabu, diteruskan.
Bagaimanapun, tarikh baru bagi menyambung perbicaraan kes itu masih belum ditetapkan lagi.
Penolakan permohonan itu juga adalah kali kedua selepas Mahkamah yang sama menolak permohonan Mat Sabu, pada Februari lepas, Mat Sabu, 57, didakwa memfitnah anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong, Muar pada 23 Februari 1950 dengan membuat tohmahan yang boleh merosakkan nama baik mereka.
Beliau didakwa melakukan perbuatan itu dalam ceramahnya di Pusat Asuhan Tadika Islam (Pasti) Al Fahmi, Markas Tarbiyah Pas Padang Menora, Tasek Gelugor pada 21 Ogos 2011.
Dalam penjara mad tak dapat cium bau burit Mah, tapi dapat bau jubor adalah...
Lu Fikir La Sendiri!!!
Ada kesan dengan pengumuman ni? Apakah penubuhannya akan memberi kesan kepada setiap ahlinya? Apakah setelah ada kes sabotaj berlaku baru tindakan mahu diambil? Apakah setelah UMNO dan BN menerima kesan kekalahan di sesebuah kerusi Parlimen dan DUN baru tindakan mahu diambil?
Kenapa tidak difikirkan bagaimana unsur sabotaj ini dapat dikurang kalau pun sukar dibendung. Kita tahu bahawa perkara pokok yang menyebabkan sabotaj ini terjadi kerana pemimpin di peringkat bahagian tidak menerima calon yang diumumkan oleh pucuk pimpinan. Maka apakah cara terbaik untuk mengelak dan mengurangkan ketidakpuasan hati ini dari berlaku.
Calon hendaklah terdiri dari nama yang dihantar oleh pihak bahagian, jangan ada calon payung terjun.
Calon hendaklah diumumkan lebih awal dan diperkenal kepada semua peringkat jentera bahagian.
Dengan cara ini kita akan lebih awal menegnali masaalah dan berusaha mengatasinya. Ketidakpuasan hati pasti ada namun dengan pengumuman awal calon di peringkat bahagian tentu mengurangkan kerenah yang boleh menggugat jentera dari terus tak berjalan..!
Lu Fikr La Sendiri!!!
- Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO hari ini sebulat suara memutuskan persetujuan bagi menyerahkan tampuk kuasa kepada sebuah jawatankuasa khas dalam melaksanakan pemantauan seterusnya mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana ahli UMNO yang cuba mensabotaj calon atau parti.
Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, jawatankuasa tersebut bakal memantau salah laku ahli parti yang terjerumus menyokong parti lawan, menghasut meninggalkan parti dan salah guna wang.
"Jika kita dapat kenal pasti sebarang tindakan yang berunsurkan sabotaj ini, individu itu boleh digantung atau dipecat keahliannya," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO, di Menara Dato Onn di sini, hari ini.
Beliau yang juga Perdana Menteri turut menegaskan, perlantikan jawatankuasa tersebut bakal diletakkan di setiap UMNO Bahagian agar dapat menyalurkan sebarang laporan ke ibu pejabat dengan kadar segera.
"Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Lembaga Jawatankuasa Disiplin yang diketuai Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail," katanya.