Rabu, 31 Mac 2010

DAPig Kit Siang...Buktikan!!! / Samy No Value Untuk Di Jual!!!


TPM Tan Sri Muhyiddin dalam sidang akhbarnya tadi mencabar Bapak Middle Finger Malaysia Lim Kit Siang membuktikan bahawa angan-angan Lim Jeninnya selama ini yang mahukan Malaysian Malaysia dan yang terbaru Middle Malaysia dijadikan panduan hidup kuda belang DAPig diterima oleh sekutu jahat mereka Pakatan Haprak PAS dan PKR...

Ini kerana selama ini tiada satu pun, tiada air liur basi mana-mana pemimpin PAS dan PKR pun yang menyambut laungan khinzir DAP ini.

Usaha Kit Siang Malam untuk melagakan kepimpinan negara diantara Dato Seri Najib dan Tan Sri Muhyiddin jelas menampakkan kaum KKK ini sudah kehabisan idea dan modal untuk mendepani penerimaan rakyat yang semakin bertaut kuat dan erat terhadap kerajaan BN.

Itu sebab Peliwat Malang begitu bersungguh-sungguh ingin merosakkan Gagasan 1Malaysia dengan mengaitkan ideologi yahudi nya, sedangkan dunia tahu bahawa Anwar lah yang begitu akrab, mesra dan saling meliwat diantara beliau dan Israel...

PRK Hulu Selangor...

Si Samy Presiden seumur hidup MIC ini nampaknya begitu bersungguh-sungguh untuk meletakkan G Palirnivel sebagai calon, diberitakan Samy hanya menghantar 1 nama dari MIC untuk dijadikan calon dalam PRK Hulu Selangor nanti.

Apa muslihat pundek ni? apakah beliau begitu sayang kepada G Timbalan Presiden partinya itu agar dapat mewakili kaum dan dirinya didalam kerajaan? atau usaha menjerat G yang diberitakan masih mempunyai baki tertunggak yang banyak untuk dilangsaikan kepada rakyat dan pengundi Hulu Selangor selama ini?

Pandangan bahawa menghantar G sebagai calon merupakan usaha terbaik untuk terus membenamkan Timbalan Presiden MIC itu tidak boleh diketepikan kerana jika G kalah maka cerahlah masa depan Mr Samy No Value untuk terus kekal sebagai Presiden MIC untuk ke berapa kali ntah....

Lu Fikir La Sendiri!!!

1Anwar...1Israel...Hallo! Tunggu....!


Tirai persidangan Dewan Rakyat telah berlabuh jam 10.30 malam tadi, hari yang agak 'busy' disebabkan pihak Kementerian telah mula menggulung perbahasan menjunjung kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong telah dimulakan dengan penggulungan di peringkat Kementerian Pelajaran yang dijawab oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Namun, apa yang menarik dan ditunggu-tunggu terutama pihak pembangkang hari ini nampaknya bukan penggulungan Kementerian tetapi penjelasan PM@Peliwat Malang, Anwar Aljuburi yang telah diberikan tempoh 7 hari untuk menjelaskan akan kenyataan beliau yang mengaitkan 1Malaysia dengan 1Israel minggu lalu.

Seperti yang diduga, Permatang Pauh telah menggunakan peluang yang ada untuk menambah rencah dan perasa dalam penipuan, pembohongan, putar belit fakta seterusnya menyelewengkan hati dan akal budi sekutu Pakatan Haprak beliau dengan konon mendedahkan pelbagai perkara dengan lebih mendalam untuk mengaitkan Kerajaan BN dengan pihak Yahudi atau Israel.

Bersorak sorai lah kuda-kuda belang pembangkang didalam dewan dengan mengandaikan segala fatwa dan sabda Peliwat Malang itu benar, sahih dan tidak mampu disangkal lagi. Kira malam ni puak-puak kuda belang ni boleh yam seng la, tidur pun senyum kerana puas, malah yang nak mencari pelacur, bapok dan pondan pun amat digalakkan kerana merasa kemenangan dalam menggungguli isu APCO ini.

Mereka merasakan bahawa pihak Kerajaan yang sejak dari Negara mencapai Kemerdekaan yang memerintah, membangun dan memakmurkan negara ini bodoh dan dungu seperti mereka, Apakah puak pembangkang merasakan bahawa pihak Kerajaan sudah terbatuk-batuk, tersedak dan jatuh terlentang hanya kerana cerita rekaan Anwar yang jelas dipandu dengan cermat dan berkesan oleh Tuhan politik Yahudi mereka ini.

Peliwat Malang ini jelas Agen Israel, menggunakan isu Israel dengan panduan dan maklumat lengkap dan tersusun dari Israel....Itu Pasti!!! Olahan cerita yang menampakkan keakraban, kasih sayang dan liwat meliwati diantara mereka jelas didokumen dan dibaca dengan bangga oleh Ketua Pembangkang itu.

Jadi seakan lelaki tua yang mendapat viagra, maka puak pembangkang dan kuda belang mereka terus menerus malalakkan lagu yang sama sejak dari Al Juburi memulakan ucapan penjelasan beliau pagi tadi.

Barang diingat bahawa pihak Kerajaan akan mendedah dan melondehkan Anwar yang sudah sedia terlondeh dalam penggulungan Kementerian Khamis ini. Kalau Anwar dan puaknya merasakan mereka sudah berjaya tentunya mereka yang sememangnya silap akan terus silap dan salah. Kemenangan bukan diukur dari pembohongan dan ramainya yang melopong dan mengangguk akan apa yang Permatang Pauh sebutkan tadi.

Seperti mana yang disebutkan oleh Wakil Seri Gading dalam ucapan beliau minggu lalu, bahawa jika datangnya kebenaran maka kepalsuan akan tersingkap dan tersipu malu...itu pun kalau masih ada malu...kemalu...an!!!

Tunggu!!!!

Isnin, 29 Mac 2010

Isu Baiah Talak 3...Dr Lolo Merana...

Pagi tadi Ahli Parlimen Titiwangsa mencelah dengan mengemukakan perkara didalam dewan bahawa beliau telah menerima sms dari seseorang yang mengatakan bahawa Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu YB Zulkifli tidak bermaruah kerana pernah berkata bahawa Perdana Menteri terlibat didalam kes Mongolia tapi kini berbeza nada dan rentak, memusing fakta apabila bergelar wakil BEBAS...

Kan Zul dah bertaubat dan mengaku bahawa beliau telah melakukan kesalahan dan kesilapan serta sanggup bertemu dengan siapa jua termasuk PM untuk memohon maaf!

Tapi petang tadi dalam pencelahan YB Zul semasa YB Maran berucap membahas titah ucapan, beliau juga telah mendedahkan bahawa YB Titiwangsa Dr Lolo sendiri pernah menghantar sms kepada beliau untuk mengkritik 'rakan' beliau didalam PAS berkaitan isu Baiah Talak3.

Beliau menjelaskan bahawa Dr Lolo sebenarnya kecewa, marah dan terguris dengan Baiah Talak 3 oleh calon-calon PAS sebelum menjadi calon bertanding di DUN dan Parlimen. Cuma Muslimah@Muslimut PAS ni bukan tahu cakap 'terang' cuma berani mengomel belakang jer...nasib ko la labu...

Ucapan Penuh Zul Kulim Bandar Baharu Di Parlimen...


Rabu 24 Mac 2010

Tuan Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Bismillaahir Rahmaanir
Rahiim. [Menyebut beberapa patah bahasa Arab] Bermaksud, “Segala puji bagi Allah
yang mengutus Rasullullah dengan petunjuk dan agama Islam yang benar dan cukuplah
Allah sebagai saksi.”

Saya mengucapkan syukur kepada Allah SWT atas kesempatan dan
mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang
kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Bagi rakan saya daripada Pakatan Rakyat,
saya perlu perjelaskan kedudukan saya di sini sebagai Ahli Parlimen BEBAS yang
dihijrahkan.

Bebas di sini bermakna saya tidak terikat dengan whip mana-mana parti sama
ada di sebelah kerajaan mahupun pembangkang, dan insya-Allah saya berasa lebih
selesa dengan kedudukan ini kerana ini membolehkan saya mengambil pendirian yang
bersesuaian dengan conscience saya dengan izin dan berdasarkan dengan syariat
Islam.

Saya menjadi Ahli Parlimen BEBAS untuk rekod supaya ada di dalam Hansard
kerana generasi akan datang akan membaca mengapa saya ada di sini. Saya ingin
menjelaskan untuk rekod bahawa saya menjadi Ahli Parlimen BEBAS bukan kerana
mengkhianati parti saya apatah lagi mengkhianati ketua umum saya, tetapi terdapat
segelintir mereka di dalam PKR yang telah berkhianat.

Saya mengambil kesempatan ini untuk memperbetulkan rekod bahawa
pemecatan saya daripada PKR berlaku akibat konspirasi segelintir mereka yang kini
menguasai PKR yang melihat kehadiran saya sebagai penghalang agenda sempit dan
jahat mereka. [Tepuk]

Mereka menggunakan alasan kononnya keengganan saya hadir dan mengiktiraf
lembaga disiplin yang dikuasai oleh panel bukan Islam iaitu dua aktivis Kristian iaitu Mr.
Goh Keat Teng dan Puan Chew Swee Yoke dan seorang penganut Hindu Mr. T. Kumar
membicarakan saya membabitkan isu kalimah “Allah”.
Beberapa Ahli: [Menyampuk]

Tuan Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Saya ingat yang BN tidak
payah tolong. [Ketawa] Saya boleh buat sendiri, insya-Allah.
Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: Penjelasan.
Beberapa Ahli: Yang Berhormat Pokok Sena.
Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said [Kuala Krau]: Yang Berhormat Pokok
Sena, hendak balikkah Yang Berhormat Pokok Sena? [Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang
Berhormat, minta tolong Yang Berhormat letakkan Parlimen ini sebagai Parlimen Yang
Berhormat.

Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: Boleh beri penjelasan.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]:
Supaya adik-adik kita di belakang melihat Ahli-ahli Parlimen, bapanya, neneknya kerana
kita semua boleh jadi nenek. Berperangai secucuk dengan kedudukan kita dan keahlian
kita Yang Berhormat. Minta tolong Yang Berhormat jangan tarik mike ini ke bawah
sebab ia memang untuk ke atas Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat Kulim Bandar
Baharu.

Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: Boleh beri laluan penjelasan? Adakah itu
bermaksud kalau Melayu pun tidak boleh membuat keputusan ke atas orang bukan
Melayu?
Tuan Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Yang Berhormat Beruas.
Saya minta Yang Berhormat Beruas kalau tidak puas hati dengan tindakan Sultan
Perak, kembalikan pingat itulah. [Ketawa]
Pingat Dato’, Sultan Perak minta ambil, kalau tidak puas hati pulang baliklah,
mengapa terima? Tidak payahlah Yang Berhormat Beruas.

Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu,
adakah ini bermaksud pendirian Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu bahawa kalau
hakim Melayu tidak boleh menghukum kes di mana...
Tuan Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Tuan Yang di-Pertua, saya
tidak beri laluan.
Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: Okey, kalau begitu jangan sebut nama saya
lagi.

Tuan Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Jika ada prinsip sila serah
balik pingat yang diberikan oleh Ke Bawah Duli Sultan Perak. Itu orang ada prinsip.
[Tepuk] Pangkat Dato’ hendak tetapi maki hamun Sultan. Salah seorang aktivis Kristian
tersebut, Puan Chew Swee Yoke adalah juga Ahli Majlis Peguam dalam Family Law
Committee, badan yang menganjurkan Forum Masuk Islam yang menerima bantahan
besar-besaran umat Islam pada tahun 2008 di mana saya sendiri mengetuai bantahan
tersebut. Malahan, salah seorang ahli panel lembaga disiplin yang beragama Islam telah
menarik diri atas alasan beliau sendiri walaupun beragama Islam tidak mahir dalam isu
berkaitan kalimah “Allah” apatah lagi bagi panel yang bukan Islam hendak
membicarakan saya dalam isu yang berkaitan dengan agama saya.

Saya tidak lupa apa yang berlaku dalam kes Natrah pada tahun 1950,
bagaimana hakim bukan Islam membicarakan isu berkaitan kesahihan akidah Natrah
dan perkahwinan beliau dengan Allahyarham Mansor Adabi, tetapi berselindung di
sebalik kononnya isu hak penjagaan bukannya isu agama Islam. Akhirnya umat Islam
yang dihina apabila agama Islam diperkotak-katikkan oleh hakim yang bukan Islam
menggunakan undang-undang Inggeris. Pada saya, membariskan panel bukan Islam
untuk membicarakan saya dalam isu membabitkan agama saya adalah satu penghinaan
besar bukan kepada saya, tetapi kepada umat Islam seluruhnya. Ini sepatutnya menjadi
pembuka mata kepada umat Islam untuk menilai warna sebenar segelintir mereka yang
menguasai PKR sekarang ini. Saya katakan segelintir kerana ramai lagi di sana
merupakan sahabat-sahabat saya yang masih saya hormati.

Tuan Haji Ahmad Kasim [Kuala Kedah]: Pohon penjelasan Yang Berhormat
Kulim Bandar Baharu.
Tuan Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Sekejap. Saya hendak
masuk kepada 16 September ini dan Yang Berhormat Kuala Kedah boleh masuk
mencelah.

Tuan Haji Ahmad Kasim [Kuala Kedah]: Tajuk kalimah “Allah” itu sebelum
masuk ke tajuk lain.
Tuan Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Tajuk ini mengapa saya
dipecat.
Tuan Haji Ahmad Kasim [Kuala Kedah]: Oleh sebab itu saya hendak minta
penjelasan.
Tuan Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Saya akan pergi kepada
isu kalimah “Allah” sekejap lagi.
Tuan Haji Ahmad Kasim [Kuala Kedah]: Saya hendak beri penjelasan.
Mohon.
Tuan Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Saya akan pergi kepada
isu kalimah “Allah” sebentar lagi dan baru boleh masuk campur. Insya-Allah. Tuan Yang
di-Pertua, dalam blog saya baru-baru ini, saya menyatakan akan berlaku satu kejutan
dalam sidang Parlimen. Akan tetapi, saya langsung tidak maksudkan apa yang
didedahkan oleh Yang Berhormat Bayan Baru. Saya sendiri agak terkejut dengan
pendedahan beliau dalam isu 16 September dan saya sendiri tidak hairan kalau rakanrakan
saya daripada PKR marah dengan pendedahan tersebut.

Akan tetapi yang saya hairan mengapa rakan-rakan saya tidak marah pula
dengan kenyataan Yang Berhormat Bukit Gelugor terhadap Yang Berhormat Permatang
Pauh dalam isu 16 September yang ternyata lebih keras dan saya memetik apa yang
disebut dan dimuat turun oleh rakan saya sendiri Yang Berhormat Wangsa Maju di
dalam laman blognya pada 7 Mac 2010, dua minggu lepas. Yang Berhormat Wangsa
Maju memetik kenyataan Yang Berhormat Bukit Gelugor dalam membuat kenyataan
berkenaan dengan isu 16 September ini pada 8 Februari seperti berikut.

Saya mohon baca dalam bahasa asalnya, “DAP National Chairman - Karpal
Singh said, Pakatan Rakyat de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim should step down
for causing trouble in the coalition. The Bukit Gelugor MP is blaming Anwar for ‘creating
trouble’ and said that the former Deputy Prime Minister ‘needed to repent without further
betraying the people and their trust.”
“He said Pakatan Rakyat needed another leader, a good leader and lashed out
at PKR and DAP leaders who had fallen sway to Anwar’s rhetoric in supporting
crossover of elected representatives. I can’t fight DAP the cause alone, said Karpal.
What I am saying now is the truth and eventually the truth prevails. I have said before

that DAP should seriously consider getting out of Pakatan and I repeat my stand once
again today.”
Terjemahannya Tuan Yang di-Pertua, “Pengerusi Kebangsaan Parti DAP Yang
Berhormat Karpal Singh mengatakan Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar
Ibrahim wajib meletakkan jawatan kerana mengganggu gugat kedudukan gabungan
Pakatan Rakyat. Ahli Parlimen Bukit Gelugor tersebut menyalahkan Anwar kerana
menimbulkan kekacauan dan menyatakan bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri
tersebut perlu bertaubat dan tidak terus mengkhianati rakyat dan keyakinan mereka.
Beliau berkata Pakatan Rakyat memerlukan seorang lagi pemimpin, pemimpin
yang baik dan beliau menyelar kepimpinan PKR dan DAP kerana terpedaya dengan
retorik Anwar yang menyokong wakil rakyat melompat parti. Saya tidak boleh
membawa perjuangan DAP berseorangan. Apa yang saya katakan adalah perkara
benar dan kebenaran pasti akan menang. Saya pernah menyatakan sebelum ini
bahawa DAP perlu mengkaji dengan serius untuk keluar daripada Pakatan Rakyat dan
saya ulangi kembali pendirian saya hari ini.”

Jadi kalau kita dapat mendengar kenyataan Yang Berhormat Bukit Gelugor
terhadap Yang Berhormat Permatang Pauh yang saya kasihi tentang 16 September lagi
keras tetapi kenapa tidak ada langsung suara di dalam Pakatan Rakyat yang
membantah ataupun melahirkan rasa marah. Ini yang saya tidak faham. Yang
Berhormat Wangsa Maju boleh duduk senyum sedangkan dia yang memetik kenyataan
itu. [Ketawa] Kawan saya Yang Berhormat Wangsa Maju boleh, apa masalah.
Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Terima kasih Yang Berhormat Kulim
Bandar Baharu dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Apa yang disebut, saya memetik
daripada keratan akhbar apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Bukit Gelugor dan
saya memanggil beliau atau merayu kepada beliau supaya beliau menarik balik dan
juga apologize, itu sahaja. Janganlah terlibat dengan saya. [Ketawa] Kalaulah hendak
tuju kepada Yang Berhormat Bukit Gelugor, pergi kepada Yang Berhormat Bukit
Gelugor. Terima kasih.

Tuan Zukifli bin Nordin [Kulim Bandar Baharu]: Saya tidak melibatkan Yang
Berhormat Wangsa Maju, cuma saya hendak memberitahu Yang Berhormat Wangsa
Maju yang menimbulkan isu ini dan saya lihat dia sahaja yang berani menimbulkan isu
ini. Jadi saya tidak faham dan kita kena ingat terutama sahabat-sahabat saya daripada
PAS. Kita kena ingat, inilah dia Yang Berhormat Bukit Gelugor orang yang sama yang

menyatakan kalau hendak Islam, over my dead body. Kalau hendakkan Islam, langkah
mayat saya dahulu.
Mungkin Yang Berhormat Bukit Gelugor sudah faham Islam dan boleh faham
Islam. Saya tidak tahulah tetapi setakat yang saya tahu pendiriannya masih sama.
Dato' Seri Zahrain bin Mohamed Hashim [Bayan Baru]: [Bangun]
Tuan Zukifli bin Nordin [Kulim Bandar Baharu]: Hendak mencelah juga?
Dato' Seri Zahrain bin Mohamed Hashim [Bayan Baru]: Kita sama-sama
BEBAS, apa salah. Tadi Yang Berhormat Wangsa Maju kami duk tunggu, bila hendak
datang. [Ketawa] Akan tetapi Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu, Yang Berhormat
sedarkah semalam saya kena hentam teruk oleh salah seorang daripada belah sana,
Yang Berhormat Kalabakan yang tuduh saya macam-macam termasuk perut buncit dan
sebagainya. Buncit, buncitlah tetapi jangan main-main buncit ini. [Ketawa]
Akan tetapi yang sedih sebab 16 September ini jadi satu isu dan perkara yang
besar yang dibawa oleh seorang yang bagi saya tidak bertanggungjawab. Jadi saya
hendak tanya Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu bahawa isu 16 September bukan
saya sahaja yang bawa isu itu, lompat merata. Sebelah sana lompat, sebelah sini
lompat. Jadi saya sedih sebab saya cerita benda ini yang berlaku sebab saya keluar,
yang saya hairan Yang Berhormat Kalabakan lompat tidak tentu hala saya pun tidak
tahu pasal apa. Tambah dia hentam saya secara personal. Mungkin ‘kong kali kong’,
sebelah sini pun boleh, sebelah sana pun boleh dia. [Ketawa]

Jadi, sebenarnya harus dia minta maaf kepada saya sebab dia attack saya
secara personal. Jadi Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu, macam mana pandangan
16 September ini? Adakah Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu sendiri tahu dan
dengar apa yang dikatakan oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat pada masa itu, tambahtambah
lagi Yang Berhormat Kalabakan yang saya tahu hendak jadi Timbalan Perdana
Menteri, yang saya dengar. Jadi yang dia lompat, saya tidak faham pasal apa, jangan
marah saya, dia yang cakap sebelah sana. Jadi apa pandangan Yang Berhormat Kulim
Bandar Baharu.

Tuan Zukifli bin Nordin [Kulim Bandar Baharu]: Tuan Yang di-Pertua, Yang
Berhormat Bayan Baru, semasa di dalam PKR dan saya pun orang kata masih berjiwa
PKR, cuma saya dihijrahkan ke sini bukan atas kerelaan. Kita dengar macam-macam
perancangan. Pada saya tidak salah untuk PKR dan Pakatan Rakyat merancang untuk
menjatuhkan kerajaan, itu memang kerja kitalah pembangkang.
DR. 24.3.2010
49
Jadi pada saya tiada masalah untuk ada perancangan untuk menjatuhkan
kerajaan, cumanya yang saya faham daripada kenyataan Yang Berhormat Kalabakan
semalam, mungkin dia silap faham Yang Berhormat Bayan Baru menuduh dia. Cerita
sebenarnya, Yang Berhormat Bayan Baru menyatakan apa Yang Berhormat Permatang
Pauh beritahu kepada dia. Cumanya, saya ingat benda ini boleh selesai dekat teh tarik
sahaja. [Ketawa] Tunggu Yang Berhormat Kalabakan hantar lagi udang harimau dia.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang
Berhormat Kulim Bandar Baharu, saya peringatkan masa kurang 20 minit.
Tuan Zukifli bin Nordin [Kulim Bandar Baharu]: Betul Tuan Yang di-Pertua,
saya tahu insya-Allah. Saya hendak sentuh – saya ada lima isu tetapi saya akan sentuh
isu pertama berkaitan dengan fitnah.

Tuan Yang di-Pertua, dalam titahnya, Baginda Tuanku Yang di-Pertuan Agong
telah melahirkan kesedihan Baginda kerana masih terdapat banyak perbuatan fitnah,
pembohongan, putar belit fakta terutamanya di media baru. Sebenarnya Tuan Yang di-
Pertua, penyakit fitnah ini sangatlah dikutuk oleh Allah. Dalam surah al-Hujarat ayat 12
Allah berfirman; [membaca sepotong ayat al-Quran] Janganlah kamu mencari-cari
kesalahan orang lain dan fitnah-memfitnah di antara satu sama lain malahan memfitnah
ini disamakan dengan memakan daging saudaranya sendiri.

Sebab itulah Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong penuh kenyataan Yang
Berhormat Marang dan sahabat saya Yang Berhormat Machang dalam isu ini. Islam
sangat menjaga maruah dan harga diri seseorang manusia. Kita tidak boleh menuduh
seseorang berdasarkan syak wasangka apatah lagi fitnah dan sebab itu hukum
memfitnah orang ini sangat berat dimasukkan dalam kategori hudud, contohnya qazaf.
Sebab itu Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil pendirian bahawa kita tidak
sepatutnya menuduhnya Yang Berhormat Permatang Pauh dengan tuduhan liwat di
bawah undang-undang sekular iaitu menurut seksyen 377B Kanun Keseksaan.
Sebaliknya sebarang pertuduhan jika ada hendaklah dibawa menurut peruntukan hukum
syarak. Kita ada peruntukan di bawah seksyen 25. Ini saya sokong Ketua Umum,
jangan melompat-lompat.

Dato' Ibrahim Ali [Pasir Mas]: [Bangun]
Tuan Zukifli bin Nordin [Kulim Bandar Baharu]: Nantilah kejap. Yang
Berhormat Pasir Mas hendak kata apa?
Dato' Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Sedikit, mustahak sangat ini. Terima kasih
Yang Berhormat Kulim Bandar Bharu sebab Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu ada

menyebut tentang fitnah dan menyebut nama Yang Berhormat Machang dan dalam
ucapan beliau semalam dia menuduh saya ada saham judi dalam syarikat Ascot Sport
kerana kononnya ini pejuang Melayu.
Saya hendak menyatakan di sini Yang Berhormat, wallahi, wabillahi, watallahi.
Saya sanggup junjung Quran, saya tidak pernah terlibat secara langsung ataupun
secara tidak langsung dengan mana-mana syarikat saham judi. Ini fitnah besar!
[Dewan riuh]

Saya sedang tunggu Hansard yang keluar semalam dan saya akan bangkit di
bawah 37(1), ini merupakan menyeleweng fakta di Parlimen. Saya tidak pernah ada
saham judi ini dan saya akan bawa al-Quran untuk junjung dalam Parlimen ini dengan
syarat Ahli Parlimen Machang boleh meyakinkan Ketua Umumnya junjung Quran
bahawa dia tidak pernah meliwat Saiful.

Saya minta penjelasan sebab saya tidak pernah ada saham judi sebagaimana
yang dituduh dan keluar dalam Malaysiakini, saya sudah pun melantik peguam untuk
mengambil tindakan. Sekian, terima kasih.
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Boleh minta laluan?
Tuan Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Sekejap, sekejap Yang
Berhormat. Ini Tuan Yang di-Pertua..
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Kalau bagi laluan, saya
respons terus kepada Yang Berhormat Pasir Mas.
Tuan Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Sekejap, sekejap. Saya
kecuali kalau Tuan Yang di-Pertua bagi.
Tuan Mohd. Firdaus Jaafar [Jerai]: Bagilah...
Tuan Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Ini, boleh diam sekejap tak,
boleh diam sekejap tak?

Seorang Ahli: Apa ini Jerai?
Tuan Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Tak, saya, saya, sekejap,
sekejap...
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Okey.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Saya,
saya Yang Berhormat kalau mengikut peraturan, kalau sesiapa yang berucap. Ada
seseorang yang minta laluan. Yang berucap mahu beralah dan duduk, baru yang
mencelah boleh diberi kebenaran. Begitu Yang Berhormat.

Tuan Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Baik, baik...
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Akan
tetapi orang yang mencelah tidak boleh dicelah juga. Sila Yang Berhormat..
Tuan Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Tuan Yang di-Pertua, lama
ini Din? Lama ini Yang Berhormat Machang?... [Ketawa] Sahabat saya...
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Seminit sahaja. Terima kasih.
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Terima kasih sahabat saya
dari Kulim Bandar Baharu. Saya faham perasaan rakan saya daripada Pasir Mas. Oleh
sebab itu saya anjurkan meneliti semula Hansard. Dia ada beza memiliki saham di
dalam syarikat judi dengan memiliki saham di dalam syarikat yang dimiliki oleh tauke
judi. Ia ada beza. Ia dua perkara berbeza. Tauke judi ini mempunyai banyak syarikat.
Syarikat ‘A’, ‘B’, ‘C’, ‘D’ dan segala macam. Oleh sebab itu tokoh ini bilionair... [Dewan
riuh]

Baca Hansard sebab saya punya teks ucapan and very guided.
Tuan Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Okeylah ..
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Sebelah sana tak boleh jadi
batu api, biar dia berhadapan dengan saya sendiri.
Tuan Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Masalah ini saya ingat
Yang Berhormat Machang boleh settle dengan Yang Berhormat Pasir Mas di luar.
Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Okey, Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu, ini
keluarga... [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang
Berhormat Pasir Mas, duduk Yang Berhormat Pasir Mas..
Tuan Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Tuan Yang di-Pertua, saya
minta kedua-dua supaya kedua-dua pihak pergi settle dekat luar.
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Tuan Yang di-Pertua, saya
belum habis lagi.
Tuan Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Sebab ini masa saya.
Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar
suara]
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Belum habis lagi. Yang
penting apa itu, biarlah rujuk kepada teks saya.
Tuan Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Tuan Yang di-Pertua minta
runding...

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Malaysiakini kah, Hansard
yang lebih autoriti dalam Dewan?
Tuan Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: [Ketawa]
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Dalam Dewan yang mulia,
autoritinya Hansard bukan Malaysiakini. Berapa lama jadi Ahli Yang Berhormat?...
[Dewan riuh] Hansard atau Malaysiakini....
Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Ini dahulu, ini dahulu parti PAS, kemudian
UMNO, kemudian KEADILAN, kemudian PAS, kemudian KEADILAN! Ini lebih dari katak
puru ini! Ini lebih dari katak puru ini!... [Dewan riuh]
Tuan Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Apa punya isu?
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Baik,
baik, baik Yang Berhormat. Saya ingat, saya ingat... [Dewan riuh]
Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: [Bercakap tanpa
menggunakan pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang
Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Pasir Mas... [Dewan riuh] Yang Berhormat!
Kedua-duanya sekali, Yang Berhormat Machang dengan Yang Berhormat Pasir Mas,
duduk sekali. Yang Berhormat Machang dengan Yang Berhormat Pasir Mas minta
duduk... [Dewan riuh] Ya, Yang Berhormat Machang duduk, Yang Berhormat Pasir Mas
duduk. Jadi saya bagi okey Yang Berhormat Pasir Mas.
Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Fitnah! Pembohong!

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]:
Sudah, sudah, sudah Yang Berhormat Pasir Mas... [Dewan riuh]
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Duduk dahulu!
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]:
Sudah, Yang Berhormat.
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Duduk dahulu!
Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Duduk!... [Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang
Berhormat Pasir Mas duduk, Yang Berhormat Pasir Mas. Saya minta Yang Berhormat
Kulim Bandar Baharu jangan bagi peluang dengan orang lagilah ya... [Ketawa] Yang
Berhormat Kulim Bandar Baharu, saya minta tak payah bagi peluang lagi. Saya ada

kuasa di bawah peraturan. Kalau masa tidak ada, jangan bagi peluang dengan orang
lain lagi. Kalau tidak, Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu sendiri pun time habis juga.
Tuan Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Terima kasih Tuan Yang di-
Pertua. Saya tidak boleh hendak kontrol tadi... [Ketawa] Sampai Tuan Yang di-Pertua
pun sudah tak boleh hendak kontrol... [Ketawa] Saya ingat masa tadi itu kira injury time
untuk saya lah... [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Sila,
sila Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu...
Tuan Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Baik, saya sambung Tuan
Yang di-Pertua. Menggunakan undang-undang sekular untuk menuduh seorang Islam
lain dengan kesalahan hudud adalah suatu yang menghina Islam. Malahan kita semua
pada saya melakukan suatu dosa besar kemungkinannya kufur jika kita reda
dengannya. Samalah dengan mengheret saya ke Lembaga Disiplin Bukan Islam untuk
membicarakan saya berkaitan isu Islam.

Menggunakan undang-undang sekular akan menafikan hak Yang Berhormat
Permatang Pauh sebagai seorang Muslim. Antaranya beliau tidak dapat menggunakan
pembelaan kazab, suatu pembelaan yang tidak diiktiraf oleh undang-undang sekular. Ini
juga satu penghinaan kepada sistem perundangan syarie yang diiktiraf dalam
Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu, saya mendesak supaya pertuduhan liwat
terhadap Yang Berhormat Permatang Pauh di mahkamah sekular ditarik balik.
Sebaliknya hendaklah prosiding dijalankan sepenuhnya menurut peruntukan syarie di
Mahkamah Syariah yang berbidang kuasa dan ini akan membolehkan Yang Berhormat
Permatang Pauh mendapatkan haknya sebagai seorang Islam termasuk menggunakan
pembelaan kazab.

Bagi maksud itu, saya juga mendesak supaya prosiding qazaf yang sedang
dibawa oleh Yang Berhormat Permatang Pauh di Mahkamah Syariah dibenarkan dan
pendakwaan kazab terhadap Mohd. Saiful Bukhari diteruskan demi mencari kebenaran
dan keadilan secara syarie. Saya yakin Mahkamah Syariah akan dapat bertindak
dengan penuh profesional dan kebenaran serta keadilan akan dapat dicapai bagi semua
pihak yang terlibat.

Berkaitan dengan budaya fitnah ini Tuan Yang di-Pertua, saya juga sedih melihat
budaya fitnah yang kini melanda kepimpinan Yang Amat Berhormat Tok Guru Nik Aziz,
pemimpin dan mursyid yang sangat saya kasihi. Tok Gurulah, orang yang telah
mengisytiharkan saya menyertai PAS pada Ogos 1998 di Kelantan. Saya tengok

serangan berbentuk character assassination terhadap Tok Guru sangatlah tidak wajar,
apatah lagi dilakukan oleh ahli PAS sendiri. Bagaimana seorang yang telah membawa
PAS ke puncak kejayaan politik, kini dihina dan diaibkan. Difitnah dengan pelbagai
tuduhan yang melampau. Kepada Tok Guru, saya mendoakan semoga Tok Guru diberi
perlindungan dan rahmat oleh Allah.

Tuan Yang di-Pertua, fitnah dalam apa bentuk dan terhadap siapa pun
hendaklah dihentikan. Tuan Yang di-Pertua, dalam konteks budaya fitnah ini, saya juga
ingin menyentuh mengenai fitnah tidak berkesudahan yang dilemparkan kepada Yang
Amat Berhormat Perdana Menteri berkaitan dengan kes pembunuhan Altantuya. Saya
hairan dengan sikap segelintir mereka yang mengaku Islam, tetapi boleh menuduh
orang Islam lain sebagai pembunuh tanpa sebarang bukti dan keterangan. Malahan
yang lebih malang, fitnah daripada orang bukan Islam boleh diterima sebagai bukti
tanpa sebarang soal lagi. Hanya sekadar syak wasangka dan tohmahan. Takkanlah
orang seperti Balasubramaniam boleh diterima fitnahnya tanpa usul periksa. Apakah
hanya dengan sekadar membuat surat akuan sumpah, dengan membayar fee RM4,
satu fitnah menjadi bukti dan keterangan semata-mata kerana ada cop pesuruh jaya
sumpah dan punya banyak surat akuan sumpah yang macam tunggang terbalik di buat
oleh si Bala ini. Akhirnya dia sendiri pun menjadi seperti sesumpah.

Tuan Yang di-Pertua, saya adalah antara peguam yang pernah mengendalikan
kes pembunuhan Altantuya ini. Apa yang ditohmah dan difitnah oleh Bala tidak pernah
beliau bangkitkan semasa perbicaraan di mahkamah. Malahan kenyataan beliau kepada
pihak polis juga tidak pernah membangkitkan isu ini. Pada saya, Bala ini hanyalah
seorang opportunist, mengambil kesempatan daripada kerakusan syaitan bertopengkan
manusia. Saya menyeru kepada semua kita yang mempunyai sedikit keimanan kepada
Allah, dan meyakini Al-Quran supaya menolak fitnah Bala. Ingatlah pesan Allah dalam
surat Al-Hujurat, Ayat 6.

Saya sendiri pernah diminta untuk membabitkan Yang Amat Berhormat Perdana
Menteri dan isteri Yang Berbahagia Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes pembunuhan
ini. Antaranya saya diminta mendapatkan pengakuan bersumpah Yang Amat
Berhormat Perdana Menteri dan Yang Berbahagia Datin Seri Rosmah Mansor, terlibat
dalam kes pembunuhan tersebut. Malahan saya sendiri pernah diminta membuat Surat
Akuan Bersumpah mengaitkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan isteri
dengan pembunuhan Altantuya. Ganjaran yang ditawarkan memang boleh
menggoyahkan iman... [Dewan riuh]

Namun Tuan Yang di-Pertua, saya bersyukur, Allah melindungi saya daripada
terbabit di dalam fitnah tersebut... [Tepuk] Oleh sebab itulah, saya menarik diri daripada
terus mengendalikan kes tersebut kerana adanya gangguan daripada pihak ketiga yang
menyebabkan mustahil untuk saya bertindak secara profesional sebagai peguam,
membela kes tersebut. Kita perlu ingat, takkanlah OKT-OKT tersebut sanggup dihukum
mati ke tali gantung, kalau benar Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan isteri
terlibat? Saya cukup yakin, pasti mereka akan mendedahkannya, kalau ia benar.
Sebagai seorang Islam, kita patut mengambil sikap husnuzon, bersangka baik.

Setahu saya, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah melakukan sumpah
menafikan pembabitan beliau dan setakat ini tidak ada di antara kita yang berani
bersumpah menafikannya. Oleh itu, bersangka baiklah kita sesama Islam dan
berpeganglah kepada al-Quran sebagai petunjuk kita. Bagaimana kita tidak suka difitnah
orang, begitu jugalah kita tidak sepatutnya memfitnah orang lain. Saya tidak lupa sekitar
tahun 2004 bila mana saya diminta mengaibkan Yang Berhormat Padang Rengas
menggunakan kes pembunuhan Darren Kang di mana anak Yang Berhormat Padang
Rengas bernama Nadim ditohmah sebagai terlibat dalam pembunuhan tersebut kerana
kebetulan beliau berada di lokasi pembunuhan. Lima orang warga Thailand - pekerja
restoran Uncle Don di Sri Hartamas telah didakwa dan dibicarakan serta membuat
pengakuan bersalah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Saya diminta mengaitkan
Nadim dengan mereka.

Alhamdulillah, sekali lagi Allah menyelamatkan saya daripada terlibat dengan
fitnah ini. Saya berharap tidak ada pihak yang meletakkan saya dalam keadaan
terpaksa mendedahkan semua perkara mungkar yang berlaku. Kalau saya berbuat
demikian, letupan besar yang dibuat oleh Yang Berhormat Bayan Baru akan hanya
menjadi sekadar kentut yang sepi. Begitulah kotornya mainan politik negara masa kini.
Sebenarnya terlalu banyak perkara yang tidak betul yang telah saya diminta dan diarah
lakukan selama ini. Ada antaranya telah saya laksanakan dan ada antaranya saya tidak
laksanakan. Saya mengambil kesempatan ini untuk memohon kemaafan kepada
mereka yang telah menjadi mangsa kepada percaturan politik kotor ini dan saya berjanji
akan berjumpa dengan mereka secara peribadi untuk memperbetulkan keadaan.
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua, tujuan saya menyatakan ini semua kerana saya bersetuju
dengan kekhuatiran yang diluahkan oleh Baginda Yang di-Pertuan Agong tentang gejala

fitnah yang sudah sampai ke peringkat yang membimbangkan. Saya sendiri khuatir
dengan cara berpolitik bangsa Melayu beragama Islam yang jauh daripada perintah
Allah dan sunah Rasulullah. Saya juga takut sekiranya kita mengambil sikap
mendiamkan diri, laknat Allah akan menimpa kita.

Tuan Yang di-Pertua, Baginda Tuanku telah mengingatkan kita dalam titahnya
bahawa perpaduan dan saling hormat-menghormati antara kaum dan agama menjadi
tunjang kekuatan negara yang mesti dipelihara. Titah Baginda amalan berbaik sangka,
saling hormat-menghormati, bekerjasama antara rakyat pelbagai kaum dan agama akan
melahirkan masyarakat Malaysia yang mesra, aman dan bertoleransi. Kedudukan
agama Islam sebagai agama persekutuan dengan penganut agama lain bebas
mengamalkan agama dan kepercayaan mereka namun masalah antara agama tetap
muncul dan menjadi duri dalam daging bagi keharmonian dan kestabilan negara.
Kita umat Islam tidak boleh menafikan masalah yang dihadapi oleh penganut
agama lain dalam beberapa isu yang berkaitan dengan Islam. Contohnya masalah
kesan kemasukan ke Islam oleh pasangan bukan Islam berakhir dengan perebutan
jenazah, pertikaian hak jagaan anak atau harta pusaka adalah masalah yang hakiki
yang perlu ditangani dengan baik. Oleh itu saya mencadangkan supaya permasalahan
ini ditangani dengan dua pendekatan.

Pertama, daripada segi non-legal. Saya mencadangkan satu badan consultative
diwujudkan sebagai satu standing committee dengan izin, terdiri daripada tokoh agama
dan masyarakat yang mewakili semua pihak yang berkepentingan dengan tujuan
supaya mereka boleh mengadakan perbincangan dengan segera apabila sesuatu isu
timbul dan memberikan cadangan kepada pihak berkuasa pada kadar yang segera
untuk mengelakkan mana-mana pihak mengambil kesempatan apabila berlaku
kelambatan menanganinya seperti yang berlaku sekarang.

Kedua, daripada segi legal. Saya mencadangkan supaya suatu peruntukan baru
dimasukkan dalam Akta Mahkamah Keadilan (Court of Judicator Act) untuk
menyediakan satu mekanisme rujukan kepada mahkamah syariah bagi isu yang
membabitkan perundangan Islam. Kita akui bahawa kita tidak boleh memaksa mereka
bukan Islam menerima bidang kuasa mahkamah syariah dalam kes yang membabitkan
mereka namun mereka yang bukan Islam juga perlu menerima hakikat bahawa orang
Islam tidak boleh dipaksa menerima bidang kuasa hakim bukan Islam atau mahkamah
sekular untuk membicarakan isu melibatkan perundangan Islam. Dalam keadaan konflik
seperti itu, saya mencadangkan jalan keluar yang terbaik ialah walaupun suatu kes
dibicarakan di mahkamah sekular, namun apabila timbul isu berkaitan Islam, wajib bagi
mahkamah sekular merujuk isu berkaitan ke mahkamah syariah untuk suatu keputusan
dan keputusan mahkamah syariah dalam isu tersebut hendaklah mengikat mahkamah
sekular tersebut.

Kita lihat bagaimana di dalam kes murtadnya Azlina Jailani atau Lina Joy.
Walaupun prosiding di mahkamah sekular ialah mengenai hak menukar butiran kad
pengenalan... [Masalah pembesar suara] ...Akan tetapi isunya membabitkan pertukaran
nama kerana murtad daripada Islam. Jadi isu murtad ini sepatutnya dirujuk ke
mahkamah syariah untuk suatu keputusan.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Ya
Yang Berhormat, masa Yang Berhormat.
Tuan Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Saya hendak habiskan
yang ini.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Ya,
baik.

Tuan Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Oleh itu saya
mencadangkan pindaan seperti berikut bahawa Dewan mengambil ketetapan supaya
Akta Mahkamah Keadilan 1964 dipinda dengan memasukkan peruntukan baru di
seksyen 4 di dalam keadaan di mana terdapat isu atau pertikaian membabitkan atau
melibatkan agama Islam daripada segi akidah, kepercayaan hukum hakam syariat atau
apa juga persoalan mengenai Islam. Maka mahkamah wajib merujuk isu persoalan dan
pertikaian itu kepada mahkamah syariah untuk suatu keputusan atau penghakiman.
Semua prosiding hendaklah ditangguhkan sehingga keputusan atau penghakiman
mahkamah syariah itu dibuat dan keputusan atau penghakiman mahkamah syariah bagi
isu persoalan dan pertikaian itu hendaklah mengikat mahkamah syariah tersebut.
Saya habiskan di sini Tuan Yang di-Pertua tajuk ini. Di waktu yang sama, saya
juga ingin mengingatkan kepada kaum bukan Islam bahawa mereka juga perlu
menghormati hak dan sensitiviti umah Islam. Saya sebenarnya nak bercadang
mengupas isu berkaitan dengan kalimah Allah tetapi memandangkan masa yang...
Tuan Haji Ahmad Kassim [Kuala Kedah]: Sedikit sahaja Yang Berhormat
Kulim Bandar Baharu, sedikit sahaja.
Dato' Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Kalau saya dibenarkan
habis tajuk...

Tuan Haji Ahmad Kassim [Kuala Kedah]: Sedikit, sedikit sahaja.
Tuan Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Sekejap, sekejap. Kalau
saya dibenarkan habiskan tajuk di bawah isu inter-religion,
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]:
Berapa panjang Yang Berhormat?
Tuan Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Ada tiga muka.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]:
Panjangkah Yang Berhormat?

Tuan Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Saya ada lima isu tetapi
yang ini isu ketiga yang saya hendak habiskan kalau boleh.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Lima
minit Yang Berhormat.
Tuan Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Baik. Tindakan provokatif
seperti penulisan Gunasegaran seorang kolumnis bukan Islam dalam akhbar The Star
pada 19 Februari mempertikai dan memperlekeh hukum syarak berkaitan hukuman
sebat terhadap penzina baru-baru ini hanya sekadar mengundang kemarahan umat
Islam sebagaimana lakaran karikatur yang menghina Rasullah oleh akhbar Sweden dan
Denmark.
Begitu juga dengan isu berkaitan penyalahgunaan kalimah Allah yang dituntut
oleh segelintir pendiayah Kristian baru-baru ini. Saya sedar bahawa majoriti umat
Kristian sangat memahami dan mengamalkan sikap bertoleransi yang tinggi malah
mengiktiraf bahawa kalimah Allah adalah khusus bagi mereka yang menerima konsep
ketuhanan Yang Esa - Yang Satu. Berbeza dengan keyakinan mereka kepada konsep
ketuhanan trinity - tiga dalam satu.

Inilah pandangan yang dikemukakan oleh Reverend Albert Mohler, President of
The Southern Baptist Theological Seminary. Seorang tokoh Kristian yang terkenal dan
dihormati di Amerika apabila menolak cadangan Father Tiny Muskens, Bishop Gereja
Raymond Catholic di Belanda untuk penggunaan kalimah Allah sebagai ganti nama
tuhan bagi umat Kristian Euro-Amerika. Hah, Kristian Eropah pun tolak.
Tuan Yang di-Pertua, saya tidak bercadang mahu mengupas isu ini daripada
segi hukumnya kerana saya tiada kepakaran dan saya bukan seorang ulama mufasirin.
Ada pihak menaburkan fitnah kononnya saya tidak bersuara mengenai isu ini semasa
dalam perbincangan yang dibuat. Sebaliknya saya ingin menegaskan bahawa para
ulama muktabar yang hadir dalam perbincangan tersebut telah memberikan pandangan

dan pendapat mereka yang sangat bernas mengapa mereka menolak penggunaan
kalimah Allah dalam bentuk trinity ini. Jadi tiada keperluan dan sebab untuk saya
menambah kepada apa yang telah mereka perkatakan dengan jelas.
Malahan saya ‘berfadilah’ Datuk Dr. Harun Din, Timbalan Mursyidul Am PAS
sendiri telah mengambil pendirian yang sangat tegas menolak cubaan pendiayah
Kristian ini untuk menggunakan kalimah Allah dengan sebagai ganti nama Tuhan
malahan beliau menyelar golongan yang menyokongnya. Para ulama dan tokoh
ilmuwan Islam yang lain juga menolak cubaan ini. Terdiri daripada nama-nama gah dan
hebat seperti Prof. Datuk Syed Naquib Al-Attas, Prof. Datuk Kamal Hassan, Prof. Dr.
Muhammad Othman Al-Muhammadi, Prof. Dr. Kamar Oniah malahan Pakar
Perlembagaan Doktor, Sheikh Farooqi dan ramai lagi ternyata tidak bersetuju dengan
penggunaan kalimah Allah oleh segelintir pendiayah Kristian ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya sendiri telah secara peribadi berdepan dengan
diayah sesat ini secara lebih aktif selama 15 tahun. Saya ingin menegaskan bahawa
belum pun diberi kebenaran, segelintir pendiayah dan aktivis Kristian ini sudah pun
melakukan penyalahgunaan kalimah Allah. Saya berikan contoh-contoh yang pernah
saya berikan di Dewan ini pada persidangan lepas. Contohnya Tuan Yang di-Pertua,
saya pernah mengemukakan risalah-risalah yang dibuat dengan bertajuk ‘Jalan Kepada
Allah’, ‘Bagaimana Mengenal Allah’, ‘Pertolongan Daripada Allah’. Saya pernah
menunjukkan komik yang dibuat menceritakan tentang Allah dalam bentuk trinity. Saya
pernah membawa dan saya hendak mendedahkan di sini bagaimana Quran palsu yang
dibuat dengan ayat contohnya berbunyi Surah Al-Muslimun [Membaca potongan ayat
Quran palsu] dengan maksud, “Wahai orang Islam, katakanlah bahawa kamu
sebenarnya golongan yang sesat kerana kamu tidak percaya kepada Allah dan
anaknya.”

Ini adalah contoh-contoh di mana salah guna perkataan nama Allah dibuat. Saya
boleh dedahkan seperti hadis-hadis palsu yang dibuat, yang dilakukan. Saya boleh
kemukakan VCD-VCD yang dibuat untuk mengelirukan penggunaan nama Allah. Saya
boleh keluarkan banyak lagi perancangan. Yang terbaru, komik-komik untuk kanakkanak
yang dibuat, yang saya tunjukkan di sini, yang disebarkan di sekitar KLCC sekitar
lewat bulan lepas yang menyalahgunakan perkataan Allah. Sebab itu saya yakin
bahawa ada segelintir pendiayah Kristian yang cuba mengambil kesempatan dalam
keadaan umat Islam yang berpecah belah ini untuk mencapai agenda jahat mereka.
Persoalannya bukan agama Islam diserang oleh Kristian tetapi agenda jahat segelintir
pendiayah Kristian untuk melaksanakan agenda halus. Perenggan akhir, Tuan Yang di-
Pertua.

Kalau kita membaca sejarah umat Islam dan sirah Nabawi, kita tidak akan
terjumpa keadaan di mana orang yang mengaku Islam beria-ia berjihad untuk
membenarkan orang bukan Islam mengguna kalimah “Allah” dalam bentuk syirik dan
kufur ini. Malahan, ketegasan umat Islam dalam hal akidah ini jelas dalam kisah dialog
di antara Sayidina Jaafar Abi Talib Al-Tayyar dengan Maharaja Najasyi, Raja Kristian
dari Habsyah dalam peristiwa hijrah pertama. Saya menutup di sini dalam isu ini Tuan
Yang di-Pertua dengan mengingatkan diri saya dan sahabat-sahabat saya yang
mengaku beragama Islam.

Benarlah sabda Rasulullah saw, “Bersegeralah kamu pada melakukan amalan
soleh kerana akan datang suatu masa nanti kamu ditimpa dengan satu fitnah yang
kamu tidak akan nampak kerana datangnya fitnah itu seperti kepingan malam. Pada
ketika itu kamu Islam di waktu pagi kamu kafir di waktu petang, kamu Islam di waktu
petang kamu kafir di waktu pagi. Di kala itu Allah akan mencabut perasaan takut dari
musuh kamu kepada kamu dan Allah campakkan perasaan wahan kepada kamu iaitu...
[Membaca sepotong Hadis dalam bahasa Arab] ...Kamu akan jadi terlalu cintakan dunia,
jawatan, kedudukan, habuan dan kamu akan takut dengan kematian.” Dengan izin Tuan
Yang di-Pertua, saya pohon menyokong. [Tepuk]

Soal Jawab Lisan...Parlimen

Soalan dari Ahli Parlimen Lenggong, YB Dato Shamsul Anuar Nasarah meminta Menteri Keselamatan Dalam Negeri menyatakan :
a) kedudukan indeks jenayah negara sekarang,
b) apakah usaha kerajaan bagi memmbendung masaalah kebanjiran pendatang tanpa izin haram dalam negara.

JAWAPAN:

Tuan Yang Di Pertua,

Bagi menjawab pertanyaan (a) jumlah jenayah indeks bagi tempoh 2 tahun dari tahun 2008 hingga 2009 adalah seperti berikut:

1 bagi tahun 2008 adalah 211,645 kes dan
2 bagi tahun 2009 adalah 209,417 kes.

Dari jumlah ini didapati penurunan sebanyak 2,228 kes iaitu 1.05%.

Tuan Yang Di Pertua,

(b) bagi menjawab pertanyaan (b), usaha-usaha kerajaan untuk membendung masaalah kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam negara adalah berikut:

1. membentangkan isu PATI kepada Jawatankuasa Kabinet mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin ( JKK-PATI ) yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri bagi mendapatkan dasar-dasar umum menyelesaikan isu-isu PATI secara holistik;

2. mengadakan operasi penguatkuasaan secara bersepadu antara Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) secara berterusan untuk mengesan, menangkap, mendakwa dan mengusir warganegara asing yang melanggar peruntukan undang-undang negara seperti dibawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963;

3. pengawasan di sepanjang persisiran perairan negara akan dipertingkatkan iaitu kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti sebagai tempat pendaratan dan kemasukan PATI. Ini dijalankan dengan kerjasama Polis Marin, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). Kerajaan juga sentiasa memantapkan usaha-usaha risikan, pemantauan dan penguatkuasaan bagi menyekat penyeludupan di sempadan darat negara. Ia dijalankan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) dan Pasukan Gerak Am (PGA).

4. melaksanakan program yang bertujuan untuk mempercepatkan penghantaran pulang PATI, dimana PATI yang melakukan kesalahan memasuki Malaysia tanpa Pas atau Permit yang sah dan tinggal di Malaysia selepas tamat tempoh Pas, hanya dikenakan kompaun yang nominal tanpa perlu melalui perbicaraan di Mahkamah PATI sebelum dihantar pulang ke negara asal. Dari 22 Disember 2008 sehingga 31 Disember 2009, sejumlah 39,813 orang PATI telah dihantar pulang melalui program ini, dan

5. memastikan bahawa pelawat-pelawat asing ke negara ke negara ini mempunyai tiket pulang ke negara asal mereka (return ticket) disamping menasihatkan mereka agar mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk menyara diri sepanjang masa berada di negara ini.

Khamis, 25 Mac 2010

PKR Hilang Satu Lagi Kerusi...Kerana Mati...

Ahli Parlimen Hulu Selangor diberitakan telah meninggal dunia sebentar tadi, beliau yang memenangi kerusi Parlimen Hulu Selangor Mac 2008 yang lalu sebagai calun PKR.

Alfatehah kepada Allahyarham, semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh beliau..amin

Kepada PKR pula, nampak masaalah pengaliran 'pergi' wakil rakyat' parti ini sudah tidak mampu dibendung lagi, mungkin selepas ini ramai lagi yang ingin berhijrah secara 'sukarela' atau terpaksa berhijrah seperti mana Allahyarham Dato Dr Zainal Abidin Ahmad sebentar tadi....

renungkanlah...

Rabu, 24 Mac 2010

Anwar Dah Tinggal Cawat...

Setelah Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru Datuk Seri Zahrian hashim membuat pendedahan panas di Dewan Rakyat Rabu lalu mengenai Pelan 16 September Datuk Seri Anwar Ibrahim,pagi Rabu ini tiba giliran Ahli Parlimen Bebas Kulim Bandar Bharu ,Zulkifli Nordin pula.

Belumpun bekas ahli PKR itu dapat mulakan ucapan bahas usul junjung titah yang Dipertuan Agong sudah timbul kekecohan bila kalangan Ahli Parlimen Pembangkang membantah.

Mereka bising kerana anggap sudah cukup dua orang Ahli Parlimen Bebas berucap sebelum ini yakni Zahrain dan Datuk Ibrahim Ali,Pasir Mas.

Bila Speaker membenarkan maka ada kalangan Ahli Parlimen pembangkang bertindak keluar dewan. Bagaimanapun, Anwar tiada di Dewan ketika Zulkifli mendedahkan 'letupan' yang dijanjikan berlaku di Parlimen sebelum ini.

Zulkifli terus memanaskan suasana dewan bila mendedahkan beliau pernah diminta membuat akuan bersumpah kaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya.

Dakwanya beliau menerima tawaran yang boleh goyahkan iman untuk tujuan itu.

Menurut Zulkfili,semua fitnah ini gara-gara akuan bersumpah penyiasat persendirian K.Balasubramanian yang ambil kesempatan dengan syaitan bertopengkan manusia.

"Saya adalah antara peguam yang kendali kes Altantuya. Apa ditohmah Bala tidak pernah dibangkit di makhamah. Kenyataan Bala pada polis juga tidak bangkitkan soal ini," katanya sambil menyelar segelintir pemimpin Islam yang boleh terima pengakuan Bala hanya kerana syak wasangka dan akuan yang dicop pesuruhjaya sumpah.

"Tak kan orang seperti Bala boleh diterima fitnahnya tanpa usul periksa," katanya.

Zulkifli kemudian mendedahkan, beliau pernah diminta untuk babitkan Najib dan Rosmah dalam kes pembunuhan Altantuya.

"Saya diminta dapatkan pengakuan bersumpah dan diminta buat surat akuan bersumpah kaitkan PM dan isteri dengan ganjaran yang boleh goyahkan iman," katanya.

Lagi panas bila beliau jelaskan sebab tarik diri dari kes itu kerana tidak mahu terus terbabit dalam mainan fitnah.

Katanya beliau akan berjumpa dengan pihak terbabit untuk memohon maaf.

Beliau bersyukur Allah melindunginya dari terbabit dalam fitnah ini.

"Sebab itu saya menarik diri dari kes itu kerana adanya ganggguan dari pihak ketiga yang menyebabkan mustahil saya bertindak secara profesional sebagai peguam membela kes tersebut."katanya.

Beliau berkata lagi tidak mungkin orang yang dituduh (dua anggota polis) dalam kes Altantuya mahu ke tali gantung jika Perdana Menteri dan isteri terlibat.

"Saya cukup yakin pasti mereka akan dedahkan kalau ia benar,"katanya.

Katanya, rakyat patut ambil sikap bersangka baik apabila Najib bersumpah menafikan pembabitan beliau dengan kematian model bersal dari Monggolia itu.

Zulkifli juga mendedahkan beliau juga diminta babitkan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz dalam kes pergaduhan yang menyebabkan kematian di sebuah restoran di Hartamas Kuala Lumpur.

Katanya, kebetulan anak Nazri bernama Nadim berada di restoran berkenaan dan difitnah terbabit apabila disoal siasat polis.

"Akhirnya lima warga Thai telah disabit dan mengaku bersalah dalam kes itu. Saya diminta mengaitkan Nadim dengan fitnah," dedahnya.

Zulkifli berkata, beliau berharap tidak terpaksa mendedahkan semua perkara mungkar (bersama pakatan rakyat).

"Begitulah kotornya politik negara. Terlalu banyak yang tak betul diarah saya lakukan. Ada yang saya dah laksanakan dan ada yang tidak. Di Dewan ini saya ambil kesempatan memohon maaf dan akan jumpa secara peribadi mereka terbabit untuk perbetulkan keadaan," katanya.

Sebelum itu, beliau turut menyatakan kecewa kerana Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat turut menjadi mangsa fitnah bahkan ada pemimpin PAS terbabit berbuat pada pemimpin itu yang sudah bawa PAS ke puncaknya.

Beliau juga mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa di Mahkamah Syariah bukannya di Mahkamah Jenayah yang menggunakan undang-undang sekular menuduh orang Islam.

"Saya desak pertuduhan liwat terhadap Anwar ditarik balik dari mahkamah sekular ke mahkamah Syariah supaya beliau dapat hak termasuk guna pembelaan Qazaf," ujarnya.

Bagaimanapun, beliau mahu perbicaraan antara Anwar dan Mohd Saiful Bukhari Azlan diteruskan supaya keadilan dan kebenaran dapat dicari.-24/3/2010

SUMBER AGENDA DAILY


Komen penulis mengenai Zulkifli akan dikupas didalam posting selepas ini...

Saifuddin, Sahlan & Malaysia Kini DAJJAL...Ibrahim Ali


Semalam Ahli Parlimen Machang Saifuddin Nasution didalam Dewan Rakyat telah melontarkan tuduhan liar yang tidak berasas apabila mengaitkan Dato Ibrahim Ali Ahli Parlimen Pasir Mas terlibat dan mempunyai kaitan didalam syarikat Ascort Sport yang diberikan ruang sehingga 20 tahun untuk menjalankan perniagaan pertaruhan.

Jelasnya, perniagaan itu membabitkan pertaruhan untuk lumba kuda, bola sepak dan sukan-sukan lain."Syarikat ini membayar yuran operasi sebanyak 20 juta kepada kerajaan dalam urusniaga sebesar RM1bilion" kata Machang.

Pagi ini didewan rakyat YB Dato Ibrahim Ali berkata "saya bersedia bersumpah wallahi wabillahi watallahi bahawa saya tidak terlibat secara langsung mahupun tidak langsung sama ada wakil atau proksi saya terlibat dalam urusan syarikat yang disebutkan mahupun mana-mana syarikat judi yang lain"

tambah beliau " tindakan liar, jahat dan amat terdesak pihak pembangkang dalam mengalih isu yang meranjau pakatan rakyat itu"

Nampaknya Puak pembangkang dah semakin meroyan dan hilang punca! Anwar akan dihadapkan ke Mahkamah, perpecahan semakin membarah, urusan rakyat bukan keutamaan! kepentingan diri dan peribadi pemimpin pembangkang sedang menjadi urusan maha penting puak pembangkang dalam melalui tempoh nazak pakatan haprak ini...

Barua membarua dikalangan pemimpin pembangkang membawa musibbah!

Selasa, 23 Mac 2010

Kalabakan Tarik Balik Kenyataan!!!


Ahli Parlimen Kalabakan Dato Seri Ghafor Salleh yang meroyan petang tadi dalam membahaskan titah ucapan SPB Yang Di Pertuan Agong telah MENARIK BALIK kenyataan beliau yang menuduh DS Zahrain Ahli Parlimen Bayan Baru Berbohong!

Beliau yang kesal dengan tindakan yang beliau lakukan berkata bahawa beliau GAGAL mengawal perasaan dan marah dengan pendedahan pembohongan Anwar Aljuburi oleh Bayan Baru itu, oleh yang demikian tuduhan yang mengatakan Bayan Baru berbohong adalah satu kesilapan dan mengakui bahawa Ahli Parlimen Bayan Baru itu berkata benar dalam mendedahkan pembohongan Anwar Aljuburi didalam Dewan Rakyat minggu lalu.

Ikut hati mati! ikut rasa binasa! ikut nafsu lesu...LU FIKIR LA SENDIRI TOK!!!

Parlimen...Kalabakan Pulak Meroyan!!!

selepas Sri Gading berucap yang membela Utusan dan ketuanan melayu serta mengatakan bahawa Tapak Kaki Khalifah Omar Abdul Aziz Pun Lim Guan Eng Tak Layak Disamakan, tibalah giliran Dato Ghafur Salleh Ahli Parlimen Kalabakan tiba-tiba bangun berucap meroyan!

Beliau menghujahkan bahawa apa yang disampaikan oleh Bayan Baru minggu lalu adalah satu penipuan! Beliau yang kelihatan begitu berang dan tidak mahu menerima hakikat bahawa apa yang dijelaskan oleh Bayan Baru itu adalah pembohongan Anwar Aljuburi!

Sri Gading yang bangun mencelah menjelaskan bahawa isu pembohongan oleh Bayan Baru tidak timbul! Bayan baru hanya mengutarakan apa yang dibohongi oleh Anwar, namun Kalabakan seakan kuda liar yang tidak dapat mengawan setahun.

Malah Bayan Baru yang berdiri memohon penjelasan untuk mencelah tidak diberikan laluan oleh kalabakan, ini membuktikan bahawa Kalabakan sebenarnya tidak mahu menerima isu pembohongan Anwar kepada Zahrin yang mengaitkan namanya diantara Ahli Parlimen BN yang bakal melompat parti seperti yang didedahkan oleh Zahrin Bayan Baru.

Kalabakan...sebagai orang lama sepatutnya beliau jelas akan mainan politik! tapim kalau dah angin satu badan, emosi dan gagal mengawal perasaan maka bercakaplah sesuka hati demi nak menegakkan benang basah sendiri...huuhuu!

Hadi Menyalak Lagi!!!


Hadi cadang Rukun Negara yang pertama dipinda

KUALA LUMPUR 22 Mac - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mencadangkan supaya Rukun Negara yang pertama dipinda selepas kalimah Allah semakin diterima pakai oleh penganut bukan Islam.

“Saya meminta kerajaan untuk mengubah Rukun Negara pertama daripada percaya kepada Tuhan kepada percaya kepada Allah.

“Kita menerima secara positif, apa yang ditunjukkan bukan Islam walaupun terdapat kekeliruan terhadap orang bukan Islam. Tanggungjawab kita ialah menerangkan kekeliruan yang timbul itu,” katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong semasa merasmikan pembukaan penggal ketiga Parlimen ke-12 di Dewan Rakyat di sini.

Beliau berkata Al-Quran tidak menghalang penganut agama lain untuk menggunakan kalimah Allah.

Katanya, adalah menjadi tanggungjawab umat Islam bagi memberi penjelasan kepada penganut bukan Islam tentang makna penggunaan kalimah Allah tanpa memaksa mereka memeluk Islam.

“Mereka (penganut bukan Islam) menyebut nama Allah tanpa mengganggu kita. Kenapa kita tidak menerima secara positif pengguna bukan Islam untuk menggunakan kalimah Allah,” katanya. - Bernama

Malaysiakini melaporkan

"Apa yang penting ialah penjelasan, dialog di antara pemimpin-pemimpin agama, bukan diserahkan kepada mereka yang bebal dan menggunakan hukum akal, tidak menggunakan nas. Malangnya perkara ini dibawa ke mahkamah, berlakunya pembakaran gereja, berlaku pembakaran masjid, berlaku perkara negatif. (Ini) menunjukkan kita tidak menangani perkara ini dengan baik. Mereka guna perkataan Allah, dan sepatutnya peluang ini digunakan untuk masuk ke gelanggang mereka untuk menjelaskan. Saya minta supaya kerajaan meminda Rukunegara yang pertama, kepada kepercayaan kepada Allah. Tanpa memaksa mereka menerima agama kita, kita berhujah sekiranya berlaku kekeliruan."

Komen

Inilah standart Presiden PAS, semua kenyataan hanya bermatlamat politik! cara beliau melontarkan cadangan itu semata-mata nak mengutuk kerajaan BN dan mengambil hati puak-puak jahiliah dikalangan pembangkang terutama tuhan politik PAS iaitu DAPig.

Kebijaksanaan pemimpin terdahulu...siapa? pemimpin UMNO lah yang menggariskan Rukunegara yang pertama iaitu Kepecayaan kepada Tuhan itu bermaksud bahawa setiap warga negara berhak untuk menganuti setiap ajaran agama yang mereka yakini.

Dalam melatakkan Islam sebagai agama rasmi, pemimpin terdahulu dengan bijaksana telah menetapkan akan kebebasan beragama kepada warga yang bukan beragama Islam. Ini bermakna kesucian Islam perlu dipelihara dengan menggariskan syarat-syarat yang perlu diikuti dan dipatuhi oleh siapa jua.

Maka Hadi tak payah nak menjadi jaguh kesederhanaan kepada semua bangsa dan agama dalam negara, semua orang tahu bahawa PAS sanggup untuk menggadai agama hanya kerana secubit kuasa, walhal amanat beliau di bonggol paradong yang menjadi azimat Ibrahim Libya dan pengikutnya jelas menampakkan betapa ekstrimnya hadi dan PAS suatu ketika dahulu.

Bagi PAS hari ini perkara itu telah menjadi sejarah, malah kewujudan negara Islam pun sudah menjadi sejarah, membangun bersama ulama sudah menjadi sejarah, hukum hudud sudah menjadi sejarah, UMNO kafir kerana berkawan dengan MCA sudah menjadi sejarah, sembahyang 2 imam sudah menjadi sejarah, tidak halal makan sembelihan orang UMNO sudah menjadi sejarah dan banyak lagi punca kepada perpecahan sesama islam dan kesatuan bangsa yang gagal bertaut sehingga kini.

Sebenarnya Hadi sedang ber 'dongeng' untuk memperlihatkan kepada sekutu kafir beliau bahawa dirinya dan PAS memang sudah taubat nasuha dan bersedia memeluk semua orang kafir bukan sahaja kit siang dan karpal singh yang bau tenggiling itu bagi jaminan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri jika PM ( Peliwat Malang ) berjaya menakluki Putrajaya.

Ini kerana beliau begitu tersinggung apabila didalam suatu majlis dialog apabila ada peserta dialog yang bertanya kepada Nuar Jubor bahawa siapa yang bakal dilantik sebagai TPM dan jawapan nuar ialah kit siang sedangkan beliau turut ada didalam majlis yang sama. Itu sebab timbul isu kerajaan perpaduan kerana hadi nak 'test market' dikalangan puak-puak mereka.

Jadi berbalik kepada isu Rukunegara diatas, hadi sekali lagi sedang cuba melontarkan sesuatu yang difikirkan menguntungkan politik beliau, dikalangan kuda belang PAS hadi akan dilihat amirul mukminin yang menebarkan ajaran agama kesetiap kafir dalam negara untuk menerima Allah sebagai Tuhan, sementara disudut gelap yang lain hadi dilihat menerima akan penggunaan kalimah suci tersebut diherdik, dihina dan bakal dimanupulasikan oleh puak-puak gereja didalam ajaran agama mereka...

Jadi Hadi tak payah menyalak lah!!!

Isnin, 22 Mac 2010

Isu Binatang...Pembangkang Buat Kecoh!

Sehingga 12.25 ini puak pembangkang masih tidak mampu menerima hakikat bahawa kenyataan Ketua Pembangkang yang jelas berbohong disanggah oleh pihak Kerajaan.

Pambangkang yang terjerit-jerit meminta Speaker untuk membawa peraturan mestuarat dan sekarang Speaker membenarkan Machang saifuddin nasution membawa peraturan mesyuarat 36.12 dan 37.1 dengan mengatakan Menteri Di JPM Dato Seri Nazri telah memesongkan fakta dalam jawapan beliau tempoh hari. Alih isu jer rupanya...

Menteri menjawab, apa yang dijawab adalah atas asas kebenaran dan tidak sesekali mahu mengelirukan dewan serta meminta pihak speaker memeriksa handsard dan 'jantan' dalam menghadapi apa jua kemungkinan kemudian...'tak macam anak betina sebelah sana' kata nazri.

Titiwangsa pulak marah kerana guna perkataan jantan betina, nazri jawab 'jantan betina ni digunakan oleh binatang, depan saya ni semua nya manusia, apa masaalahnya? saya tidak berniat jahat, ada yang makan cili ker?'

Agak-agak nya puak pembangkang terasa yang mereka dipanggil binatang, kalau bukan binatang apa yang marah? so betul ker agaknya...

Anwar Bakal Dirujuk Ke J/K Hak & Kebebasan Parlimen

Kecoh...hampir setengah jam Dewan Rakyat kecoh dengan gelagat Ahli Ahli Dewan apabila Ahli Parlimen Kota Belud membangkitkan peraturan mesyuarat 36.12 dan 37.1 yang mengatakan bahawa Anwar selaku Ahli Permatang Pauh memesongkan Dewan dalam ucapan membahasakan Titah Seri Padukan Baginda Yang DiPertuan Agong.

Anwar yang membuat tuduhan bahawa Gagasan 1Malaysia yang diperkenal oleh YAB Perdana Menteri adalah cetusan dan idea yang diberi oleh APCO adalah suatu pembohongan. APCO sendiri telah menafikan tuduhan jahat Anwar itu.

Sementara itu Dato Seri Nazri Tan Sri Aziz Menteri Di Jabatan Perdana Menteri bangkit mengatakan bahawa pihak kerajaan memberikan tempoh kepada Anwar selaku Ahli Parlimen Permatang Pauh SEMINGGU untuk membetulkan fakta sonsang tersebut. Jika Anwar gagal membetulkan kenyataan sonsang beliau itu maka pihak Kerajaan berhak untuk mengusulkan kepada Dewan Rakyat agar Anwar dihadapkan ke J/K Hak & Kebebasan Parlimen.

Panas...Dato Ibrahim Ali Ahli Pasir Mas sehingga 12,10 minit masih belum lagi menyambung ucapan beliau...tunggu..

Jumaat, 19 Mac 2010

Muhyiddin Jangan Buat Kerja Sia-Sia...!!!


TPM minta siasat dakwaan Zahrain tentang Anwar

MUAR 19 Mac – Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mahu pihak berkuasa menyiasat dakwaan wakil rakyat Bebas, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi menjayakan rancangan mengambil alih kerajaan pusat pada 16 September 2008.

Timbalan Perdana Menteri menyifatkan pembongkaran yang dibuat oleh Ahli Parlimen Bebas bagi Bayan Lepas itu sebagai amat serius kerana ia melibatkan nama baik institusi Yang di-Pertuan Agong serta angkatan tentera.

Komen:

TPM minta siapa siasat? Jangan buang masa anggota polis la...selama ini berapa banyak masa dan tenaga yang dibazirkan oleh anggota polis dan pegawai penyisat membuka kertas siasatan? setelah selesai siasatan dan laporan penuh disediakan apakah ada tindakan susulan? Yang kedengaran hanya AMARAN...AMARAN...AMARAN!!!

Jangan tunggu apa tindakan yang boleh dikenakan keatas China Press kerana hari ini mereka telah meminta maaf, walaupun ada dikalangan 'orang dalam' KDN kata ada asas untuk digantung permit 1-3 bulan. Lagipun Menteri Amaran Dalam Negeri telah 'membenarkan' kenyataan China Press itu apabila mengesahkan bahawa Tan Sri Musa tidak akan disambung perkhidmatannya.

Mungkin Muhyiddin kena bincang dengan Najib untuk menubuhkan satu lagi KEMENTERIAN TINDAKAN DALAM NEGERI supaya segala perkara yang begitu menyentuh hati dan perasaan orang Melayu dan Islam selama ini yang telah beratus laporan polis dibuat boleh diselesaikan melalui Kementerian baru itu nanti...

Nak tunggu apa lagi?

Ku Li Sedia Jadi Orang Tengah...

sumber : Neutral Daily

Tengku Razaleigh Hamzah dalam pertemuan dengan Neutral Daily rabu lalu mempertahankan pendirian beliau mengenai pemberian isu royalti minyak kepada Kelantan.

Menurut beliau lagi,undang-undang pemberian sebahagian royalti minyak kepada negeri pantai Timur adalah dibuat atas arahan dan amanah Allahyarham Tun Razak kepada beliau ketika menjadi Pengerusi Petronas pada tahun 70-an dahulu semata-mata untuk memajukan negeri-negeri di Pantai Timur iaitu Kelantan,Terengganu dan Pahang.

Menurut beliau lagi beliau tidak seharusnya digelar pengkhianat oleh UMNO kerana beliau hanya menjalankan arahan presiden parti pada ketika itu iaitu Allahyarham Tun Razak , tambahan lagi undang-undang berkenaan masih lagi wujud sehingga kini.

Menjawab soalan kenapa kerajaan enggan memberikan sebahagian royalti kepada Kelantan pada ketika ini.Tengku Razaleigh menyifatkan ianya dilakukan kerana faktor politik iaitu tidak mahu memberi royalti kepada negeri yang diperintah di bawah PAS.

Dalam pada itu Tengku Razaleigh melahirkan rasa pelik kenapa satu ketika dahulu kerajaan boleh memberikan royalti minyak kepada Sabah ketika diperintah Pembangkang(Parti Bersatu Sabah) tetapi tidak pula kepada Kelantan.

Justeru itu Tengku Razaleigh mencadangkan penubuhan jawatankuasa bersama di antara pembangkang dan kerajaan dengan beliau sebagai orang tengah untuk memantau perbelanjaan wang royalti jika ia jadi diberikan kepada Kelantan.

Beliau juga membayangkan kerajaan Barisan Nasional di bawah Najib akan kembali popular di kalangan rakyat Kelantan di samping menambahkan sokongan ahli parti sedia ada jika pemberian sebahagian royalti itu berjaya dilaksanakan.

Tengku Razaleigh turut yakin yang pemberian royalti minyak ini turut dimahukan dan disokong di kalangan ahli UMNO di Kelantan.Ini dibuktikan dengan kehadiran ramai ahli UMNO di ceramah royalti minyak bersama PAS tempohari.

Komen

Dalam isu ini penulis melihat bahawa Kerajaan 1Malaysia perlu mengenepikan 'politiking' yang mencengkam dibenak masing-masing. Isunya bukan hamPAS, bukan Ulama Terompah Kayu Nik Najis, bukan Husam Kusam yang belawok konon pergi ke tengah laut sedangkan separuh jalan dah U turn, Isunya ialah duit yang berhak diterima oleh rakyat Kelantan demi pembangunan dan kemajuan negeri serendah sekebun bunga itu.

Saranan Kuli agar ditubuhkan JK bersama bagi mengatasi 'cara' penyaluran wang tersebut perlu lah diterima dengan hati terbuka, tidak peduli apa namanya? sama ada wang royalti, ihsan, sedekah, hadiah atau apa jua kecuali wang untuk pembiayaan pergi mengerjakan umrah.

Demi Melayu dan umat Islam terbanyak serta rakyat Kelantan, hak mereka seperti yang dijelaskan oleh Tun Razak dalam Parlimen pada 12 hb Disember 1975 jangan lah dinafikan pula. Inilah masa kerajaan 1Malaysia membuktikan bahawa Rakyat benar-benar didahulukan serta pencapaian diutamakan!

Sendiri Mau Ingat!!!

Khamis, 18 Mac 2010

Pakatan Rakyat = 1Israel...


Apabila kemaluan dah semakin besar maka beruk-beruk tersepit Pakatan Haprak pun bawalah fatwa PM ( Peliwat Malang ) yang mengatakan Gagasan 1Malaysia adalah cedokkan dari 1Israel....biasalah pembohong akan cepat-cepat kata orang lain bohong untuk menutup pembohongan mereka!

Hakikat bahawa APCO yang dilantik oleh Kerajaan Malaysia telah membuat kenyataan rasmi petang tadi bahawa Anwar berbohong! APCO membuat kenyataan rasmi MENAFIKAN pernah terlibat dalam menasihati Ehud Barak berkenaan 1Israel dan menafikan juga bahawa mereka menasihati Dato Najib berkenaan 1Malaysia.

APCO dilantik setelah Gagasan 1Malaysia diumumkan oleh Najib setelah mengemudi Pentadbiran Kerajaan Malaysia dan langsung tiada kena mengena dengan 1Israel atau apa jua yang berkaitan dengan Israel, Yahudi dan sewaktu dengan nya! Anwar yang terkencing-kencing takut telah membawa diri keluar bukan sahaja dari Dewan Rakyat kerana penangan Zahrin malah telah cabut keluar negara. Sehingga kini Anwar GAGAL untuk mengulangi kenyataan tersebut diluar dewan agar pihak yang terlibat boleh menyaman PM ( Peliwat Malang ) tersebut....huhu cabut war, tapi jangan lupa balik sebelum 25 hari bulan walau bertongkat, berkerusi roda dan menggunakan sarung leher.

Hakikat bahawa Anwar lah yang telah meniru dan mengikuti cara dan kaedah big brother nya Israel itu... sebab? 1Israel telah dibentuk pada tahun 99 kerana Ehud Barak bakal berdepan dengan pilihanraya, maka bersatulah 3 parti yang sebelum itu berlainan pendirian dalam anutan masing-masing, Parti Buruh, parti nemad dan parti gesher telah bersatu dibawah 1Israel hanya untuk berdepan dengan rakyat dalam usaha memenangi Pilihanraya...itu ajer dan 1Israel berkubur setelah setahun kemenangan mereka dalam pilihanraya tahun 99 itu.

jadi dalamm konteks kita di Malaysia, maka Anwar telah mempelopori dan mengikuti telinjuk big brother nya Ehud Barak dengan bergabung atas nama Pakatan Haprak diantara PKR, DAP dan PAS... dalam PRU 12 yang lalu, dan sejarahnya berkuburnya gabungan itu hampir sama nampaknya didalam Pakatan Haprak apabila kesedaran dan pembersihan jiwa telah mula wujud dikalangan pemimpin dan wakil-wakil rakyat mereka.

jadi kalau bercakap tentang 1Israel sebenarnya kita bercakap tentang gabungan Pakatan Haprak yang diketuai oleh Ehud Barak versi Malaysia iaitu PM ( Peliwat Malang ) @ penunda kes terbanyak dalam mahkamah...huhuhu

Lu Fikir la Sendiri

Teks Ucapan Penuh Dato Seri Zahrin Di Parliemen...


Ucapan Penuh YB Bayan Baru di Parlimen pada 18 Mac 2010

Dato Yang Di Pertua,

Semalam saya telah mendedahkan suatu kebenaran yang terpendam begitu lama. Memang berhadapan dengan kebenaran itu sesuatu yang menyakitkan, 'the truth hurts'. Sebab itulah kita dapat melihat reaksi yang bagaikan chimpanzee didalam sarkis semalam. kerana kebenaran itu menusuk kalbu mereka.

Nasihat saya kepada mereka, terimalah kebenaran dengan hati terbuka. kalau saudara memilih untuk terus hidup dibawah sindrom penafian 'denial syndrome' itu adalah ahak saudara. Tapi suatu ingatan daripada saya, kalau saudara memilih untuk hidup dibawah sindrom penafian kepada konspirasi pembohongan ini, kebenaran itu akan datang menghantui saudara dan menjadi suatu mimpingeri buat saudara kemudian hari nanti.

Sebenarnya saya memilih untuk membuat pendededahan ini kerana mereka memilih untuk memalukan dan mengaibkan saya serta keluarga. 'They hit below the belt' Mereka memilih untuk memfitnah dan membawa cerita palsu dengan niat untuk membunuh karektor dan peribadi saya. Timbalan Presiden PKR Syed Husin Ali meneruskan fitnah dengan membuat kenyataan dua hari lepas bahawa proses pembersihan telah selesai dan PKR kini sebuah Parti yang bersih dari daki dan najis.

Saya ingin menegaskan bahawa memang Tuhan telah melakukan proses pembersihan didalam PKR. memang kami yang bersih dan suci sudah dikeluarkan daripada PKR, yang tinggal didalam PKR sekarang hanyalah mereka yang berdaki dan najis sahaja. saya nasihatkan Syed Husin supaya membaca buku SHIT tulisan sasterawan negara Professor Emeritus Dato Shahnon Ahmad. Memetik kata-kata Dato Shahnon Ahmad, apa yang tinggal didalam PKR hari ini hanyalah SHIT sahaja. Dan Hari ini, di dewan yang mulia ini, saya ingin mendedahkan SHIT tersebut supaya rakyat tahu dan tidak terus terpedaya dengan mainan politik silap mata PKR ini.

Pada 12 Februari 2010, saya terpaksa mengambil langkah berani berhijrah daripada PKR menjadi Ahli Parlimen Bebas tanpa ikatan kepada mana-mana Parti. asas kepada penghijrahan ini adalah kerana keyakinan saya kepada perjuangan PKR dan Pakatan Rakyat sudah diselubungi keraguan.

Keraguan saya adalah berdasarkan kepada landasan perjuangan Paktan Rakyat yang berteraskan reformasi dan pengubahan sudah menjadi agenda peribadi. ini terbukti apabila pembohongan dan putar belit agenda 16 September terbongkar, agenda merampas Putrajaya 'at all cost' keghairahan mereka terhegeh-hegeh menghantar deligasi sandiwara dianggotai oleh YB Batu, YB Bukit Lanjan, YB Machang dan lain-lain ke taiwan membontoti Ahli Parlimen Barisan Nasional demi melaksanakan agenda sempit mereka.

Saya masih teringat pada masa itu kami Ahli parlimen pakatan Rakyat diperkudakan, diperalatkan dan dipermainkan. Kami dibohongi kononnya jumlah Ahli Parlimen BN yang akan melompat sudah lebih daripada mencukupi. saya masih ingat anrata nama-nama yang disebut adalah seperti YB Kalabakan, YB Kimanis, YB Kinabatangan, YB Tawau, YB Sepanggar, YB Batu Pahat termasuk YB Jerantut dan YB Gua Musang dan lain-lain. Malahan salah seorang Timbalan Speaker dikatakan akan sama melompat ke PKR.


yang Di Pertuan Agong dikatakan sedang menunggu di Istana untuk mendapat pengesahan jumlah MP BN yang akan melompat dan memberi perkenan Tuanku untuk PR membentuk Kerajaan Persekutuan. Malahan yang Di Pertuan Agong dikatakan sudah berkenan dan merestui YB Permatang Pauh sebagai PM ke 6. Malahan nombor plate kereta pun sudah ditukar menjadi WMK 6! kami disogok cerita kononnya Panglima ATM dan ATM juga memberikan sokongan pembentukan Kerajaan Peesekutuan oleh PR.

Pada masa itu, kami Ahli-Ahli Parlimen PR khususnya PKR pada masa itu diarah berada didalam kawasan Parlimen untuk mengambil alih kuasa tersebut yang dikatakan akan berlaku bila-bila masa. kami dibohongi kononnya salah seorang Timbalan Speaker akan mempengerusikan usul undi tidak percaya yang akan dikemukakan terhadap Kerajaan Persekutuan dan menyokong PR mengambil alih Kerajaan Persekutuan. Begitulah sandiwara pembohongan 16 September yang menyebabkan akhirnya keraguan mengatasi keyakinan saya terhadapa perjuangan PKR, 'doubt has overtaken my faith'.

keyakinan saya terhadap perjuangan PR hancur berkecai apabila melihat amalan politik sempit yang ditunjukkan oleh kepimpinan YB Bagan, merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang. YB Bagan ini adalah pemimpin DAP yang sama yang dihambat dan ditendang keluar oleh DAP Melaka. ( YB Kota Melaka tentu tahu kisah ini ). sehingga terpaksa merempat ke negeri lain, iaitu Pulau Pinang. makin hari makin terserlah sikap diktatorial, chauvinis, ekstremis, anti islam dan berfikiran ala komunis beliau. dahulu slogannya ' malaysian Malaysia tetapi apabila slogan itu menjadi propaganda bankrap yang ditolak rakyat, slogan baru Middle malaysia pula dikompangkan. Slogan bertukar kulit, agenda jahatnya tetap sama!

Slogan baru ini jelas membuktikan agenda perkauman sempit yang dibawa oleh YB Bagan. Nasib bangsa Melayu dan umat Islam terpinggir dan semakin teraniaya. bukan sahaja golongan bawahan dan marhaen teraniaya, malahan institusi Islam juga dipermainkan. Bukan sahaja institusi seperti Pusat Zakat menjadi mangsa politik chauvinis mereka, malahan cubaan membatalkan sambutan perarakan maulidurasul membuktikan sikap anti Islam yang menebal dibawah kepimpinan YB Bagan.

namun YB Bagan bukan sahaja gagal menjawab teguran dan kritikan saya, sebaliknya memilih untuk melemparkan fitnah dan tomahan yang jahat terhadap saya dan ahli keluarga, kononnya terlibat didalam tender Kelab Golf Bukit Jambul melalui syarikat bermodal RM2 yang anak saya kononnya mempunyai kepentingan. Saya telah pun mengarahkan peguam saya supaya mengambil tindakan undang-undang terhadap dia.

dan yang paling malang, tindak tanduk diktatorial, chauvivis, ekstremis, anti Islam dan ala komunis YB Bagan mendapat sokongan daripada YB Permatang Pauh, seorang pemimpin Melayu yang kononnya menjadi juara Islam, Juara Keadilan dan juara segala juara.

Dan sikap YB Permatang Pauh ini telah mengembalikan ingatan saya kepada lipatan sejarah yang lalu. Kini saya menyedari bahawa kita, rakyat dan negara ini berdepan dengan manusia yang bertopeng pelbagai watak raksaksa pelbagai wajah. Ini juga watak yang sama yang menyokong pemecatan mantan ketua Hakim Negara, Tun Saleh Abas pada tahun 1988 yang membawa kepada kehancuran badan kehakiman. Dan inilah badan kehakiman yang mempertikaikan kewibawaannya oleh YB Permatang Pauh hari ini. Alngkah Ironisnya, bagaimana roda keadilan berputar, dahulu beliau bertindak menzalimi badan kehakiman, kini beliau pula mendendangkan lagu dizalimi oleh institusi yang beliau zalimi.

Kita tidak lupa inilah juga wataknya yang membiarkan Almarhum Datuk Mufti Selangor Dato Ishak baharom dipecat, dan hari ini mendabik dada kononnya dia mahu memperkasa Institusi Islam. dan jangan lah kita lupa inilah orangnya yang semasa berkuasa dahulu menggelar sahibul fadilah Tok Guru Nik Aziz, Murshidul Am PAS sebagai ulama terompah!

Inilah orangnya yang menjadi Hang Tuah membinasakan Institusi Raja-Raja Melayu apabila kekebalan Raja-Raja Melayu berbangkit tahun 1980an. Dan hari ini kononnya mahu mempertahankan Institusi Raja-Raja Melayu.

Sejarah tidak berbohong, dan sejarah akan membuktikan bahawa kita sedang berdepan dengan seorang manusia yang sanggup berbuat apa sahaja untuk mencapai matlamatnya. Political expediency at all cost. Putrajaya sudah menjadi seperti milik mutlaknya, tetapi saya yakin Putrajaya akan berubah menjadi mimpi ngeri beliau.

saya cukup yakin keputusan saya meninggalkan PKR dan berhijrah adalah tepat dan benar. Saya tidak mahu sejarah menghukum saya kerana tidak berbuat apa-apa dalam keadaan ini. saya tidak mahu generasi akan datang melihat saya sebagai sebahagian daripada gerombolan yang menjahanamkan dan merosakkan negara, bangsa dan agama saya.

Dato Yang DiPertua, Yang Di Pertuan Agong dalam titah ucapan baginda melahirkan kedukacitaan tentang perbuatan fitnah, pembohongan dan putar belit fakta terutamanya dalam media baru termasuk media portal.

saya menyokong penuh titah Tuanku ini dan ingin menegaskan bahawa titah Tuanku itu sebenarnya ada kaitan dengan sikap political expediency at all cost ini yang tidak terhenti kepada politikus-politikus bertopeng ini, malahan menular ke mouthpiece mereka iaitu media portal MalaysiaKini. Saya menyaksikan sendiri bagaimana perbuatan politik bertopeng pelbagai wajah ini memperkudakan media portal untuk agenda jahat mereka.

baru-baru ini saya telah terpilih mengikuti rombongan lawatan kerja deligasi Parlimen Malaysia ke Washington DC untuk memperkukuhkan hubungan dua hala Malaysia - Amerika termasuk menambah baik hubungan dagangan Malaysia-Amerika. Ini termasuk lawatan ke Kongres, Senat dan US Trade Representative dan menghadiri forum tertutup yang dianjurkan oleh CSIS ( Centre For Strategic & International Studies ) Amerika Syarikat.

Saya sangat terkejut apabila penganjur daripada CSIS memaklumkan kepada kami bahawa ada menerima panggilan dari seorang pembantu khas YB Permatang Pauh bernama Aasil kazi Ahmad yang meminta pihak penganjur CSIS membatalkan forum tersebut. Ini adalah kerana selama ini YB Permatang Pauh telah memonopoli sebarang pertemuan dengan pihak Amerika dan menentukan apa jenis maklumat yang boleh disampaikan kepada pihak pentadbiran Amerika. Namun senario ini berubah dengan usaha gigih YB Rompin merangkap Duta Besar yang baru Ke Amerika dan YB padang Rengas Menteri di JPM. Usaha ini telah berjaya memecahkan topeng politik mereka.

Dato Yang DiPertua, setahu saya Aasil ini adalah salah seorang pembantu khas YB Permatang Pauh yang bekerja di Pejabat Ketua Umum PKR di Ibu Pejabat PKR. Beliau juga adalah salah seorang 'spin doctor' bagi mereka khususnya bagi perhubungan luar dan antarabangsa mereka. Saya mendesak KDN untuk menyiasat watak bernama Aasil ini. Apakah dia mempunyai permit bekerja dalam negara ini, dan sama ada beliau sebenarnya antara dalang-dalang antarabangsa yang memainkan peranan menggugat kestabilan negara. Saya mengesaki Aasil adalah warga Amerika keturunan Pakistan, seorang warganegara asing yang pada saya adalah pengkhianat bagi negara ini. bagi saya. Malaysia tidak memerlukan pengkhianat asing seperti ini. Saya mendesak supaya KDN mengambil tindakan tegas dengan menghalau watak pengkhianat seperti ini.

selanjutnya semasa forum tertutup tersebut, hanya wakil media dari MalaysiaKini yang datang dari san Francisco dibenarkan oleh penganjur hadir membuat liputan. Apa yang mengejutkan saya, laporan awal mengenai forum tersebut tidak pula dilaporkan dalam MalaysiaKini, sebaliknya muncul dilaman portal kononnya dimiliki oleh Raja Petra, seorang fugitive yang bankrap yang kini didalam pelarian. Ini adalah laman web yang sering dipergunakan oleh pimpinan PR untuk melempar fitnah terhadap sesiapa yang menjadi sasaran mereka, terutamanya yang tidak sehaluan dan tidak menyokong mereka secara membabi buta. Ternyata laporan awal wakil MalaysiaKini disalurkan kepada Raja Petra untuk dicanaikan dahulu!

Dan laporan mengenai forum berkenaan, yang disiar dilaman portal milik Raja Petra tersebut sarat dengan fitnah, pembohongan dan putarbelit fakta.

Sehari dua selepas itu, lamanweb malaysiaKini pula menyiarkan laporan mengenai forum tersebut dengan memetik daripada laman web milik Raja Petra tersebut, tetapi tanpa fitnah, pembohongan dan putarbelit fakta.

Ini jelas membuktikan MalaysiaKini dan Raja Petra bersekongkol 'hand in glove' dengan pemimpin PR untuk melakukan putarbelit laporan dan character assassination terhadap sesiapa juga yang menjadi batu openghalang kepada impian mereka merampas Putrajaya at all cost.

saya yakin dengan teguran Tuanku tepat pada masanya, dan saya menyokong penuh. saya mendesak Suruhanjaya Multimedia dan pihak berkuasa untuk melakukan siasatan menyeluruh dan mendalam terhadap kedua-dua laman portal MalaysiaKini dan Raja Petra, terutamanya samaada mereka menerima pembiayaan kewangan daripada politikus-politikus bertopeng ini.

saya ingin mendedahkan bahawa sebenarnya Raja Petra ini hanyalah barua politikus-politikus bertopeng ini. Beliau ini hanyalah bertindak sebagai ghost writer, penulis berhantu sahaja. Penulis hantu sebenarnya adalah mereka yang menjadi mercenary writer- penulis-penulis upahan yang dibayar oleh mereka. Dan saya tahu Raja Petra kini dilindungi disebuah kediaman mewah di London milik pemimpin kanan PKR. InsyaAllah tiba masa yang sesuai saya akan dedahkan siapa dalang yang membiayai penulis-penulis hantu ini.

Saya ingin menyatakan bahawa saya kenal pasti salah seorang penulis MalaysiaKini iaitu Terence Netto adalah penulis upahan mereka yang menjadi spin doctor kepada politikus bertopeng ini. Ini adalah golongan yang mengamal politik jijik dan kotor, dasar matlamat menghalalkan cara yang akan menyebabkan pengasas fahaman 'Machiavelli' boleh mati terkedu. Ini kerana Machiavelli merumus dasar matlamat menghalalkan cara untuk kepentingan dan kebajikan rakyat. Sebaliknya para politikus bertopeng ini menyalahgunakan dasar tersebut untuk mencapai agenda sempit kepentingan manfaat peribadi mereka.

Dato Yang Di Pertua, saya menjemput Dato dan mereka yang berminat untuk membaca semua tulisan Terence Netto ini dan membuat penilaian sendiri. tetapi saya yakin tiada rumusan lain yang akan dapat dibuat melainkan bahawa Malaysiakini, Raja petra, terence Netto adalah barua-barua dan penulis hantu kepada politikus-politikus bertopeng ini.

saya mendesak supaya Suruhanjaya Multimedia dan SPRM untuk menyiasat penulis upahan Terence Netto dan dalang-dalang dibelakang beliau. Negara ini tidak memerlukan manusia bertopeng seperti ini.

Dato Yang Di Pertua, teguran YDP Agong hendaklah diambil dengan serius. saya mengingatkan diri saya dan rakyat negara ini bahawa jika tiada sebarang tindakan serius diambil terhadap mereka ini, percayalah bahawa budaya fitnah memfitnah akan tumbuh subur dan mekar dalam negara tercinta ini. dan janganlah kita menyesali kelak apabila budaya ini menjadi lumrah dalam masyarakat kita. Sekiranya budaya ini berterusa, saya yakin itulah petanda kepada kehancuran tamadun dan peradaban negara Malaysia yang tercinta ini.

Dato Yang Dipertua, saya mengambil kesempatan ini menegur pimpinan Kerajaan BN. Saya melihat keupayaan pimpinan PR menjalankan kegiatan memburukkan dan menghasut negara asing supaya membenci negara kita adalah kerana kelemahan dan kegagalan kerajaan untuk menangani masaalah tersebut dengan serius dan terancang.

Contohnya, saya melihat perwakilan Malaysia diluar negara seperti Duta dan Diplomat gagal menjalankan peranan untuk membuat program penerangan yang jelas dan berkesan. Ada yang mengambil sikap tugasan mereka sekadar satu kerja mencari makan. habis waktu pejabat habislah tugas mereka. Saya percaya ramai para duta dan diplomat yang agak profesional dan pakar dalam tugasan mereka. Namun begitu kekadang mereka 'overlook' kepentingan politik dan impak sesuatu isu kepada negara.

Jadi saya mencadangkan kepada Kerajaan supaya menilai semula strategi dan kaedah lantikan para duta dan perwakilan Malaysia ke luar negara. Terutamanya ke negara-negara kritikal seperti Britain, Australia, Turki, Indonesia, India dan negara Timur tengah. saya mencadangkan agar kerajaan melantik ahli politik berpengalaman sebagai Duta malaysia ke negara-negara kritikal ini. saya melihat bagaimana keputusan melantik YB Rompin sebagai Duta Besar Malaysia Ke Amerika Syarikat membawa kesan yang positif dalam menangani masaalah ini.

Saya tidak bermaksud untuk memperkecilkan para Diplomat kita. Saya sedar dan insaf ramai dikalangan mereka telah berjaya mengukir nama sebagai Diplomat yang hebat dan profesional. Nama seperti Tan Sri Razali Ismail adalah contoh yang pernah mengharumkan nama negara dipersada antarabangsa. Namun saya berpendapat bahawa di negara-negara kritikal ini, seorang Duta yang mempunyai pendedahan dinamik dunia politik tempatan khususnya akan dapat memainkan peranan lebih efektif.

Akhirnya YB Tan Sri Speaker, saya mengalu-alukan titah diraja YB TS Speaker, saya mengalu-alukan titah diraja Yang Di Pertuan Agong yang pada saya memberi suatu garis panduan dan halatuju yang positif untuk dijadikan sebagai wadah untuk kerajaan melaksanakan dasarnya demi kebaikan dan kebajikan rakyat dan negara ini.

Sekian, Terima Kasih

Saya pohon menyokong.

Parlimen...PKR SHIT! Kata Zahrin...


Pagi ini Ahli Parlimen Bayan Baru Dato Seri Zahrin menyambung ucapan beliau membahas titah ucapan SPB Agong dengan menyatakan bahawa beliau berhijrah dari zaman kegelapan berada didalam PKR selama ini kerana PKR hanya tinggal SHIT...

Beliau sudah tidak mahu lagi bersekongkol dengan pembohongan, penipuan dan pengkhianatan kepada rakyat dan negara. Khalid Gereja juga mencelah dengan mengesahkan bahawa nama-nama Ahli-Ahli Parlimen BN yang mahu melompat parti dalam drama 16 September hanya strategi....maknanya Khalid Gereja mengesahkan bahawa Anwar dan Gerombolan menipu kuda belang mereka dan rakyat.

Padang Serai pulak bangun mabok todi mencelah kecewa kerana Bayan Baru mengaitkan pihak SPB Agong dalam isu 16 September...sah mabok! Mengatakan Bayan Baru askar upahan pihak tertentu untuk mengkhianati perjuangan PKR...podah! berapa botol todi dia minum pagi ni?

Zahrin kecewa dengan Bagan, Lim Guan Eng komunis, soal surat minta dato yang dibaca oleh tian chua jelas bahawa zahrin tak minta dato pun...maka soal minta dato seri tak timbul kerana surat tu menjelaskan Bayan Baru menyatakan penghargaan atas anugerah dato seri yang diberikan...apa masaalahnya?

Beliau menambah bahawa Lim Guan Eng sebagai anti Islam, komunis dan cauvinis dan disokong kuat oleh Anwar yang mempunyai topeng pelbagai watak! Zalim dan Menzalimi!

Dr Lo'lo' titiwangsa yang ghairah mencelah ucapan YB Zahrin Bayan Baru dengan emosi mengatakan bahawa PAS mengakui Mur SHIT dol Amnya Nik Najis Terompah Kayu seperti yang dikatakan oleh Anwar adalah diakui....huhu ko telan la, terompah pun terompah la asal PAS dapat berkuasa bersekongkol dengan DAPig dan PM ( Peliwat Malang ).

Ini dulu buat masa ini...