Sabtu, 28 September 2019

Jumaat, 27 September 2019

HOT ~ Video Berahi Piemm 8


Tengok, dengar dan fahamkan..!


Penyakit kerajaan pakatun dulu, kini dan selamanya..!

Siapa?

Lu Fikir La Sendiri..!


Berhenti Lah AG Tommy..!


Nak tongkat langit apa lagi???
Pemuda UMNO hari ini memandang serius kertas alasan penghakiman oleh Hakim Koroner, Rofiah Mohamad yang memutuskan secara prima facie bahawa Peguam Negara Tommy Thomas telah menghina Mahkamah dan menyalahi prinsip perundangan inkues.
Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata ini kerana Peguam Negara secara tidak bertanggungjawab serta subjudis telah membuat satu afidavit dengan menyatakan pendirian awal mengenai punca kematian arwah Adib yang masih menjadi persoalan yang cuba dirungkaikan di dalam inkues yang sedang berlangsung.
“Menurut Yang Arif Hakim Koroner juga perlakuan Peguam Negara tersebut adalah satu bentuk ‘scandalized’ prosiding inkues.
“Inkues berkenaan boleh sahaja ditanggap sebagai hanya satu lakonan atau permainan wayang dan satu proses ‘rubber stamping’ sahaja kepada kedudukan yang telah diambil oleh Peguam Negara”, katanya menerusi catatan di faceboknya, di sini, hari ini..
Justeru tegas beliau, Pemuda UMNO mendesak agar Tan Sri Tommy Thomas sewajarnya meletakkan jawatan secara terhormat kerana Peguam Negara adalah satu jawatan yang amat besar dan penting dalam sistem perundangan negara kerana mengikut Perkara 145 (2) Perlembagaan Persekutuan, menjadi kewajipan Peguam Negara menasihati Yang di-Pertuan Agong atau Jemaah Menteri atau mana-mana Menteri mengenai apa-apa perkara undang-undang.
Perkara 145 (3) pula jelas Dr Asyraf lagi menggariskan bahawa Peguam Negara mempunyai kuasa yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya, untuk memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan.
“Memandangkan luasnya kuasa dan kewajipan Peguam Negara ini, maka jawatan ini tidak boleh dipegang oleh individu yang dianggap telah melakukan penghinaan terhadap Mahkamah.
“Mengambil kira reputasi Peguam Negara yang begitu tinggi martabat di sisi Perlembagaan, maka jawatan ini tidak sewajarnya digalas oleh individu yang tidak menghormati prinsip ‘rule of law’ atau melakukan perbuatan yang menyalahi mana-mana prinsip perundangan negara,” ujarnya.
Kata beliau lagi, selain isu penghinaan mahkamah dalam prosiding inkues kematian Arwah Muhammad Adib ini, Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas juga beberapa kali bertindak secara pilih kasih dengan pengguguran pendakwaan terhadap beberapa kes melibatkan pimpinan Pakatan Harapan seperti kes Banglo Lim Guan Eng, isyarat lucah Siti Kassim dan kes berprofil tinggi yang melibatkan hubungan diplomatik seperti kes kematian pembantu rumah warga Indonesia Adelina Jerima Sau tanpa alasan munasabah.
Selaku Peguam Negara, tambahnya Tommy Thomas gagal memberikan nasihat undang-undang secara adil dan tuntas kepada KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja mengenai kesan dan impak Statut Rom dan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) kepada Perlembagaan Persekutuan dan Raja-Raja Melayu.
“Pemuda UMNO juga ingin merafak sembah memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong agar mempertimbangkan supaya menamatkan jawatan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara dalam kadar segera.
“Ini juga berasaskan Perkara 145 (5) Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan, “Peguam Negara hendaklah memegang jawatan selama diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong”,” ujarnya. – UMNO Online
Itu sebab jangan hilang kuasa..!
Siapa penyebabnya?
Lu Fikir La Sendiri..!

Khamis, 26 September 2019

1MDB Lagi..!

Kenyataan kat atas tu bukan kita yang cakap..! Tapi Najib yang beritahu..! masa tu satu alam cakap apa pun puak Najib tetap yakin dan percaya dengan kata kata tokey dedak mereka tu..!

Hari ni takde satu hari pun di dalam Mahkamah yang menceritakan berkaitan Jolok ni terlibat dan memain peranan..! Apa cer???

Sebab tu...jangan sesekali berbohong..! tak baik..!

Hari 14: 'Jho Low, Tim Leissner atur pertemuan Najib-Pengerusi Goldman Sachs'


Perbicaraan kes jenayah melibatkan bekas perdana menteri Najib Razak berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa dan pengubahan dana 1MDB memasuki hari ke-12 di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur.
Malaysiakini membawa anda laporan langsung prosiding.

LANGSUNG
3.05 petang: Jho Low dan CEO Goldman Sachs (Asia) Tim Leissner menjadi pihak yang mengaturkan perjumpaan antara Najib Razak dan Pengerusi Goldman Sachs Lloyd Craig Blankfein di satu pertemuan pelaburan di New York pada November 2009, kata Shahrol Azral Ibrahim Halmi.
Bekas CEO 1MDB itu berkata, dia diminta Jho Low untuk terbang bersama Najib ke mesyuarat dengan pihak yang berpotensi melabur dalam 1MDB.
Shahrol berkata dia bersama pengerusi 1MDB ketika itu, Lodin Wok Kamaruddin pergi ke sana pada 21 November 2009.
Perjumpaan itu berlaku keesokannya iaitu 22 November, katanya lagi.
"Jho Low dan Leissner telah menjadi matchmaker untuk pertemuan tersebut. Jho Low sebagai fasilitator kepada Najib manakala Leissner ialah fasilitator kepada Llyod Craig Blankfein. 
"Saya nampak pada masa itu Jho Low dan Leissner sangat rapat berdasarkan bahasa tubuh dan perbualan mereka," katanya lagi.

Tim Leissner

2.47 petang: Perbicaraan bersambung.

12.04 tengah hari: Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Collin Lawrence Sequerah membenarkan perbicaraan berehat awal hari ini bagi membolehkan pendakwaan menyusun dokumen untuk fasa kedua keterangan saksi bekas CEO 1MDB, Shahrol Azral Ibrahim Halmi.
Permohonan dibuat ketua DPP Gopal Sri Ram ketika Shahrol - saksi kesembilan pendakwaan - selesai membaca sehingga perenggan 349 keterangan saksi 270 halamannya.
Perenggan satu hingga 158 berkenaan fasa 1 dakwaan terhadap bekas perdana menteri Najib Razak, manakala fasa kedua bermula pada perenggan 350 di halaman 159 keterangannya.
Terdapat empat fasa dalam kesalahan yang didakwa dilakukan Najib berkaitan dana 1MDB berjumlah RM2.28 bilion.
Pemeriksaan utama Shahrol dengan Sri Ram akan bersambung pada 2.30 petang ini.

11.45 pagi: Bekas CEO 1MDB Shahrol Azhar Ibrahim Halmi berkata Jho Low pernah memberitahunya bahawa Good Star Ltd adalah milik PetroSaudi International (PSI).
Ketika pemeriksaan utama dengan ketua DPP Gopal Sri Ram, Shahrol berkata Jho Low memberitahu perkara itu pada Mei 2015, susulan laporan media bahawa ia didakwa milik Jho Low dan jutaan dolar wang 1MDB telah disalurkan ke syarikat itu.
Shahrol memberi keterangan berkenaan pengeluaran surat bertarikh 22 Mei 2015, daripada CEO PSI Tarek Obaid, yang menyatakan Good Star adalah milik PSI.
"Jho Low berjanji akan mendapatkan PSI untuk menulis kepada saya sepucuk surat untuk mengesahkan apa yang beliau katakan itu," katanya.
Shahrol meletakkan jawatan sebagai CEO 1MDB pada Mac 2013 tetapi kekal dalam lembaga pengarah sehingga 2017.

11.20 pagi: Shahrol Azral Ibrahim Halmi berkata dia tidak selesa dengan pelaburan besar - berjumlah AS$1.83 bilion - yang disuntik 1MDB kepada PSI melalui 1MDB PetroSaudi Ltd dan Good Star Ltd.
Susulan itu, katanya, dia meminta Jho Low mencari jalan agar PSI mempercepat proses pelaburan semula "duit kami" di Malaysia.
"Sekurang-kurangnya ia dapat dibawa pulang ke Malaysia kerana banyak projek 1MDB di Malaysia sedang berjalan," katanya ketika pemeriksaan utama dengan ketua DPP Gopal Sri Ram.
Shahrol berkata Jho Low mengambil maklum akan permintaan itu tetapi tiada jawapan positif selepas dia beberapa kali bertanya soal itu kepadanya. 
"Saya banyak kali menekankan beliau namun beliau masih memberikan maklumbalas yang sama. Sehinggalah saya dapat tahu daripada berita bahawa terdapat isu 1MDB melibatkan PetroSaudi. 
" Saya amat keliru kerana semua transaksi dibuat adalah berdasarkan pelaburan antara kerajaan dan disokong penuh oleh kerajaan Malaysia melalui mandat yang diberikan oleh perdana menteri," katanya lagi.

10.28 pagi: Mahkamah diberitahu bahawa Jho Low pernah mendakwa PetroSaudi International (PSI) "merungut pada daddy", merujuk kepada Raja Arab Saudi ketika itu Raja Abdullah Abdulaziz Al Saud, selepas pengurangan lanjut pembayaran oleh 1MDB.
Bekas CEO 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halim berkata dia mengurangkan bayaran kepada PSI daripada AS$300 juta kepada AS$205 juta kerana kekurangan dana.
Dia berkata Jho Low memberitahunya rungutan PSI itu dibuat selepas 27 Mei 2011.
" Jho memberitahu saya yang PSI amat kecewa dan tidak puas hati. Jho ada berkata 'they complained to daddy' yang bermaksud Putera Turki telah memaklumkan kepada Raja Abdullah. 
"Saya juga difahamkan oleh Jho yang ada perbualan antara Najib dan Raja Abdullah mengenai isu ini," katanya.
Katanya lagi, akhirnya dia terpaksa akur dan mengarahkan pembayaran peringkat terakhir iaitu AS$125juta dibuat kepada PSI.

10.13 pagi: Shahrol Azhar Ibrahim Halmi berkata bantahannya kepada Jho Low menyebabkan rancangan meminjamkan AS$750 juta dikurangkan kepada AS$330 juta.
Bekas CEO 1MDB itu berkata, susulan mesyuarat lembaga pengarah pada 4 April 2011, dia berkata kepada Jho Low untuk mengurangkan rancangan pelaburan untuk projek tenaga di luar negara kerana kurangnya dana untuk projek tempatan.
"Lanjutan daripada perbincangan pada April hingga Mei 2011 antara saya dan Jho Low, PSI bersetuju untuk mengurangkan drawdown request dari syarikat usaha sama kepada USD330juta pada 12 Mei 2011," katanya.

10.10 pagi: Shahrol Azral Ibrahim Halmi berkata dia percaya Jho Low hanya mahu menggunakan nama 1MDB dalam usaha mengambil alih sebuah hotel di London melalui Maybourne Hotel Group, yang didakwa dipimpin Jho Low sendiri.
Bekas CEO 1MDB itu merujuk kandungan minit mesyuarat Pengerusi Lembaga Pengarah bertarikh 30 Mac 2011, yang disediakan oleh Jho Low sendiri.
Dalam minit itu, Najib setuju agar 1MDB memberikan pinjaman AS$750 juta kepada PetroSaudi dengan syarat 1MDB mendapat pinjaman RM3 bilion daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan memberi tumpuan kepada projek bawah Maybourne Hotel Group, SRC International, dan Kuala Lumpur International Financial District.

9.55 pagi: Bekas CEO Shahrol Azral Ibrahim Halmi berkata dia membantah Low Taek Jho pada 2010 berhubung memberi AS$750 juta lagi pinjaman kepada PetroSaudi International (PSI).
Ketika pemeriksaan utama dengan ketua DPP Gopal Sri Ram, Shahrol berkata tindakannya itu kerana merasakan 1MDB tidak patut lagi memberi pinjaman kepada PSI tetapi menggunakan dana yang ada untuk projek di Malaysia.
Saksi kesembilan pendakwaan itu berkata, dia meminta Jho Low berunding dengan Najib untuk mengurangkan jumlah pinjaman.
"Pada masa sama tanpa pengetahuan saya, (pengarah PSI) Tarek Obaid menulis surat bertarikh 18 Februari 2011 kepada Najib, untuk tambahan pinjaman sebanyak AS$750 juta.
"Surat itu dilampirkan bersama sepucuk surat daripada Putera Turki kepada Najib, bertarkih sama.
"Surat itu diberi kepada (pengerusi 1MDB ketika itu) Lodin Wok Kamaruddin pada 11 Mac 2011, dengan nota bertulis dari Najib mengatakan dia tidak membantah pelaburan tambahan," katanya.

9.30 pagi: Tertuduh Najib Razak masuk ke mahkamah dan duduk dai barisan depan galeri awam. Beberapa minit kemudian, dia masuk ke kandang tertuduh dan perbicaraan bermula.

Fokus terhadap peranan Najib dalam usaha sama dengan Petrosaudi
Bekas CEO 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi dijangka meneruskan keterangannya hari ini antaranya berkenaan bagaimana syarikat itu boleh terlibat dengan usaha sama membabitkan dana besar, didakwa dengan PetroSaudi International.
Sepanjang keterangannya dalam perbicaraan 1MDB ini, dia yang merupakan saksi kesembilan mendakwa Najib ada banyak peluang untuk membatalkan transaksi meragukan berkaitan usaha sama itu tetapi tidak berbuat demikian.
Semalam, dia mendakwa 1MDB distrukturkan untuk memberi "kuasa mutlak" kepada Najib yang bukan saja perdana menteri dan menteri kewangan ketika itu, tetapi juga pengerusi lembaga pengarah 1MDB.

Tambahan lagi..!
Datuk Seri Najib Razak meminta firma pengurusan pelaburan Goldman Sachs Global (GS Global) untuk menyokong dan memberikan khidmat rundingan terhadap pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB)
Permintaan itu dibuat Najib melalui pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GS Global, Llyod Craig Blankfein di New York, Amerika Syarikat pada 22 November 2009.
Bekas CEO 1MDB, Shahrol Azral Ibrahim Halmi, pertemuan itu yang diadakan di bilik hotel Najib iaitu di Hotel Four Seasons, New York, adalah untuk membincangkan kerjasama antara 1MDB dan GS Global bagi pelaburan di luar negara.
Beliau berkata, ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low dan Tim Leissner (CEO GS Global) menjadi ‘matchmaker’ (orang tengah) dalam pertemuan itu di mana Jho Low berperanan selaku pemudahcara kepada Najib dan Leissner dengan Blankfein,
“Saya nampak pada masa itu Jho Low dan Leissner sangat rapat berdasarkan ‘body language’ (gerak tubuh) dan perbualan mereka.
“Pada masa itulah, Najib memaklumkan kepada Blankfein meminta Goldman Sachs berunding dalam pelaburan 1MDB kerana kepakaran Goldman Sachs menerusi bidang kewangan dan pelaburan,” katanya.
Saksi itu berkata, dalam pertemuan itu terdapat perbincangan mengenai sektor pelaburan 1MDB seperti sektor tenaga, hartanah, pelancongan dan pertanian.
Katanya, beliau beranggapan bahawa pada masa itu, Najib meminta Goldman Sachs untuk komited terhadap 1MDB.
“Selepas pertemuan itu keyakinan saya terhadap sebarang urusan perundingan kewangan melalui Goldman Sachs adalah semakin tinggi.
“Sejak rundingan itu, sebarang cadangan daripada Jho Low untuk membawa masuk Goldman Sachs bagi rundingan kewangan dan pelaburan 1MDB, saya beranggapan ia dibuat dengan pengetahuan Najib,” katanya.
Samun menyamun membawa bencana..!
Siapa?
Lu Fikir La Sendiri..!

Lotong 2 Mangkuk..!


Apa yang nak diharapkan dari seorang Ahli Dewan Rakyat yang bertindak sebagai penggubal undang undang yang seharusnya menyuarkan pandangan atas kepentingan rakyat dan negara..!

Memang tidak menjadi kesalahan bagi lotong untuk mewakili siapa dan apa jugak..! Kalau dia nak membela Pengganas Tamil Elam pun kita apa peduli? kerana rasanya lotong sendiri tidak pernah mempedulikan sentimen yang berlegar di pemikiran rakyat..!

Tapi dari sudut moralnya macam mana?

Ermm...Ada moral ke?

Lu Fikir La Sendiri!!!


Rabu, 25 September 2019

1MDB ~ Tango Shahrol Tango..!


Bila Mahkamah berbicara..!

Panas..!

Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa sekiranya audit dikendalikan ia akan mendedahkan bahawa dana US$700 juta dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dipindahkan ke sebuah syarikat, yang dimiliki oleh ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho, yang juga dikenali sebagai Jho Low.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, 49, berkata demikian semasa menjawab satu soalan semasa pemeriksaan ketua oleh Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram pada hari ke-13 perbicaraan 1MDB Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, satu audit akan mendedahkan bahawa US$700 juta dari US$1 bilion bagi satu usahasama 1MDB-Petro Saudi dipindahkan kepada syarikat Jho Low, Good Star Limited.

Sri Ram: Adakah US$1 bilion itu sudah dibayar

Shahrol Azral: Ya, sudah.

Sri Ram: Apakah yang audit itu akan dedahkan pada ketika itu

Shahrol Azral: Audit itu pada 2010 akan dapat mendedahkan bahawa kami melabur US$1 bilion dengan Petro Saudi International, tetapi US$300 juta telah masuk dalam syarikat usahawama itu (antara 1MDB dan Petro-Saudi) manakala US$700 juta telah dipindahkan ke sebuah lagi syarikat yang dikatakan milik Jho Low.

Sri Ram:Apa nama syarikat berkenaan

Shahrol Azral: Good Star Limited.

Saksi pendakwaan kesembilan itu berkata tidak perlu satu langkah audit ke atas 1MDB memandangkan syarikat berkenaan sudahpun melantik firma akauntan Ernst and Young, dan satu laporan audit akan dikemukakan kepada Kementerian Kewangan (Yang Diperbadankan) apabila ia telah bersedia.

-- BERNAMA 


Balun bro balun.. Blog ni dah lama buka pekong cerita wanemdibi selama ini..Habis sampai kena pulau, kena warning malah kena 'tutup' untuk beberapa ketika..

‘Ambil alih TIA jadi 1MDB untuk sembunyi seleweng RM5 bilion’

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu pengambilalihan Terengganu Investment Authority Berhad (TIA) kepada 1MDB adalah untuk menyembunyikan penyelewengan Najib Razak ke atas bon pinjaman Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) berjumlah RM5 bilion yang dimohon TIA.
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB dan TIA Shahrol Azral Ibrahim Halmi mendedahkan perkara itu semasa membacakan penyataan saksinya setebal 270 muka surat pada hari ke-13 perbicaraan kes Najib melibatkan dana 1MDB.
"Berdasarkan apa yang saya tahu sekarang, saya yakin bahawa dasar pengambilalihan TIA kepada 1MDB secara as is where is basis ini adalah dirancangkan oleh Jho Low (Low Taek Jho) dengan restu daripada Najib untuk menyembunyikan penyelewengan beliau semasa penerbitan bon IMTN RM5 bilion dengan Jaminan Kerajaan yang dibuat pada Mei 2009," jelasnya.
Shahrol Azral, 49, juga berkata Jho Low mengarahkannya menulis surat kepada Najib bagi memastikan 1MDB tidak perlu diaudit.
Saksi pendakwaan kesembilan itu berkata Jho Low memintanya menulis surat 1MDB bertarikh 11 Dis 2009 kepada bekas perdana menteri itu atas alasan ia adalah permintaan Najib.
"Dalam surat ini, pihak 1MDB telah menyatakan berkenaan '1MDB: Updates & Approvals' yang pihak TIA merujuk kepada keputusan dan kelulusan oleh Lembaga Penasihat (BOA) 1MDB yang bersetuju supaya hala tuju BOA mengenai proses pengambilalihan TIA kepada 1MDB. 
Saksi penting itu berkata beliau tidak terlibat dalam perbincangan awal mengenai perkara itu tetapi percaya kandungan surat berkenaan telah dibincangkan terlebih dahulu oleh Jho Low dan Najib. 
"Ini berdasarkan satu dokumen talking points (tajuk perbincangan) yang dihantar melalui e-mel oleh Jho Low kepada saya yang sudah tidak ada dalam simpanan saya lagi. 
Katanya surat berkenaan turut dilampirkan kepada Ambrin Buang (Ketua Audit Negara), Wan Abdul Aziz Wan Abdullah (Ketua Setiausaha Perbendaharaan) dan Che Lodin Wok Kamaruddin (Pengerusi Lembaga Pengarah). 
Shahrol Azral juga mengesahkan beliau telah menerima surat 1MDB itu daripada Najib bertarikh 22 Dis 2009.
"Di dalam surat itu menyatakan Najib mengambil maklum bahawa Lembaga Penasihat 1MDB bersetuju supaya pemersekutuan TIA seperti yang telah diluluskan oleh Jemaah Menteri kepada 1MDB dilakukan atas dasar as is where is dan tiada keperluan bagi audit dan due diligence dilaksanakan oleh Ketua Audit Negara kerana pemindahmilikan saham telah pun sempurna.
"Najib juga bersetuju dengan keputusan Lembaga Pengarah 1MDB iaitu 1MDB sebagai sebuah syarikat diperbadankan mengikut Akta Syarikat 1965 mesti diaudit oleh juruaudit profesional luar lantikan Lembaga Pengarah dan keperluan bagi Ketua Audit Negara mengaudit 1MDB tidak timbul sama sekali," katanya.
Dalam Mahkamah kena cerita la balik semula..
Bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini mendedahkan di Mahkamah Tinggi di sini bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak sengaja mengeluarkan minit mesyuarat oleh pemegang saham bagi melindungi dirinya daripada tuduhan penyelewengan 1MDB.

Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, 49, yang juga bekas CEO Terengganu Investment Authority Berhad (TIA) ketika membacakan penyataan saksinya berkata beliau percaya minit mesyuarat berkenaan telah ditandatangani oleh bekas perdana menteri itu atas nasihat ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho, yang dikenali sebagai Jho Low.

"Sekarang ini, setelah siasatan ke atas penyelewengan yang berlaku di dalam 1MDB telah didedahkan, baru saya faham bahawa minit oleh pemegang saham itu sengaja dikeluarkan oleh Datuk Seri Najib pada 16 Sept 2009 untuk melindunginya daripada apa-apa tuduhan menyeleweng dan seterusnya meletakkan tanggungjawab tersebut kepada pihak Ahli Lembaga Pengarah (BOD).

"Ini kerana, dua hari selepas itu telah berlangsung satu mesyuarat BOD untuk membincangkan mengenai penggunaan dana daripada bon Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) untuk memasuki satu projek usahasama dengan PetroSaudi iaitu sebuah syarikat yang dimiliki oleh Prince Turki dan Tarek Obaid," katanya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram pada perbicaraan hari ke-13 kes Najib membabitkan dana 1MDB.

Saksi pendakwaan kesembilan itu turut mengesahkan 'Minutes By Representative Of Holding Company Relating To Proceedings Of Subsidiary Company Pursuant To Section 147(6) Of The Companies Act 1965’ yang ditandatangani oleh Najib selaku pemegang saham melalui MOF Inc.

"Dokumen ini dikeluarkan bagi meluluskan penurunan kuasa kepada BOD TIA untuk membuat transaksi dalam amaun yang besar sebagaimana yang diperlukan oleh Seksyen 132C Akta Syarikat 1965 selaras dengan penukaran hak milik syarikat TIA kepada Kerajaan Persekutuan.

"Walaubagaimanapun, penurunan kuasa ini tidak merangkumi hal-hal lain sepertimana yang termaktub dalam Artikel 117 M&A 1MDB, contohnya...'affect the guarantee given by the Federal Government of Malaysia, national interest, national security or any policy of the Federal Government of Malaysia'.

"Oleh itu, walaupun dokumen ini ada dikeluarkan, ia tidak mengurangkan kuasa muktamad Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia ke atas 1MDB," jelasnya.

Terdahulu, Shahrol Azral, yang juga saksi penting pihak pendakwaan turut mengesahkan surat pelantikannya sebagai Ahli Lembaga Pengarah 1MDB yang dikeluarkan oleh Najib pada 17 Sept 2009.

Najib merupakan pengerusi Lembaga Penasihat (BOA) 1MDB.

Najib, 66, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.

'Najib yakinkan pengerusi 1MDB tentang usaha sama PSI guna telefon Jho Low'

Perdana Menteri ketika itu, Najib Razak didakwa menghubungi Mohd Bakke Salleh menggunakan telefon bimbit tokoh perniagaan yang menjadi buruan, Low Taek Jho selepas pengerusi 1MDB itu menimbulkan keraguannya tentang perjanjian usahasama dengan PetroSaudi International (PSI).
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksinya semasa perbicaraan 1MDB Najib di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
‘Usahasama’ dengan PSI itu akhirnya menyaksikan sekurang-kurangnya AS$1.83 bilion dana daripada 1MDB diselewengkan.
Shahrol memberitahu bahawa kejadian berlaku pada 26 Sept 2009, sebelum lembaga pengarah 1MDB mengadakan mesyuarat untuk memutuskan tentang usahasama dengan PSI itu.
Katanya, sebelum mesyuarat bermula, beliau melihat Low, atau lebih dikenali sebagai Jho Low, sedang bercakap di telefonnya dan kemudiannya memberikan telefon itu ke Bakke, yang dijadual akan mempengerusikan mesyuarat lembaga.
“Bakke menutup sebahagian telefon Jho Low dengan tangan sambil berkata kepada kami semua perkataan PM bermaksud perdana menteri.
“Saya faham ini bermaksud Najib ingin bercakap dengan beliau. Saya nampak Bakke bangun dan terus menjawab telefon di dalam bilik mesyuarat tersebut,” katanya.
Shahrol mendakwa bahawa selepas panggilan itu, Bakke memaklumkan kepada lembaga bahawa usahasama dengan PSI adalah berada di aras tertinggi kedua-dua negara iaitu kerajaan dengan kerajaan, dan Najib mahu ia dipercepat.

Shahrol berkata sebelum panggilan itu, beliau memberitahu Low bahawa dia perlu melakukan sesuatu untuk meyakinkan lembaga pengarah memandangkan Bakke dan seorang lagi ahli lembaga lain, Azlan Mohd Zainol, menimbulkan keraguan mengenai struktur usahasama itu pada mesyuarat awal pada 18 Sept 2009.
“Dalam pengetahuan saya, panggilan telefon ini dibuat oleh PM kepada pengerusi BOD 1MDB iaitu Tan Sri Bakke kerana selepas pembentangan Kertas Projek berkaitan JV dengan PSI ini oleh Casey Tang pada 18 September 2009.Tan Sri Bakke dan Tan Sri Azlan nampak seperti tidak yakin dengan pelaburan ini. 
“Mereka tidak yakin sama ada pelaburan yang akan dilakukan ini adalah benar-benar dengan syarikat milik kerajaan Arab Saudi atau tidak. Mereka juga mempersoalkan mengenai pecahan JV iaitu 60-40 yang mana 60 peratus daripada JV itu adalah dari aset-aset minyak PSI. BOD mahu memahami lebih mendalam mengenai aset-aset tersebut dengan cara independent valuation atau site visit. 
“Malah Tan Sri Bakke mahukan wakil dari PSI datang untuk membentangkan sendiri JV ini kepada BOD,” katanya.
Shahrol berkata susulan panggilan Najib pada 26 September, lembaga itu bersetuju dengan usahasama tersebut dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB kemudiannya melaksanakannya.
Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa Ahli Lembaga Pengarah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menerima elaun dan bayaran antara RM230,000.00 dan RM179,000.00 secara tahunan dan amaun itu adalah cadangan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho, yang dikenali sebagai Jho Low yang dipersetujui oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perkara itu didedahkan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, 49, pada hari ke-13 perbicaraan kes Najib melibatkan dana 1MDB semasa pemeriksaan utama Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram.

Saksi pendakwaan kesembilan itu berkata, pengerusi 1MDB Tan Sri Che Lodin Wok Kamaruddin menerima elaun RM230,000.00, manakala pengarah bukan eksekutif 1MDB Tan Sri Ismee Ismail pula dibayar RM179,000.00.

"Datuk Ong Gim Huat, Ashvin Jethanand dan saya masing-masing dibayar RM179,0000," katanya sambil mengesahkan bahawa amaun itu dibayar dan diterima oleh kesemua BOD (ahli lembaga pengarah) secara tahunan sejak dari tarikh ia dikuatkuasakan pada 1 April 2011 dan tiada pindaan amaun baru dibuat selepas itu.

Terdahulu, semasa membacakan penyataan saksi setebal 270 muka surat, saksi penting itu mengesahkan surat 1MDB bertarikh 2 Feb, 2012 yang ditandatangani oleh beliau sendiri kepada Najib berkenaan “1MDB – Directors’ Fees”.

"Saya mengesahkan, kandungan surat ini menyatakan cadangan untuk elaun dan bayaran kepada BOD 1MDB kepada pemegang saham 1MDB iaitu Najib.

"Amaun pembayaran yang diminta ini sebenarnya dicadangkan oleh Jho Low yang menyatakan kepada saya bahawa Najib telah bersetuju untuk pembayaran itu.

"Setelah perkara itu disampaikan oleh Jho Low kepada saya, maka saya sediakan surat ini untuk persetujuan bertulis daripada Najib.

Setelah surat ini dihantar, terdapat tandatangan dan catatan tulisan tangan oleh Najib sendiri yang menyatakan 'Tan Sri Lodin, bersetuju dengan cadangan ini' bertarikh sama dengan surat iaitu 2 Feb, 2012," katanya.
Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa projek usahasama di antara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan PetroSaudi International Ltd (PSI) dicetus dan dibincangkan semasa Datuk Seri Najib Tun Razak bercuti di South France di atas sebuah kapal layar bersama Putera Turki bin Abdullah pada Ogos 2009.
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, 49, berkata perbincangan antara dua pemimpin itu diketahuinya melalui ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho, yang dikenali sebagai Jho Low.
"Jho Low memaklumkan kepada saya sebelum perbincangan itu, Najib ada bertemu dengan Raja Abdullah dan kedua-dua pemimpin itu bersetuju untuk membentuk usahasama yang bernilai USD2.5 bilion untuk pelaburan di kedua-dua negara.
"Jho Low juga menyatakan yang dia sendiri ada semasa perbincangan bersama Putera Turki itu dan Najib mengarahkan beliau (Jho Low) untuk mengurus dan memberi koordinasi di antara 1MDB dan PSI," katanya.
Saksi penting itu berkata, beliau tidak membuat sebarang pemeriksaan semula dengan Najib mengenai perkara itu kerana berdasarkan pengalamannya dengan Jho Low dari awal penubuhan Terengganu Investment Authority Berhad (TIA) dan atas mandat Najib kepada Jho Low sebelum ini, beliau menganggap inisiatif usahasama PSI ini adalah arahan daripada Najib sendiri dan mesti dilaksanakan.
"Malahan semua kandungan surat-surat yang diberi kepada saya oleh Jho Low dan kandungan email dan dokumen dari PSI adalah konsisten dan menambah keyakinan saya bahawa ini adalah benar-benar persetujuan di antara kerajaan Malaysia dan Arab Saudi.
"Atas sebab-sebab itulah saya tidak ada membuat apa-apa pemeriksaan semula dengan Najib mengenai perkara ini," kata saksi pendakwaan kesembilan itu semasa membacakan penyataan saksinya ketika pemeriksaan utama Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram pada har ke-13 perbicaraan kes Najib melibatkan dana 1MDB.
Shahrol Azral bagaimanapun berkata, Casey Tang yang juga pegawai kanan 1MDB pada ketika itu diberi tanggungjawab untuk menguruskan usahasama dengan PSI.
"Saya memberitahu Jho Low bahawa saya tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam hal korporat untuk melaksana usahasama ini. Jho Low terus mencadangkan untuk memberi tanggungjawab untuk menguruskan JV dengan PSI ini kepada Casey.
"Casey adalah pegawai 1MDB yang paling kanan pada masa itu. Oleh itu, Jho Low lebih banyak berurusan secara terus dengan Casey untuk menyempurnakan perjanjian dengan PSI. Saya telah mematuhi cadangan Jho Low untuk menyerahkan tanggungjawab menguruskan JV ini kepada Casey Tang.
"Hal ini kerana, dalam TIA ketika itu tidak ada orang lain selain Casey yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam bidang kewangan termasuk pengumpulan dana serta struktur korporat.
"Selain itu, saya turut mempercayai Casey untuk menguruskan perkara ini kerana Casey terlibat dengan TIA sebelum saya menyertainya lagi walaupun secara rasminya pelantikan beliau berlaku seminggu selepas saya dilantik sebagai Pengarah dan CEO TIA," katanya dan menambah beliau mempunyai latarbelakang kejuruteraan.
Selain itu, katanya, berdasarkan pemerhatiannya mendapati hubungan di antara Jho Low dengan Casey amat rapat dan mendapati Casey mempunyai pengetahuan yang sangat mendalam mengenai perkara proses pelaburan.
Menceritakan lebih lanjut, saksi berkata pada peringkat permulaan, Jho Low menghantar “introductory email” kepadanya dan CEO PSI, Tarek Obaid dan beliau membalas email itu dan meminta lebih banyak maklumat mengenai PSI dan pelaburan yang dicadangkan.
'Ada balasan dari Patrick Mahony dari PSI. Bagaimanapun, untuk urusan seterusnya, saya mengarahkan Casey untuk terus berurusan dengan pihak PSI dan Jho Low untuk rundingan perjanjian dan proses dalaman 1MDB seperti BOD paper dan sebagainya," katanya.
Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa jumlah elaun RM120,000 setahun yang diperoleh Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat (BOA) 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ditetapkan sendiri oleh bekas perdana menteri itu.
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB dan Terengganu Investment Authority Berhad (TIA), Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, 49, ketika membacakan penyataan saksinya berkata Najib turut menetapkan jumlah elaun RM96,000 setahun yang diterima oleh Ahli Lembaga Penasihat (BOA) 1MDB.
Shahrol Azral berkata pembayaran kedua-dua elaun berkenaan telah diluluskan dan ia boleh disahkan melalui dokumen Directors Circular Resolution (DCR) 1MDB yang ditandatangani pada 6 Jun 2010 selepas dokumen berkenaan dirujuk kepadanya oleh Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram pada perbicaraan hari ke-13 kes Najib membabitkan dana 1MDB.
"Setelah jumlah elaun berkenaan diluluskan oleh Najib, barulah kami akan membawa masuk ke dalam mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah (BOD) untuk dimuktamadkan kelulusannya.
"Mesyuarat antara saya sebagai CEO dan Datuk Seri Najib sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB diadakan berdasarkan keperluan sama ada saya ataupun beliau.
"Adakalanya beliau (Najib) yang akan memanggil mesyuarat dan adakalanya saya yang memohon untuk diadakan mesyuarat," kata saksi pendakwaan kesembilan itu.
Menurut Shahrol Azral, mesyuarat berkenaan diadakan antara mereka berdua sahaja tanpa kehadiran individu lain termasuklah pencatit minit kerana beliau sendiri yang akan membuat minit dan disahkan oleh Najib.
"Mesyuarat itu juga bertujuan untuk melapor status terkini kesemua perkara dalam syarikat, meminta maklum balas dan hala tuju seterusnya," katanya.
Projek Aria iaitu cadangan projek usahasama antara 1MDB dan PetroSaudi International Ltd. (PSI) adalah bagi menggantikan projek pembangunan Pulau Bidong, Terengganu yang tidak dapat diteruskan, Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini diberitahu.
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB dan Terengganu Investment Authority Berhad (TIA) Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi berkata pada ketika itu dana yang dimiliki oleh 1MDB adalah daripada Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) yang berjumlah RM4.3 bilion dan perancangan awal adalah untuk digunakan bagi pembangunan projek Pulau Bidong.
“Oleh kerana ketika itu terdapat konflik dengan pihak Kerajaan Terengganu dan Kerajaan Pusat pula mengambil alih TIA, maka pelan perancangan pembangunan Pulau Bidong tidak dapat diteruskan dan akan digantikan dengan perancangan JV bersama PSI ini. 
"Walaupun penggunaan dana daripada IMTN ini tidak dibincangkan semasa mesyuarat khas BOD (ahli lembaga pengarah 1MDB) tetapi semua BOD beranggapan yang projek JV ini akan menggunakan dana IMTN kerana syarikat ketika itu tiada dana atau sumber kewangan yang lain selain daripada dana IMTN tersebut,” katanya.
Beliau berkata dana IMTN ini telah dimasukkan ke dalam akaun AmIslamic Bank Berhad dan RHB Bank Berhad atas nama TIA dan urusan kewangan syarikat pada masa itu diuruskan oleh Casey Tang (salah seorang pengarah eksekutif 1MDB).
Shahrol Azral, 49, berkata pembentangan projek usahasama itu dibuat oleh Casey Tang dan dinamakan Projek Aria di mana Projek Aria adalah cadangan projek usahasama antara 1MDB dan PSI.
“Dalam pembentangan tersebut, Casey Tang memaklumkan kepada semua BOD bahawa PSI adalah milik King Abdullah dari Arab Saudi sejak tahun 2000 lagi. Pada ketika itu BOD telah mencadangkan kepada Lembaga Pengarah agar JVCo ini diwakili oleh tiga orang wakil dari 1MDB dan tiga orang dari PSI bagi mengimbangi JV ini. 
"Tan Sri Azlan (Azlan Mohd Zainol, ahli BOD 1MDB) mempersoalkan kenapa projek ini ingin dilaksanakan dengan cepat. Casey Tang memaklumkan bahawa pada 28 Sept 2009, akan diadakan majlis menandatangani perjanjian dengan PetroSaudi iaitu Prince Turki sebagai Board Of Advisor PSI yang turut akan ditandatangani oleh King Abdullah. 
"BOD mencadangkan juga agar suntikan daripada PSI ke dalam JVCo. Ini dilakukan secara 50:50 iaitu sekurang-kurangnya 50 peratus 'cash' (tunai) dan 50 peratus aset. BOD mengarahkan Casey Tang untuk meminta PetroSaudi menyuntik dana berjumlah US$1 bilion secara tunai ke dalam JVCo dan 1MDB juga US$1 bilion untuk imbangi JV tersebut,” katanya.
Saksi pendakwaan kesembilan itu berkata aset PSI juga perlu dinilai oleh jurunilai yang dilantik sendiri oleh 1MDB. 
Shahrol Azral berkata mesyuarat telah diadakan pada 18 Sept 2009 di Royale Chulan, di sini untuk membentangkan kertas cadangan Projek Aria dan antara persetujuan yang dicapai di dalam mesyuarat itu adalah pihak BOD bersetuju untuk meneruskan rundingan dengan PSI untuk menyelesaikan isu-isu yang dibangkitkan oleh BOD. 
“Pembentangan oleh Casey Tang dalam mesyuarat BOD ini sebenarnya adalah bertujuan untuk menekankan dua perkara penting iaitu usahasama PSI-1MDB ini adalah projek G to G dan usahasama ini juga adalah kehendak CBOA (Chairman Board of Advisor) iaitu Datuk Seri Najib sendiri.
"Selepas itu, saya dimaklumkan oleh PSI melalui peguam mereka iaitu White & Case untuk menyegerakan pembukaan akaun syarikat JV ini iaitu 1MDB PetroSaudi JV. 
"Saya arahkan Casey Tang untuk menguruskan pembukaan akaun itu. Casey Tang telah menguruskan pembukaan akaun JP Morgan (Swiss) yang ditukar daripada akaun BSI sebelum ini, berdasarkan mandat yang diberikan kepada beliau oleh BOD,” katanya.
Saksi penting itu berkata selain itu, pihak PSI telah lebih awal menubuhkan 1MDB PetroSaudi Limited iaitu syarikat JVCo yang akan dimaterai perjanjiannya kelak. 
Shahrol Azral berkata tujuan pembukaan syarikat itu lebih awal daripada perjanjian yang dibuat adalah sebagai persediaan awal untuk pembukaan akaun JVCo.
Katanya ini adalah kerana pihak PSI telah menetapkan bahawa tarikh akhir perpindahan wang untuk memperoleh syer dalam JVCo adalah hanya dua hari selepas menandatangani perjanjian dengan PSI. 
“Tempoh ini sangat suntuk dan segala persiapan seperti pembukaan akaun dan juga penubuhan syarikat perlulah dibuat terlebih dahulu,” katanya semasa pemeriksaan utama Timbalan Pendakwa Raya Datuk Seri Gopal Sri Ram pada perbicaraan kes Najib.
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini menyifatkan hubungan Datuk Seri Najib Tun Razak dengan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low sebagai 'hubungan simbiotik'.
Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, 49, berkata demikian apabila menjawab kepada satu soalan tambahan daripada Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram pada hari ke-13 perbicaraan kes Najib melibatkan dana 1MDB.
Sri Ram: Pada fikiran anda, apakah hubungan antara tertuduh dan Jho Low
Shahrol Azral: Jika saya boleh menggunakan terma biologikal, Yang Arif, hubungannya seperti simbiotik.
Sri Ram: Hubungannya simbiotik
Shahrol Azral: Ya… Simbiotik dalam erti kata Jho Low melaksanakan apa yang Datuk Seri Najib mahukan dan peranan Datuk Seri Najib adalah untuk meluluskan apa sahaja keputusan yang diperlukan.
Sri Ram: Diperlukan oleh siapa
Shahrol Azral: Diperlukan oleh bukan sahaja syarikat berkenaan malahan juga jentera kerajaan.
Kepada satu lagi soalan, saksi berkenaan berkata usahasama antara Kerajaan Malaysia dan Arab Saudi dilaksanakan oleh tertuduh dan Raja Abdullah.
Sri Ram: Menurut apa yang anda katakan dalam kenyataan saksi, usahasama itu dibuat antara kedua-dua kerajaan 
Shahrol Azral: Ya
Sri Ram: Jadi tertuduh melaksanakannya bagi pihak kerajaan Malaysia dan Raja Abdullah bagi pihak kerajaan Arab Saudi Adakah itu yang terjadi
Shahrol Azral: Tidak
Sri Ram: Adakah tertuduh pada bila-bila memaklumkan Ahli Lembaga Pengarah, kenapa ini tidak berlaku
Shahrol Azral: Tidak
DIbawah ini ringkasan untuk hari ni
Perbicaraan kes jenayah melibatkan bekas perdana menteri Najib Razak berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa dan pengubahan wang haram berkaitan 1MDB memasuki hari ke-13 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Malaysiakini membawakan anda laporan perbicaraan ini secara langsung.

4.30 petang - Prosiding ditangguhkan dengan bekas CEO 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi berhenti di halaman 129 dari 270 halaman Kenyataan Kesaksiannya.
Perbicaraan disambung semula pukul 9.30 pagi esok.

4.15 petang - Mahkamah dimaklumkan bahawa selepas 1MDB tidak dapat kerjasama daripada syarikat usahasama dengan Petrosaudi, syarikat itu memutuskan untuk menamatkan perjanjian 1MDB Petrosaudi Ltd (JV Co) mereka.
Bekas CEO 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi memberi keterangan bahawa keputusan itu telah dipersetujui oleh lembaga pengarahnya (BOD) dan Menteri Kewangan sebagai pemegang saham 1MDB.
Untuk rekod itu, menteri kewangan itu ialah Najib Abdul Razak, yang juga Perdana Menteri ketika itu.
Shahrol berkata bahawa BOD dan Najib memberi kelulusan rasmi untuk menjual saham 1MDB bernilai AS$1 bilion di JV Co menerusi resolusi pengarah bertarikh 22 Mac 2010.
Menurut Shahrol, PSI didakwa bersetuju untuk menukar pelaburan AS$1 bilion 1MDB menjadi wang tunai Murabaha bernilai AS$1.2 bilion, yang memberikan 1MDB keuntungan AS$ 200 juta.
"Bagaimanapun, perjanjian Murabaha juga mewajibkan 1MDB untuk melanggan nota tambahan AS$1 bilion," katanya.
Ditanya oleh DPP Gopal Sri Ram apa yang ertinya situasi itu kepada 1MDB, Shahrol memberi kesaksian bahawa Petrosaudi mempunyai kemampuan untuk meminta lebih banyak wang daripada 1MDB.
Gopal: Adakah itu berlaku?
Shahrol: Ya.
Gopal: Berapa banyak?
Shahrol: Di beberapa bahagian, berjumlah AS$830 juta.

3.50 petang: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB memberitahu mahkamah bahawa beliau menghadapi masalah untuk mendapatkan kerjasama daripada 1MDB Petrosaudi Ltd (JV Co), yang merupakan syarikat usaha sama 1MDB yang ditubuhkan dengan Petrosaudi.
Shahrol Azral Ibrahim Halmi berkata antara Oktober 2009 dan Feb 2010, beliau dan Pengarah Eksekutif 1MDB pada masa itu, Casey Tang telah cuba mendapatkan maklumat daripada JV Co untuk diserahkan kepada firma audit Ernst & Young.
Bagaimanapun, menurutnya mereka tidak boleh mendapatkan maklumat yang cukup dari syarikat itu kerana tidak mendapat kerjasama daripada Patrick Mahony dan Tarek Obaid.
"Mereka tidak berminat sedikit pun untuk melayan kami dan lebih cenderung untuk berkomunikasi dengan Jho Low," katanya ketika memberikan keterangan.
Shahrol berkata, beliau juga telah menghubungi Jho Low untuk mendapatkan bantuan.
Menurut saksi itu, beliau juga telah meminta Casey Tang mengaturkan mesyuarat lembaga pengarah JV Co tetapi ia tidak pernah berlaku.
Shahrol berkata, PSI, Jho Low dan Casey Tang pada awal tahun 2010 mencadangkan kepadanya agar menamatkan perjanjian JV Co.

Bakke letak jawatan sebagai pengarah 1MDB sebab tak berpuas hati usaha sama dengan Petrosaudi
3.42 petang: Bakke Salleh meletakkan jawatan sebagai pengarah 1MDB pada 19 Okt 2009, kata bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Shahrol Azral Ibrahim Halim ketika memberikan keterangan di mahkamah hari ini.
Shahrol berkata peletakan jawatan itu berikutan rasa tidak puas hati Bakke dengan perkembangan terkini yang disediakan saksi ke-9 itu berhubung pengendalian usaha sama 1MDB-Petrosaudi terutamanya berkaitan pemindahan AS$ 700 juta.
"Tidak lama selepas itu, Bakke meletakkan jawatan sebagai pengarah 1MDB pada 19 Okt 2009.
"Saya tidak tahu sebab sebenar peletakan jawatan itu. Tetapi saya dapat merasakan kemungkinan beliau tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku dalam proses JV (usaha sama)," kata Shahrol.

1MDB pindahkan AS$700 juta pada Good Star Limited pada Sept 2009
3.10 petang: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB memberitahu mahkamah bahawa syarikat itu memindahkan sejumlah AS$ 1 bilion kepada dua akaun bank pada 30 Sept 2009 sebagai pelaburan dalam usaha sama dengan Petro Saudi.
Menurut Shahrol Azral Ibrahim Halmi, salah satu akaun itu adalah milik Good Star Ltd, yang menerima AS$ 700 juta, manakala selebihnya AS$ 300 juta dipindahkan ke akaun syarikat usaha sama 1MDB- Petrosaudi sendiri.
Saksi itu berkata beliau dimaklumkan oleh Jho Low bahawa akaun Good Star adalah milik Petrosaudi, dan bayaran itu adalah untuk pendahuluan tunai yang dibuat oleh Petrosaudi kepada syarikat usaha sama mereka.
"Ini bermakna Petrosaudi Cayman merupakan anak syarikat Petrosaudi (PSI), dan Petrosaudi Cayman berhutang kepada PSI melalui aset bernilai lebih USD1.5b.
"Oleh itu, mereka perlu membayar hutang itu kerana aset itu telah dijadikan ekuiti syarikat usaha sama.
"Saya boleh menerima penjelasan Jho Low kerana ia masuk akal, dan lebih-lebih lagi sijil saham juga menunjukkan bahawa syarikat JV (usaha sama) telah menerima AS$1 biion yang kita (1MDB) suntik melalui dua bahagian," kata Shahrol ketika memberikan keterangan.

1MDB tak pernah menandatangani perjanjian dengan Good Star Ltd, kata bekas CEO
2.53 petang: 1MDB tidak pernah memeterai sebarang perjanjian dengan syarikat berkaitan Jho Low - Good Star Limited, kata bekas CEO dana kekayaan berdaulat itu.
Shahrol Azral Ibrahim Halmi berkata, semasa beliau memegang jawatan sebagai CEO 1MDB, syarikat itu tidak pernah mengadakan sebarang perjanjian dengan Good Star Limited.
Saksi kesembilan itu mengatakan beliau tidak tahu mengenai perjanjian pengurusan pelaburan yang dikatakan antara 1MDB dan Good Star Limited bertarikh 29 September 2009.
Tambahnya, beliau juga tidak pernah mengarahkan Casey Tang untuk menandatangani sebarang perjanjian dengan syarikat berkenaan.
"Saya juga ingin mengesahkan bahawa semasa saya memegang jawatan sebagai CEO 1MDB, tidak pernah ada sebarang transaksi (oleh 1MDB) dengan Good Star Limited.
"Saya juga mengesahkan bahawa perjanjian ini tidak pernah dibentangkan dalam mana-mana mesyuarat lembaga 1MDB. Saya mengesahkan saya tidak pernah melihat dokumen ini," kata Shahrol.

2.36 petang: Perbicaraan bersambung semula selepas waktu makan tengah hari.

12.46 tengah hari: Prosiding ditangguhkan pada waktu makan tengah hari dan pemeriksaan utama terhadap bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi itu akan disambung semula pada jam 2.30 petang ini.

12.30 tengah hari: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB memberitahu mahkamah bahawa Perdana Menteri Najib Razak telah memanggil pengerusi lembaga pengarah syarikat, Bakke Salleh, sebelum mesyuarat BOD pada 26 September 2009.
Shahrol Azral Ibrahim Halmi berkata Bakke, selepas menamatkan panggilan dengan Najib, memberitahu mesyuarat bahawa perdana menteri telah mengarahkan mereka mempercepatkan proses membuat keputusan dan meluluskan usaha sama 1MDB dengan PetroSaudi International (PSI).
Menurut beliau, Najib memberi arahan itu dengan menyebut bahawa keluarga diraja Saudi akan mengadakan lawatan kerja ke Malaysia di mana perjanjian usaha sama akan ditandatangani.
Beliau berkata BOD, selepas mendengar arahan Najib, kemudian merasakan mereka tidak harus melambatkan proses berkenaan agar tidak mengaibkan kerajaan.
Shahrol berkata beliau percaya Najib telah membuat panggilan itu atas nasihat Jho Low, kerana beliau sebelum itu memberitahu ahli perniagaan berkenaan mengenai keraguan yang dibangkitkan oleh ahli-ahli BOD 1MDB terhadap PSI pada mesyuarat terdahulu.
"Selepas kertas projek usaha sama dengan PSI dibentangkan oleh Casey Tang pada 18 Sept 2009, Tan Sri Bakke dan Tan Sri Azlan Zainol (Pengarah 1MDB ketika itu) seolah-olah tidak yakin dengan pelaburan ini.
"Mereka tidak yakin jika pelaburan ini kami lakukan dengan sebuah syarikat yang dimiliki oleh Arab Saudi atau tidak.
"Mereka juga mempersoalkan kegagalan usaha sama di mana 60 peratus datang daripada aset minyak PSI. Lembaga itu mahu mempunyai pemahaman yang lebih mendalam mengenai aset melalui penilaian bebas atau lawatan tapak.
"Tan Sri Bakke juga mahu wakil PSI datang sendiri untuk membentangkan usaha sama kepada lembaga pengarah," kata Shahrol.
Saksi itu berkata beliau kemudian memaklumkan Jho Low mengenai perkara itu dan memberitahu ahli perniagaan itu bahawa dia perlu melakukan sesuatu, termasuk datang ke mesyuarat BOD, untuk meyakinkan ahli-ahli lembaga pengarah mengenai usaha sama dengan PSI.
Shahrol berkata beliau bagaimanapun tidak tahu mengenai idea Najib memanggil Bakke, dan percaya Jho Low adalah orang yang meminta Najib berbuat demikian.

Najib tak pernah tanya sama ada telaga minyak di Argentina, Turkmenistan benar-benar wujud.
12.09 tengah hari: Bekas perdana menteri dan bekas Pengerusi Penasihat Lembaga 1MDB, Najib Razak tidak pernah bertanya bekas CEO Shahrol Azral Ibrahim Halmi sama ada benar-benar terdapat telaga minyak di Argentina dan Turkmenistan.
Saksi ke-9 itu memberitahu mahkamah ketika pemeriksaan utama yang dikendalikan timbalan pendakwa raya (DPP) Gopal Sri Ram.
Sri Ram bertanya Shahrol soalan itu berkaitan keterangan saksi berkenaan bahawa Edward L Morse dilantik oleh 1MDB untuk menilai aset-asetnya yang bernilai lebih AS $ 1.5 bilion daripada telaga minyak di kedua-dua negara.
Sri Ram: Sebagai pengerusi Lembaga Penasihat, adakah tertuduh (Najib) mengarahkan kamu pergi dan memeriksa sama ada telaga minyak di Argentina dan Turkmenistan wujud?
Shahrol: Tiada, dia tidak (arahkan).

Shahrol: Usaha sama 1MDB-PSI diserahkan kepada Casey Tang
12.05 tengah hari - Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB berkata beliau menyerahkan tanggungjawab untuk berurusan dengan Petrosaudi International (PSI) bagi usaha sama dengan syarikat itu kepada Casey Tang atas cadangan Jho Low.
Shahrol Azral Ibrahim Halmi berkata 1MDB tidak mempunyai sesiapa yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam mengendalikan kewangan, termasuk perkara berkaitan penjanaan dana dan struktur korporat.
Saksi itu berkata beliau juga percaya Casey Tang, yang dikatakannya sangat rapat dengan Jho Low, sebagai orang yang terlibat dalam Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) sebelum ditukar menjadi 1MDB dan bahkan sebelum Shahrol menyertai syarikat itu.
Shahrol berkata beliau juga percaya Jho Low lebih selesa dengan Casey mengendalikan usaha sama itu dengan Petrosaudi kerana mereka mengenali satu sama lain untuk masa yang lama dan Tang lebih berpengalaman dalam perkara korporat.

Idea usaha sama 1MDB-PetroSaudi timbul semasa percutian menggunakan kapal layar di Perancis
12 tengah hari: Mahkamah diberitahu bahawa idea usaha sama antara 1MDB dan Petrosaudi International timbul ketika Najib Razak sedang bercuti bersama Putera Turki Abdullah di atas kapal layar (gambar bawah) pada Ogos 2009.
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Shahrol Azral Ibrahim Halmi dalam keterangannya berkata beliau dimaklumkan mengenai perkara itu oleh Jho Low.
Jho Low memberitahu Shahrol bahawa dia juga ada ketika perbincangan itu berlaku.
"Jho Low juga memaklumkan kepada saya bahawa sebelum perbincangan, Datuk Seri Najib telah bertemu dengan Raja Abdullah (dari Arab Saudi) dan kedua-dua pemimpin bersetuju membentuk usaha sama bernilai AS$ 2.5bil sebagai pelaburan kedua-dua negara," ujarnya.

Najib dan Jho Low ada hubungan simbiotik
Bekas perdana menteri Najib Razak dan ahli perniagaan yang dikehendaki Jho Low mempunyai hubungan simbiotik, kata bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi ketika memberikan keterangan di mahkamah hari ini.
Ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Gopal Sri Ram, saksi ke-9 itu berkata itulah yang terlintas dalam fikirannya mengenai hubungan antara kedua-dua individu itu antara tahun 2009 dan 2010.
Sri Ram: Apa yang terlintas dalam fikiran kamu daripada hubungan tertuduh (Najib) dan Jho Low?
Shahrol: hubungan itu simbiotik dalam erti kata bahawa Jho (Low) melaksanakan apa yang Najib mahu dan peranan Najib adalah untuk meluluskan keputusan yang diperlukan bukan sahaja oleh syarikat itu tetapi juga jentera kerajaan.

Audit dedahkan AS$ 700 juta dialih ke syarikat Jho Low - Shahrol
10.50 pagi: Audit mendedahkan bahawa AS$ 700 juta daripada AS $1 bilion untuk usaha sama 1MDB-Petro Saudi telah dialihkan kepada syarikat Jho Low, Good Star Limited.
Bekas Ketua Pegawai 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi memberitahu perkara itu kepada  DPP Gopal Sri Ram semasa pemeriksaan utama.
Shahrol berkata pada tahun 2010, Lembaga Penasihat 1MDB membuat keputusan bahawa tiada keperluan untuk usaha wajar (due diligence) atau pengauditan dijalankan oleh Ketua Audit Negara terhadap dana kekayaan berdaulat negara itu.
Gopal: Apa yang akan didedahkan audit?
Shahrol: Audit pada masa itu (2010) telah mendedahkan bahawa kami telah melabur AS$ 1 bilion dengan Petro Saudi International, tetapi AS$ 300 juta pergi ke syarikat usaha sama (antara 1MDB dan Petro-Saudi) manakala AS $ 700 juta kepada syarikat lain yang dikatakan dimiliki oleh BSI, iaitu Good Star Limited.
Good Star sebelum ini dilaporkan didakwa dimiliki oleh ahli perniagaan yang dikehendaki, Jho Low.

Jho Low beritahu Shahrol tidak perlu audit 1MDB pada tahun 2009
10.40 pagi: Bekas CEO 1MDB memberitahu mahkamah bahawa beliau telah menulis surat kepada perdana menteri ketika itu, Najib Razak pada Disember 2009, menyatakan tiada keperluan untuk melakukan audit ke atas syarikat berkenaan.
Shahrol Azral Ibrahim Halmi dalam keterangannya berkata beliau dinasihatkan oleh Jho Low untuk menulis surat kepada Najib dan salinannya kepada Ketua Audit Negara, Ambrin Buang.
Menurut Shahrol, sebelum menulis surat itu, pengurusan 1MDB menerima maklumat yang Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) mahu usaha wajar (due diligence) dilakukan pada 1MDB berikutan pemindahan sahamnya daripada kerajaan negeri Terengganu kepada MOF Inc.
"Seperti biasa, saya memaklumkan perkembangan terkini kepada Jho Low, dan dia kembali kepada saya mengatakan bahawa audit atau due diligence oleh Jabatan Audit boleh mengundang risiko politik kepada Datuk Seri Najib."
Menurut Shahrol, beliau kemudian meminta arahan Najib untuk tindakan seterusnya menerusi Jho Low.
Saksi itu mengatakan bahawa dia kemudian diberitahu tiada keperluan untuk menjalankan audit terhadap 1MDB kerana syarikat itu telah melantik (firma perakaunan) Earnst dan Young, dan laporan audit akan dikemukakan kepada MOF Inc sebaik sahaja ia siap.
Menjawab satu soalan dari DPP Gopal Sri Ram, Shahrol memberi keterangan bahawa selepas dia menghantar surat itu kepada Najib, tidak ada reaksi buruk dari perdana menteri itu untuk mencabar kandungannya.

Saksi: Jho Low cara yang 'jauh lebih berkesan' untuk dapatkan Najib
10.30 pagi: Bekas CEO 1MDB, Shahrol Azral Ibrahim Halmi memberi keterangan bahawa adalah "jauh lebih berkesan" baginya mendekati ahli perniagaan Low Taek Jho bagi menghubungi perdana menteri Najib Razak.
Beliau berkata demikian ketika ditanya oleh DPP Gopal Sri Ram agar membandingkan cara mana yang lebih berkesan baginya untuk mendapatkan Perdana Menteri berbanding pegawai khas Najib, Amhari Efendi Nazaruddin.
Gopal: Kamu kata bahawa untuk mengakses kepada tertuduh, kamu mesti melalui Jho Low atau pegawai PMO Amhari?
Shahrol: Ya, (benar) pada masa itu.
Gopal: Dari pengalaman kamu, yang mana (cara) terbukti lebih berkesan?
Shahrol: Dari pengalaman saya, Jho Low jauh lebih berkesan.
Gopal: Jadi, kamu boleh mendapatkan tertuduh lebih berkesan melalui Jho Low?
Shahrol: Ya.

Shahrol memberi keterangan itu kerana sebelum ini memberitahu mahkamah bahawa dia tidak mempunyai akses langsung kepada Najib pada tahun 2009, dan terpaksa melalui Jho Low atau Amhari apabila dia perlu menghubungi tertuduh.

Beberapa nama dicadang untuk gantikan TIA
10.25 pagi: Mahkamah diberitahu oleh bekas CEO 1MDB bahawa beberapa nama dipertimbangkan untuk menggantikan nama Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA).
Shahrol Azral Ibrahim Halmi berkata antara nama lain yang dibincangkan termasuk MDB Wealth Berhad, Malaysia Development Berhad dan Malaysia Wealth and Capital Creation Berhad.
Bagaimanapun, menurut saksi berkenaan nama-nama itu dilarang oleh Suruhanjaya Syarikat kerana ia adalah 'kata terkawal'.
Syarikat itu kemudian menerima surat daripada perdana menteri Najib Razak ketika itu untuk mendaftarkan namanya sebagai 1Malaysia Development Berhad.
Nama TIA secara rasmi diubah menjadi 1MDB pada 25 Sept 2009.

Najib guna MoF Inc sebagai perisai terhadap tuduhan- Saksi
10.24 pagi: Mahkamah diberitahu bahawa bekas perdana menteri Najib Razak menggunakan minit mesyuarat pemegang saham Menteri Kewangan Diperbadankan (MoF Inc) untuk melindungi dirinya daripada tuduhan penyelewengan.
Bekas Ketua Pegawai 1MDB, Shahrol Azral Ibrahim Halmi dalam keterangannya berkata perkara itu dilakukan menerusi minit pemegang saham MoF Inc yang memberi kuasa kepada lembaga pengarah Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) untuk melakukan transaksi besar.
TIA yang dibeli oleh kerajaan melalui MoF Inc, kemudiannya ditukar menjadi 1MDB.
"Sekarang selepas pendedahan dalam penyiasatan ke atas penyelewengan yang berlaku dalam 1MDB, saya memahami bahawa minit mesyuarat pemegang saham ini sengaja dikeluarkan oleh Najib ketika itu (16 Sept 2009) untuk melindungi Najib dari tuduhan penyelewengan dan kemudian meletakkan tanggungjawab ke atas lembaga pengarah TIA,"kata Shahrol ketika membaca kenyataan saksinya.
Beliau berkata demikian kerana dua hari kemudian (18 Sept 2009), mesyuarat lembaga pengarah diadakan untuk membincangkan penggunaan dana dari bon TIA untuk memasuki projek usahasama dengan Petro Saudi, yang merupakan sebuah syarikat milik Prince Turki dan Tarek Obaid.
Mahkamah semalam diberitahu bahawa 1MDB pada tahun 2009 memperoleh RM4.396 bilion daripada penjualan bon RM5bilion.
Saksi itu juga berkata hari ini dia diberitahu oleh polis tahun lepas bahawa bon itu dijual pada harga diskaun kepada dua syarikat yang berpusat di Singapura dan Hong Kong yang dikaitkan dengan Jho Low.

Wang 1MDB daripada bon RM5b yang dilaburkan dalam PSI
10.10 pagi: Mahkamah diberitahu oleh bekas CEO 1MDB bahawa sebahagian besar wang yang diperoleh daripada penjualan bon pada tahun 2009 telah dibelanjakan untuk pelaburan di Petrosaudi International.
Shahrol Azral Ibrahim Halmi memberi keterangan bahawa 1MDB menggunakan AS$1 bilion, iaitu kira-kira RM3.4 bilion mengikut kadar pertukaran pada masa itu, untuk melabur di PSI pada 30 Sept 2009.
Beliau berkata baki kira-kira RM1 bilion dalam akaun 1MDB kemudian digunakan untuk membayar faedah, atau pembayaran kupon, untuk bon RM5 bilion.

Najib lantik Shahrol sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB 
10 pagi: Perbicaaan hari ini bermula dengan bekas CEO 1MDB, Shahrol Azral Ibrahim Halmi meneruskan keterangannya dengan membaca dari kenyataan saksi beliau.
Shahrol, yang berkhidmat sebagai CEO dari tahun 2009 hingga 2013 memberitahu beliau dilantik secara rasmi bagi jawatan itu oleh bekas perdana menteri Najib Razak, yang juga pengerusi lembaga penasihat 1MDB pada 17 Sept 2009.
Dia berkata pelantikan itu dibuat selaras Artikel 68 Memorandum & Artikel Persatuan 1MDB, yang telah dipinda sebelum itu.
Shahrol berkata pelantikan itu menandakan hanya perdana menteri boleh melantik ahli lembaga pengarah dan pengurusan kanan 1MDB.

9.30 pagi: Najib Razak memasuki mahkamah dan mengambil tempat duduk di barisan depan galeri awam sambil menunggu prosiding bermula.

Pemeriksaan utama oleh pihak pendakwaan terhadap bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Shahrol Azral Ibrahim Halmi memasuki hari ketiga hari ini.
Saksi ke-9 itu hanya sempat membacakan 57 daripada 270 halaman keterangan saksinya semalam, dan pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Gopal Sri Ram dijangka masih jauh untuk diselesaikan hari ini.
Shahrol akan menyambung keterangannya pada hari ke-13 perbicaraan terhadap bekas perdana menteri Najib Razak berhubung dakwaan penyelewengan dana RM2.28 bilion 1MDB di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Collin Lawrence Sequerah sekitar 9:30 pagi ini.
Semalam sebelum prosiding ditangguhkan, Shahrol memberi keterangan bahawa dalam Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) sebelum ditukar menjadi 1MDB, Najib mempunyai kuasa mutlak dalam membuat keputusan.
Menueutnya kebenaran bertulis juga diperlukan, terutama dari segi pelaburan utama, dana dan kepentingan negara.
Kenapa???
Lu Fikir La Sendiri..!