Jumaat, 24 April 2009

Barisan baru UMNO...Harapan atau Khayalan...


Petang ini sedang berlangsung mesyuarat pertama MT UMNO selepas pemilihan parti, banyak desas desus yang bermain akan bentuk perubahan saf kepimpinan terutama SU Agung, Bendahari, Ketua Penerangan, SU Kerja dan Pengerusi pengerusi Perhubungan UMNO negeri negeri.

Bukan soal siapa yang akan datang dan pergi mengisi posisi seperti yang banyak orang ramai perkatakan tetapi lebih penting dari itu ialah siapa jua yang bakal mengisi barisan ini nanti mestilah terdiri dari mereka yang benar benar ikhlas dan mampu menarik minat ahli dan rakyat kembali bertaut dibawah pohon UMNO.

sememangnya besar harapan ahli dan orang melayu kepada barisan baru ini dan jangan lah harapan yang menggunung bertukar kepada khayalan semata mata

Kita saksikan...

Liberalisasi & Melayu... cerita lama yang di baru kan...

Mungkin dari sebutannya ajer yang berbeza namun maksudnya tetap sama, apapun lah namanya liberalisasi, dasar terbuka, penswastaan, kongsi kuasa dan lain lain ianya hanya istilah yang menunjukkan bahawa apa jua yang kita ada mestilah di kongsi dan di beri kepada orang lain lebih lagi hari ini ianya datang dari WTO dan kehendak Yahudi yang mahukan demokrasi perniagaan mesti dipaksa untuk dilaksana.

Ini lah demokrasi yang dipakaikan kepada negara dunia ke tiga terutama benua Asia yang dianggap sebagai generasi manusia kelas rendah dan hamba, walhal semasa mereka menjajah dan memeras segala hasil kekayaan negara yang di jajah tidak pula macam macam teori demokrasi atas nama hak asasi manusia dilaungkan.

Bagi orang Melayu pula istilah ini sudah dianggap lapok kerana penjajah sendiri pada waktu menjajah telah membuka seluas luas ruang untuk bangsa lain berkongsi atas apa jua yang kita ada. Walau pun asalnya rumah ini kepunyaan kita tetapi penjajah telah membukakan pintu dengan memberikan hanya tempat tidur di ruang kecil di hujung sudut rumah, dari situ diberikan pula bilik, akhirnya berkongsi ruang tamu, malah kebelakangan ini rumah yang asalnya menjadi kepunyaan kita telah di takrifkan semula oleh mereka yang menumpang dengan mengatakan bahawa kita juga sebenarnya pendatang bertandang ke rumah yang sama mereka miliki. Jadi kalau kita merasa kita lah tuan kepada rumah ini maka mereka juga sebenarnya berhak dan turut serta menguasai rumah bertuah ini.

Kalau pun tidak di putuskan oleh kerajaan untuk meliberalisasikan 27 sub sektor perkhidmatan tu orang melayu tetap juga meng ali-baba kan peluang perniagaan tersebut, itu sebab hasrat untuk mencapai 30% ekuiti bumiputera selama ini pun masih tidak dapat tercapai. Khabarnya sektor Kewangan juga akan menikmati dasar yang sama minggu depan.

Sementara ramai usahawan Bumiputera mengeluh dan khuatir dengan dasar baru yang di lihat cuba mengambil peluang peniaga Bumiputera, MCA melalui setiausaha Agungnya menggesa agar semua sektor seperti Bank, hartanah, Pertahanan dan lain lain lagi di buka untuk membolehkan kaum selain Bumiputera mendapat peluang yang sama. Walau pun adanya syarat syarat yang meletakkan kepentingan Bumiputera dalam sektor sektor perniagaan sebelum ini tapi ianya langsung tidak menghalang kaum lain untuk mengungguli bidang perniagan malah menjadi tuan di dalam bidang tersebut. Beliau juga lah yang telah meminta untuk kerusi TPM diberikan kepada bangsa lain selain melayu maka tak heran lah kalau selepas ini macam macam tuntutan yang bagi kita melayu dan Bumiputera mengarut tapi bagi mereka relevan dan tepat untuk didesak dan dipenuhi.

Sejajar dengan konsep 1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaan di utamakan tentulah tidak menjadi salah bagi mereka kerana atas semangat satu negara, mereka juga rakyat negara ini yang perlu didahulukan serta pencapaian yang mereka ada di dalam semua bidang terutamanya perniagaan tentunya kehendak dan tuntutan mereka akan di utamakan.

Bagi melayu dan Bumiputera cukuplah bernostalgia dengan bangga bahawa rumah ini kita sebagai tuan kerana ianya hanya pandangan sempit kita sendiri sedangkan kalau melihat rumah ini dari sudut dan posisi yang lebih luas wajah, ruang dan segala galanya telah pun di warnai oleh orang yang pada asalnya menumpang tetap akhirnya bertukar status... soalnya apakah kita juga bertukar status?

Selasa, 21 April 2009

Politik Melayu....Kemana?

Sana sini heboh diperakatakan tentang survival politik melayu, baik melayu UMNO, melayu PAS, melayu PKR, melayu DAP dan melayu melayu lain sama ada berparti atau tidak langsung terlibat di dalam mana mana parti tetapi memberikan kekuatan dalam kelangsungan kuasa melayu untuk terus berjaya dalam politik.

Satu pihak pula melihat bahawa politik yang membawa agenda bangsa sudah tidak relevan lagi malah semangat satu bangsa Malaysia yang memberikan hak sama rata kepada semua kaum dalam setiap lapangan dan bidang begitu giat dipacu dikalangan orang melayu sendiri yang kebanyakkannya telah berjaya hasil semangat dan budaya politik yang berteraskan bangsanya semenjak merdeka lagi.

Soalnya adakah bangsa melayu telah benar benar faham, berdaya, bersedia dan sanggup mengorabankan kepentingan bangsanya walhal semua hak dan keistemewaan melayu itu sendiri telah termaktub di dalam perlembagaan negara serta telah berjaya diterima sebagai satu kontrak sosial hidup bernegara di dalam watan tercinta ini untuk sekian lama.

Kalau jawapannya sanggup maka wajarlah di bubarkan sahaja semua parti politik yang berteraskan bangsa malah kalau tiada parti politik lebih baik kerana apabila berlaku PR maka individu anak tempatan dan diterima oleh pengundi akan diangkat sebagai wakil mereka di DUN atau Dewan Rakyat. Tentunya segala latar budaya, sosial, politik, ekonomi, pentadbiran dan dasar kerajaan akan total berubah.. sekali lagi persoalannya adakah bangsa melayu benar benar bersedia?

Hakikatnya hari ini, majoriti bangsa melayu masih tetap mahukan apa yang dikecapi selama ini kekal di pelihara malah melayu melayu lupa diri yang telah berjaya pun tetap mahukannya kerana apabila pulang kerumah melihat akan anak anak dan generasi melayu yang masih mengharapkan dokongan, sokongan, bantuan dan segala macam tuntunan maka di hati kecil mereka insaf dan mengakui bahawa corak pemerintahan yang ada ini lah sahaja yang mampu mempertahan maruah serta melonjak bangsanya setanding malah lebih mulia dari bangsa lain sementara hak dan kepentingan kaum lain tetap terjamin dan terpelihara...

Sedarlah Melayu...

Sabtu, 18 April 2009

Apabila Melayu pelupa yang di mudah lupa kan...

Dengan dunia tanpa sempadan, dengan dunia yang global ditambah glokal, dunia yang serba terbuka seperti mana yang diilham dan dimahukan oleh yahudi serta dituruti dengan tekun dan akur oleh polis dunia AS maka anginnya telah mula kelihatan menyerap masuk ke kalbu dan jiwa pemimpin pemimpin melayu... bagi pemimpin yang dilihat ultra melayu atau yang tidak pernah kenal jemu mempertahankan bangsa melayu dan haknya tentu akan dilabel rasis, perkauman, pelampau dll lagi akan mula di hanyutkan dari arus kepimpinan parti dan negara.

Sementara orang melayu berpecah dan dipecahkan dengan taraf sosial, pendidikan, ekonomi dan lebih menonjol dalam lapangan politik, maka kuasa majoriti yang kuat sehingga mampu manghalau penjajah balik ke negara mereka serta membuka ruang dan peluang kepada orang lain untuk sama sama merdeka dan mengecapi apa jua kenikmatan yang ada di dalam negara.

kesannya...kuasa majoriti melayu yang ada pada bangsa ini hanya kerana jumlahnya yang ramai sedangkan dalam kehidupan seharian ianya langsung tidak menggambarkan kerana majoriti dari bilangan sahaja tetapi minoriti dari segi penguasaan ilmu, tahap pendidikan, pendapatan, aset dan pegangan saham serta harta, golongan profesional, kepakaran, bidang perniagaan dan lain lain cabang kehidupan yang ada hanya kekuatan politik namun ianya telah mula meretak dan berpecah hingga kekuatan politik bangsa ini di lihat seperti telur di hujung tanduk..

kenapa ini berlaku?... jawapannya tentu ada kepada kita insan yang berbangsa melayu, yang mendapat kenikmatan hidup dengan asas perjuangan pemuka pemuka bangsa yang telah berjaya melonjakkan bangsa yang hina dijajah serta melarat di watannya sendiri, berdagang di laman sendiri kepada bangsa yang merdeka, maju dan berjaya... kalau datuk nenek dan ibu bapa telah melunaskan hutangnya kepada kita bagi mewariskan bangsa, agama dan negara dengan penuh bermaruah maka tanggungjawab kita lah untuk membayar dan melunaskan hutang untuk anak cucu cicit generasi pewaris untuk terus hidup merdeka, berjaya dan bermaruah...
Kepada Allah berserah...

Khamis, 9 April 2009

kabinet baru najib....

persoalan siapa yg akan mengisi saf kabinet PM DS Najib akan terjawab secara muktamad setelah mengadap SPB pd jam 11 pg ini dan akan di umum kan pada jam 3 petang ini...

soal siapa yang terkeluar dan masuk akan terjawab setelah teka teki yang bermain ini cukup menyesakkan kepala mereka-mereka yang layak, memikir diri layak serta yang tidak layak sama sekali menganggotai angota jemaah menteri yang bertangungjawab mempastikan negara terus dipacu dengan sejahtera serta dapat bersama sama PM untuk mengharungi tempoh sukar keadaan ekonomi dunia hari ini serta mengharmonikan keadaan politik negara yang serba serabut hari ini.

apa pun yang akan berlaku nanti bukan sahaja siapa yang bakal di lantik malah isu yang lebih utama dan penting ialah mereka yang bakal menggalas tanggungjawab nanti mestilah terdiri daripada mereka yang benar benar insaf dan sedar akan amanah besar yang di letakkan di bahu mereka untuk menentukan hala tuju negara kekal berada di landasan yang tepat dan betul serta sentiasa mendepani isu-isu nasional dan global

kepada umno dan party komponen yang sebelum ini berbuih menyatakan bahawa pemilihan barisan kabinet ini adalah hak mutlak PM mesti lah mengotakan apa yang di kata dengan menerima secara berlapang dada apa jua keputusan DS Najib. ini penting bagi mempastikan barisan yang bakal dibentuk nanti terhindar dari serangan di kalangan 'ahli keluarga' UMNO dan BN sendiri.

kepada yang berjaya tahniah dan semoga akan berjaya membuktikan bahawa pemilihan yang dibuat oleh PM adalah benar dan tepat sementara bagi yang terkeluar atau tidak terpilih maka ini lah waktunya untuk mereka ini membuktikan kepada rakyat dan penyokong 'tegar' mereka bahawa mereka tetap boleh berjuang walau dimana jua kedudukan dan jawatan yang mereka miliki....

salam perjuangan...