Rabu, 27 Januari 2010

Menteri Haprak!!!


Tiada tindakan terhadap penulis blog yang mohon maaf – Rais
26/01/2010 3:26pm

PULAU PINANG 26 Jan. – Kerajaan tidak berhasrat mengambil tindakan terhadap penulis blog yang memohon maaf secara terbuka setelah menyedari kesilapan dalam penulisan blog mereka, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Bagaimanapun, katanya, penulis blog yang terbabit dengan sesuatu kesalahan haruslah membuat permohonan maaf secara formal kepada pihak yang berkaitan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas penulis blog Anduka Taruna yang didakwa menghina Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail yang mangkat Jumaat lalu.

Penulis blog berusia 29 tahun itu dilaporkan telah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baharu, Kelantan, semalam setelah polis menerima lebih dari 20 laporan mengenai tulisan dalam blognya.


Komen

Jenis Menteri pengecut dan bacul ni memang dah berleluasa didalam kabinet kerajaan akhir-akhir ini. Dulu ada Menteri minta maaf! dan sekarang ada pulak Menteri yang menerima maaf...kira 1Malaysia la ni.

Soalnya siapa Menteri ni yang bercakap atas sudut pendakwaaan yang bakal dibuat atau tidak? Rais Yatim bukan Menteri yang menjaga badan kehakiman dan undang-undang negara. Apa kewajaran beliau mengutarakan hujah diatas? Barua punya Menteri!

Apakah Jabatan Peguam Negara tertakluk dan tunduk kepada keputusan yang dibuat oleh Rais Yatim seorang diri? Apakah hujah bodoh Rais Yatim ini boleh mengenepikan lebih 20 laporan polis yang dibuat oleh rakyat? Apakah Rais merasakan bahawa kerosakan dan kebiadapan yang dilakukan oleh aduka bangsat sudah pulih dan jernih hanya dengan permohonan maaf?

Sejak bila Rais Yatim menjadi juru cakap puak-puak binatang bangsat yang kurang ajar dan biadap terhadap Institusi Raja-Raja? Apakah Rais beranggapan sebagai Menteri yang menjaga budaya maka permohonan maaf sudah cukup walaupun perbuatan aduka bangsat itu jelas melanggar etika budaya, adab dan susila bernegara?

Sejak bila pula Menteri Kerajaan begitu bersemangat membela puak-puak bangsat pembangkang yang jelas berhati perut komunis serta akal fikiran yahudi yang mahu menimbulkan kerosakan dan kebinasaan dalam keharmonian bernegara?

Sedar atau tidak Rais bahawa perbuatan kurang ajar dan biadap aduka bangsat ini telah menimbulkan kemarahan rakyat dan siapa pula yang mahu menjaga hati dan perasaan rakyat terbanyak? Apakah Rais sedang membiakkan persundalan budaya kurang ajar dan biadap kepada Raja-Raja Melayu dengan membela puak bangsat ini?

Tidakkah tindakan bodoh, bengap, gonjol, bahlol, barua dan bacul menteri ini hanya mengundang beribu lagi bloggers haprak yang tidak bermaruah untuk terus mendokong doktrin pembangkang yang jelas jahat dan derhaka kepada Institusi Raja-Raja?

Haprak punya menteri!!! pttuuiihh...

34 ulasan:

  1. pendapat kita sama.

    http://ratraceinlife.blogspot.com/2010/01/tiada-maaf-bagimu.html

    BalasPadam
  2. Salam:-

    Dulu kau bakar jambatan..
    lah ni kau bakarkan kemarahan rakyat...

    BalasPadam
  3. salam bro..mungkin rais bercakap dari perspektif kerajaan yang mendahulukan dan memberikan keadilan kepada semua rakyat tanpa mengambil kira perbedaan ideologi politik..aku ada membuat pandangan terhadap statement rais ni di blog aku..fikir positif je bro..kau faham2 jelah bro..angguk tak bermakna setuju..

    BalasPadam
  4. Meh kita sama2 suarakan ketidakpuasan hati kita di sini http://www.facebook.com/pages/YB-DATO-SERI-UTAMA-DR-RAIS-YATIM/187549401338?ref=nf

    BalasPadam
  5. sokong sokong
    rais bukan menteri undang undang, elok dia diam je

    kalau nak, boleh kat biar polis siasat lepas tu kita kenakan tindakan undang undang maksimum kalau ada salah

    apa salahnye cakap macam tu...

    entahlah, masih leka nampaknya Umno ni

    BalasPadam
  6. Salam Ziarah,

    Jangan kita menjadi aduka taruna yang kedua bro setuju dengan pandangan jebat Berkokok angguk tidak bermakna bersetuju.Lagi pun Datuk Seri kata dengan bersyarat tak semestinya Aduka Taruna akan dilepaskan.

    BalasPadam
  7. weh bro aritu kat terengannu umno sana marah kan sultan sampai tulis kat kain rentang kami nak deris na***ng tu terang2 satu malaysia nampak aper cer tak minta maaf ke weh?

    BalasPadam
  8. Betul tu umnogogo..gua support lu bro...bila tang puak2 UMNO kutuk institusi raja/sultan kat m'sia ni, cepat2 je ditutup. Kalau boleh cari isu lain, supaya masyarakat cepat lupa kononnnya...blogger pengampu mcm putramerdeka ni mcm ni la peranan dia...salah satu antara blogger yang buta sejarah, buta perut....dia tak baca sejarah kot...UMNO Puak Derih Jusoh kata" Kami Nak Derih, Natang"....

    BalasPadam
  9. SLM BRO..TP YG MENYALAK KATA KERAJAAN TAK ADIL ADALAH PUAK FUCKATAN JUGAK KEHKEHKEH ADOIYAIII..PELIK SUNGGUH

    BalasPadam
  10. PRU13 akan menentukan hasil dari tindakan bodoh BN!

    BalasPadam
  11. NAK BUAT MACAM MANA BRO. RAIS DAH TAKUT PUAK-PUAK PAKATAN NI BISING KOT.

    BalasPadam
  12. Salam Bro, aku baru defend Rais hari tu, tapi mamat ni memang hampeh la bro, aku dah ambik artikel kau ni dan masukkan ke dalam blog aku bro!

    TQ

    BalasPadam
  13. Umno yg haprak....keh.keh..

    BalasPadam
  14. umno haprak,Pkr lg lak cam sial

    BalasPadam
  15. Kerajaan sekarang lebih bacul tak macam zaman Tun M. Dalam orang kata dia maha zalim pun rakyat masih hidup aman dan kaya raya... Pasal beliau berani cantas dahan2 yang boleh mendatangkan bahaya. La ni harap2 Pak Najib cantas jer mana2 menteri yang bacul tu....

    BalasPadam
  16. menteri umno mmg cam tu..

    BalasPadam
  17. salam jon aizul dan anon 0116,
    setuju bro, agak-agak lepas ni rais nak bakar apa lagi?
    terima kasih

    BalasPadam
  18. salam JebatBerkokok, Tok Pawi, XJN dan Lagenda,
    setuju bahawa berlainan pendapat ada baiknya jugak, cuma mungkin menteri ni tak baca pun penulisan budak aduka bangsat tu, kalau dia baca nescaya dia tidak akan mengulas begitu...itu aku yakin bro!
    terima kasih

    BalasPadam
  19. salam umnogogo dan anon 0933,
    siapa juga yang menentang dan derhaka kepada Institusi Kesultanan dan raja-raja perlu dibawa ke muka pengadilan. Apa yang ko orang susah? cuba ko baca banner tu betul-betul, kan dia nak deris dan natang tu dia tuju ke ko orang berdua la...hahaha

    BalasPadam
  20. salam JEFFRY,
    itu kan memang kilija pakatan pembangkang...rosak dan merosakkan, sesat dan menyesatkan!!!
    terima kasih bro

    BalasPadam
  21. salam pemerhati,
    semoga BN tidak akan membuat lebih kesalahan, dalam keadaan sekarang, BN dan PR seakan-akan bersaing dalam melakukan kesalahan kepada rakyat, cuma biarlah kesalahan PR itu lebih banyak dari apa yang BN lakukan....
    terima kasih

    BalasPadam
  22. Salam Mctheory dan PK House,
    Rais kalau takut tak payah jadi Menteri, baik duduk rumah jaga masnah dandan rambut,
    cover camner pun bro kalau dah jenis pemimpin hampeh nak wat camner....
    terima kasih

    BalasPadam
  23. salam anon 1628, 1636,
    ko dah jawab sendiri dalam tulisan ko yang PR sial! terima kasih

    BalasPadam
  24. salam anon 1732, 1832,
    kerajaan yang kuat bukan sahaja berjaya memajukan rakyat dan negara malah dapat membentuk masyarakat yang mentaati undang-undang dan menghayati akan perlembagaannya,
    keberanian perlu dalam diri setiap pemimpin, pemimpin bacul dan penakut amat tidak diperlukan bukan sahaja di dalam negara!
    tidak semua menteri begitu, ini dapat dibuktikan dengan lahirnya barisan pemimpin dikalangan umno yang berani, cekal dan tabah memerdekakan negara dan memajukannya hingga ke peringkat sekarang ini!
    terima kasih

    BalasPadam
  25. Orang Melayu dihina, tak apa, maafkan.
    Agama Islam dihina. tak apa, maafkan.
    BN kalah di PRU13 nanti, tak apa, maaf ye!

    BalasPadam
  26. Kesian Aduka tarakguna.... dia keseorangan dlm menghadapi kesnya.. walapun dia ikhlas menulis untuk PKR. Bila dia kena cam nie.... tak der plak BOS-Bos diaorng yg datang bantu dia.. kesian dia bro...Gua kesian kat dia...abis tu nak buat cam mana... PERJUANGANNYA YANG SIA-SIA...Sabarla aduka yea.. langit tak selalu cerah... Berani buat berani tanggung sorang2.. Lu ingat ada ker pemimpin lu yang nak bela lu......

    BalasPadam
  27. biakpilah depa nak buat apa pun! yg hangpa dok sibuk apasal? jom relax, tenangkan fikiran sambil minum jushebat http://www.jushebat.com/pakmanjutawan atau http://www.myrewards.com.my atau http://freetalk2uall.com/pakmanjutawa manax pun boleh!

    BalasPadam
  28. salam pemerhati,
    jangan macam tu, bersama lah kita berusaha untuk membangkitkan BN seterusnya memenangi PRU13 nanti InsyaAllah..
    terima kasih

    BalasPadam
  29. salam hero kecik,
    kenapa ko jadi hero kecik? hehehe
    aduka sedang menggelupor bro
    terima kasih

    BalasPadam
  30. salam pakmanjutawan
    layan....
    terima kasih

    BalasPadam
  31. Putra merdeka,

    baru jek tadi maki rais Babi, pukimak dan anjing tapi lepas tuh dah mohon maaf ah (sal lepas mohon maaf dia takkan amik tindakan)..tapi dia delete plak dari facebook dia..dia tak berani plak nak berhadapan dengan kenyataan.
    hasil tindakan rais kat aduka taruna maka lahirlah pierre lim. yang ni lagi kuang haja..

    psst... rais orang nogori kan? aduka pun katanya asal nogori...depa sedara ka?
    -cucu hajah esah

    BalasPadam
  32. salam cucu hajah esah,
    sedar senegeri la tuh, tapi keadilan bukan diukur dari itu! tak baik maki...hehehe
    terima kasih

    BalasPadam
  33. jangan percaya pada fitnah dan tuduhan golongan fasik.. kelak kau akan menjadi kaum munafik bersama abdullah bin ubay di dalam neraka Allah swt..

    BalasPadam
  34. anon 2057,
    setuju malah jauhkan diri dari org fasikh, org yg menjual agama dan memperalatkan agama demi kuasa politik murahan!

    BalasPadam