Rabu, 4 Ogos 2010

Menteri Amaran Diberi Amaran Oleh KSN!!!


KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengemukakan cadangan kepada kerajaan bagi menyemak semula sistem saman ekor, ekoran bantahan ramai pihak berhubung perlaksanaan sistem itu.

Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien berkata pihaknya juga mahu satu kajian semula dijalankan terhadap keputusan kerajaan untuk tidak mengurangkan kadar kompaun saman yang dikenakan terhadap pesalah trafik.

"Dalam konteks saman ekor, ada yang kata mereka tidak bersalah kerana kesalahan trafik itu dilakukan oleh orang lain yang menggunakan kenderaan atau menyalahgunakan nombor pendaftaran kereta milik mereka.

"Maka ia perlu dikaji semula dan diteliti kerana kita tidak mahu ada pihak yang teraniaya dan agar semua keputusan yang dibuat adalah adil," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat kumpulan kerja bagi memerangi keganasan di antara Malaysia dan Australia di sini hari Selasa.

Beliau berkata kerajaan juga perlu memikirkan kaedah pembayaran yang paling baik dan sesuai untuk pesalah trafik yang mempunyai jumlah saman yang sangat banyak.

Katanya, Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Mahmood Adam akan bertemu dengan Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Sidek Hassan dalam waktu terdekat bagi membincangkan usaha-usaha yang boleh dilakukan. selanjutnya disini.

Komen


Hisham ni nak kena AMARAN dengan sidek agaknya... kan ke Sidek tu Ketua Setiausaha ! kan ke Sidek ni lebih berkuasa dari PM! kan ke Sidek ni yang memerintah negara ini! Kalau dah Sidek kata tidak! tidak lah!

Sidek seolah olah sedang berusaha untuk menjatuhkan kerajaan BN! Sidek kan sedang berusaha untuk mengisi kantung kerajaan yang kosong! itu sebab semua hasil masuk ke perbendaharaan bukannya agensi dan Jabatan! itu sebab Dato Aziz Trafik buat tak kisah ajer...sebab PDRM tak masyuk!!!


Kalau mengikut kata Hisham yang mahu kajian lanjut dijalankan bermakna perkara ini dibuat tanpa kajian yang mendalam dan teliti? pelaksanaan yang menyusahkan rakyat ini dilaksana tanpa dibincang, dicanai dan diperhalusi? maka apa jemaah Menteri mesyuaratkan apabila menerima kertas cadangan ini? atau semua jemaah Menteri hanya memegang telur takut pecah dek kerana sirna jelingan Sidek?

Atau apakah keputusan ini hanya berlegar diperingkat pegawai pegawai tinggi kerajaan tanpa memaklum dan merujuk seterusnya mendapatkan persetujuan kabinet? kalau betul SAH lah Sidek yang memerintah negara ini?

Rakyat selama ini menerima akan saman ekor ini! rakyat bersetuju untuk membayar jika benar mereka telah melakukan kesalahan! rakyat sedia membayar RM 10 untuk melihat foto bukti atas kesalahan yang telah mereka lakukan! rakyat juga bersedia beratur panjang untuk melunaskan bayaran jika kerajaan memberikan masa dan diskaun pembayaran saman seperti mana yang dilaksana selama ini!

Apa yang rakyat TIDAK BOLEH TERIMA ialah kenapa mesti hak mereka untuk memperbaharui road tax dinafikan!!! kenapa tidak diberitahu lebih awal? atau kerajaan telah bersedia pulak untuk menyaman rakyat yang memandu kenderaan tanpa cukai Jalan???

Rakyat didahulukan!!! Pencapaian Diutamakan???

Lu Fikir La Sendiri!!!

3 ulasan:

  1. Pandai sungguh abang tarafik.buat saman pandai tapi tak reti nak hantar notis.lepas tu tak bayar kena black list.Ingat sikit bukan lama nak hidup di dunia ini, mati Tuhan tak makan saman punya.Satu Malaysia sedap dengar tapi bebisa.

    BalasPadam
  2. rakyat didahulukan (mesti bayar saman)
    pencapaian diutamakan (jumlah kutipan saman berjuta-juta)

    tengkorak dia orang lah....

    * bukti yang menunjukkan parti yang memerintah dah tak minat nak menang pilihan raya...

    BalasPadam