Isnin, 26 Oktober 2020

Bangsat Menonjolkan Diri..!

 


Selama ni mat kepit punya wayang tinggi production mungkin rakyat tak nampak, tapi Lama dah kita peratikan feel mamat sekor ni..! Demi kelansungan hidupnya maka diberitakan...

Sumber: Najib cadangkan BN beri sokongan pada Anwar


Pertemuan ahli-hali parlimen BN di Kuala Lumpur petang tadi dikejutkan dengan cadangan bekas perdana menteri, Najib Razak, agar parti itu menyokong Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

Cadangan itu dibuat Najib dengan alasan perlunya keseimbangan dalam jawatan dalam kerajaan kini.

Bagaimanapun menurut sumber cadangan dibawa ahli parlimen Pekan itu tidak dapat diterima sebahagian besar tokoh yang hadir.

Seorang ahli parlimen BN yang enggan didedahkan identitinya berkata, cadangan Najib itu tidak dapat diterima akal kerana mereka berpendapat, menyokong Anwar bermakna menerima DAP sebagai kerajaan.

"Masakan cadangan yang seperti tidak masuk akal mampu untuk diterima oleh akar umbi Umno kerana ahli-ahli Umno diberitahu sebelum ini bahawa Umno menyokong penubuhan kerajaan Perikatan Nasional (PN) kerana tidak mahu DAP menjadi sebahagian kerajaan.

"Takkanlah BN - terutama Umno - mahu untuk bersama dengan DAP dalam kerajaan, kerana bukan saja ideologi perjuangan kedua-dua parti berbeza, malah ahli-ahli antara kedua-dua parti akan bercelaru," katanya kepada Malaysiakini.

Jelas sumber itu lagi, pertemuan petang tadi hampir tergendala ekoran cadangan yang dikemukakan bekas pengerusi BN itu.

Mesyuarat ahli parlimen BN yang berlangsung hampir tiga jam bermula jam 1 petang tidak membuat sebarang keputusan sama ada Muhyiddin Yassin perlu mencadangkan kepada Yang di-Pertuan Agong agar Dewan parlimen dibubarkan atau tidak.

Sebaliknya, kata Najib, mesyuarat itu mendengar pelbagai pandangan daripada mereka yang hadir.

“Tak ada keputusan, macam-macam pandangan tapi pandangan ini tak boleh ambil kira, yang penting sekali keputusan.

“Kita cuma mendapatkan pandangan-pandangan daripada wakil rakyat BN tentang pendirian kita dan halatuju yang patut dijadikan ketetapan parti," kata Najib.

Sementara itu seorang lagi sumber BN berkata, Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, kelihatan lebih tenang dan berpegang teguh atas keputusan Majlis Tertinggi (MT) Umno sebelum ini yang menolak sebarang kerjasama dengan Anwar mahupun DAP.

"Zahid mendengar pelbagai pandangan dan cadangan termasuk daripada Najib dengan tenang kerana pastinya beliau mahu masa depan BN terutama Umno terus cerah dan lebih menyinar di mata rakyat," katanya ketika dihubungi.

Jelasnya, drama politik negara belum berakhir dan sebarang tindakan sama ada Muhyiddin mahu meletak jawatan atau membubarkan Dewan Rakyat, pastinya akan didorong oleh keputusan yang diambil oleh BN dan Umno selepas ini.

sumber

Bukannya menjunjung Titah Ucapan Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong yang mahukan Ahli parlimen berhenti berpolitiking. 

Lebih teruk lagi rela menjadi kuda tunggangan Aljub. Cukup lah UMNO/BN dilacurkan..!

Siapa?

Lu Fikir La Sendiri!!!

9 ulasan:

  1. Anjing bangsat ni lah yg akan mengkafankan umno. Apa yg susah sgt ko nak sokong nuwar. Keluar parti sukahati la ko nak sokong. Yg ko bawak sekali kapal umno apehal

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu kan pandangan dia..kata umno meraikan kepelbagaian pendapat..bukan parti "yes bos"..lagipun itu bukan satu2nya pandangan yg dia bagi

      Padam
  2. Putra Merdeka dulu waktu UMNO/BN tewas diam terus menyepi.

    Kini bila UMNO/BN kuat, kembali menyibuk. Siapa bayar gaji blogger kau?

    Najib yg berjuang keras utk rakyat dan untuk UMNO/BN.

    Nazri Aziz pukimak, penjilat tun m, noh omar, kementerian pon boleh bungkus. KJ lagi macam sial.

    BalasPadam
  3. Kita akan senarai kan selepas bajet dibentang nanti MP dari Bersatu, UMNO, PAS, PKR, PAN Warisan, PejWang GPS dan parti Melayu yg lain yang tidak menyokong bajet nanti.

    Kita akan senaraikan nama nama MP tersebut dng fakta moral serta track rekod MP ini supaya pengundi di setiap kawasan yang diwakili MP ini supaya tidak mengundi MP ini pada PRU akan datang.

    List ini akan diviralkan sehingga PRU akan datang calon MP ini dihumban ke longkang.


    Tungguuuuu...!!!

    BalasPadam
  4. Bro kau pun jangan jadi bangsat buat cerita tak betul, Najib tak suruh pun BN sokong Anwar, baca lah penjelasan dia sebelum ko buat cerita yg tak betul..ko tu pun lalang bukan boleh percaya sangat

    BalasPadam
  5. Macam2 ahli umno bodoh cuba spin. Pandangan la..tak auruh mp umno tak sokong anuwar la.
    Masa dia sign surat dgn zahid apa cerita. Senyap2 deal.bangsat punya manusia. Boleh mangkok ni berdua sign surat sokong masa anuwar jumpa agong. Benda dah lama

    BalasPadam
  6. https://www.sinarharian.com.my/article/106701/SUARA-SINAR/Awang-Paku-Serpih/Drama-Pusingan-U


    Suda kantoi awal lagi. Hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masa dua ekor ni sign surat bagi bang non bawak ke istana ada ckp tanpa dap ke? Ada bawak bincang MT umno ke? Inilah lemahnya ahli bwhan umno..otak lemah.

      Padam