Sabtu, 24 Oktober 2020

Titah di Junjung Tuanku..!



Agong boleh memilih untuk menerima atau menolak cadangan PM. Namun pertimbangan sebaiknya pasti akan dimuktamadkan setelah dibincangkan di dalam mesyuarat Majlis Raja Raja.

Agong jika tidak memberi perkenan kepada pengistiharan darurat sekarang, maka pentadbiran kerajaan akan terus di asak dan akhirnya buntu apabila berdepan dengan persidangan Parlimen bermula 2 November ini. 

Setakat ini sahaja usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri sudah 25 usul jumlahnya. Akhirnya Muhyiddin akan hanya mempunyai pilihan untuk meletak jawatan atau menasihatkan Agung membubarkan Dewan.

Boleh kita simpulkan dari apa yang berlaku, Muhyiddin tidak akan meletakkan jawatan. Membubarkan dewan bukan jalan terbaik sekarang kerana covid yang sedang menggila.

Maka ketika itu, sekali lagi Muhyiddin akan mengadap Agung dengan usul darurat politik/darurat kepimpinan/darurat kesihatan/darurat apa sahaja namanya.

Soalnya Agung nak terima sekarang atau kemudian..!!! Sebelum atau selepas?

Bila?

Lu Fikir La Sendiri..!


3 ulasan:

  1. JELAS DIPERTUAN AGONG YANG BIJAK BISTARI
    MAJLIS DIRAJA JADI RUJUKAN AKHIRNYA NANTI
    NEGARA TERBAIK TANGANI IKUT LANDASAN DEMOKRASI
    YG KEMPUNAN DAN YG NAK MATI TU SILA BERAMBOS PERGI


    HAAHHH TEPOKK..!

    BalasPadam
  2. Lantik kerajaan sementara tp pmnya bukan tsmy

    BalasPadam
  3. KEROMAH PULANG KE GAGANG.

    Istana Negara dimana bersemayamnya YDP Agong ,bakal mengadakan perjumpaan dengan Raja Raja Melayu bagi meleraikan permasaalah yang dihadapai olih Muhyiddin selaku Perdana Menteri kerajaan masakini yang dikenali sebagai Kerajaan Perikatan Nasional.

    Semua tahu bahawa Kerajaan ini terbentuk dari kalangan mereka mereka atau Ahli Ahli Parlimen yang telah mengkhianati perjuangan asal parti masing masing,samaada dari PPBM,UMNO mahupun PKR ,semuanya berajenda.

    Walaupun begitu seperti yang saya perkatakan dahulu bahawa Muhyiddin jangan salah langkah tetapi nak buat macammana, nafsu kuasa mengatasi segalanya.

    Sememangnya sifat manusia sebegitu, tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki ditambah dengan bisekkan bisekkan dari manusia yang mementingkan diri mahupun terdapat watak watak yang sememangnya 'rosak akhlak' dan "rosak kiblat',maka, terjerumuslah semuanya secara berjemaah dan itulah akibatnya, 'tak nampak jalan pulang'.

    Tetapi alhamdullilah Allah SWT sememangnya merancanakan yang terbaik buat bumi yang "beraja" ini dimana dikitab terdahulu telah dinyatakan bahawa "pemimpin yang dinantikan" bakal muncul dinegeri dimana ungkapkan seperti mengagungkan Yang Maha Esa, dipakaikan terhadap Raja Rajanya mahupun pemerintahnya.

    Bagi mereka yang sememangnya 'berilmu" dan "yang mencari kebenaran" akan peristiwa akhirzaman pasti persoalan sudah terjawap.

    Maka jangkamasa untuk peristiwa itu untuk berlaku sudah semakin hampir dan pasti terjadi dimana pada satu ketika dahulu Raja Raja Melayu mahupun YDP Agong seolah olah dilihat telah "kehilangan" kuasa kerana 'disekat' kuasanya olih PM 4 .

    Alhamdullilah watak itu masih lagi bernafas dan kini menyaksikan sendiri bagaimana 'Daulah Raja Melayu' datang sendiri tanpa paksaan kepangkuan Raja Raja Melayu.

    Alhamdullilah.

    Kini segala permasaalah Ahli Politik yang pada satu ketika amat riak dan takbur dengan kuasa sehingga sanggup menelan segala penghinaan yang dibuat terhadap umat Melayu, Agama Islam Raja Raja Melayu dan Tanah Melayu ini, kini,mereka mendambarkan "daulat Raja Melayu' untuk meleraikan ketamakkan mereka.

    Walauapapun keputusan dari Raja Raja Melayu semuanya bakal diterjemahkan, apa yang pasti Institusi YDP Agong dan Raja Raja Melayu akan terpelihara kerana "instutusi' ini akan dinaungi olih 'watak akhir zaman', inshaallah.

    Cukuplah setakat ini, hanya Allah SWT Tuhan Yang Maha Esa yang menentukan pengakhirannya.

    BalasPadam