Memaparkan catatan dengan label 1mdb 14 bilion. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 1mdb 14 bilion. Papar semua catatan

Rabu, 20 April 2016

1MDB ~ Lenyap RM 14 Bilion..?


Bukan main bersilat kata 1MDB bersih, putih dan murni..!  Malah suci lagi menyucikan..! Kira macam air mutlak la..! Bagaimana rakyat di santak dengan berita mewangi saban hari..!

Tup tup rupanya air mutannajis..! kotor lagi mengotorkan..!

Di mana, ke mana lenyapnya RM14 bilion, 1MDB?

ULASAN l Akhirnya, selepas lebih tiga tahun laporan intensif dan berterusan mengenai salah laku 1Malaysia Development Bhd (1MDB), pihak pengurusan mengakui kemungkinan berlakunya penipuan - selepas AS$3.51 bilion, atau RM14 bilion, lenyap begitu sahaja.
Ia juga menandakan ketidak setujuan yang serius di kalangan beberapa rakan kongsi yang mana melibatkan firma milik Abu Dhabi, selaku penjamin dana sebesar AS$3.5 bilion menerusi dua bon sementara yang lain ialah rakan kongsi usahasama dalam projek hartanah perkhidmatan kewangan Tun Razak Exchange di Kuala Lumpur yang bernilai RM18 bilion.
Dengan 'kehilangan' RM14 bilion sebagai perkembangan besar-besaran, disifatkan sebagai pembongkaran empayar 1MDB yang terbina dari aktiviti berhutang secara keseluruhannya.
Ia adalah dakwaan ke atas pengurusan dan pemegang saham yang dilihat terlibat dalam usaha-usaha berdasarkan pertimbangan dan disengajakan untuk memindahkan hutang dalam jumlah yang besar keluar dari 1MDB, dana yang diperolehi menerusi bon.
Ia boleh ditafsirkan sebagai terburuk apabila sebab-musabab pemindahan dana itu dalam keadaan yang renggang dan tidak bersebab sama sekali, mereka yang sepatutnya menerima sejumlah RM14 bilion itu menafikan telah dibayar, sekali gus memungkinkan wujudnya aktiviti meraguan yang mengesahkan berlakunya salah laku.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Arul Kanda Kandasamy, yang mengakui kemungkinan berlakunya penipuan, dan berurusan dengan entiti-entiti yang berkait dengan pihak yang menafikan pembayaran itu, dilihat lebih berminat untuk berdebat dengan Ahli Parlimen DAP, Tony Pua daripada menjalankan tugasnya di 1MDB.
Rakyat yang dah faham semakin yakin..! yang kurang faham dah semakin jelas..! Yang kelabu dah nampak hitam..! 
Cuma macai@pemakan dedak jer la yang terpaksa meneruskan kerja menjilat..!
Biarkan macai terjun dengan dedak dedaknya..! Biarkan..!
Lu FIkir La Sendiri!!!