Memaparkan catatan dengan label 1mdb jho low jahanam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 1mdb jho low jahanam. Papar semua catatan

Jumaat, 27 Mei 2016

Buktikan Jho Low Tak Terlibat..!


Jangan cuma sekadar menjawab dan menafi..! Tunjukkan bukti..! mana dokumen yang menafikan pemilikan jolok dalam good star?

Kerajaan bertegas Good Star milik PetroSaudi

Kerajaan terus menegaskan bahawa Good Star Limited, firma yang menerima AS$1.03 bilion daripada 1MDB adalah milik PetroSaudi International.
Ini di sebalik pendedahan oleh anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Tony Pua bahawa Bank Negara mendapati Good Star dimiliki oleh individu yang tidak berkaitan dengan PetroSaudi.
"Berdasarkan rekod syarikat 1MDB, Good Star Limited adalah dimiliki oleh kumpulan PetroSaudi pada masa pembayaran dana tersebut dibuat oleh 1MDB.
"Semua pembayaran dana yang dibuat oleh 1MDB adalah untuk memperoleh kepentingan sebanyak 40 peratus dalam syarikat usahasama.
“Dana tersebut juga telah diakui diterima oleh kumpulan PetroSaudi berdasarkan perjanjian-perjanjian yang dimeterai pada masa pembayaran tersebut dibuat," kata Kementerian Kewangan dalam jawapan bertulis di parlimen semalam.
Ia berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Pua yang ingin tahu pemilik sebenar syarikat Good Star Limited yang menerima bayaran AS1.03 bilion daripada 1MDB.
Dalam soalannya, Pua merujuk kepada kenyataan Bank Negara kepada PAC bahawa nama Good Star tidak dimasukkan dalam laporan mengenai 1MDB.
Kenyataan bank pusat itu berbunyi: "Bank Negara Malaysia telah dimaklumkan secara sukarela oleh pihak berkuasa negara itu yang Good Star Limited adalah sebuah syarikat yang dimiliki oleh individu yang tidak mempunyai kaitan dengan Kumpulan PetroSaudi."
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said, bagaimanapun berkata bahawa garis itu dipadamkan daripada laporan PAC kerana ia adalah sulit.
Good Star Limited telah dikaitkan dengan hartawan kelahiran Pulau Pinang Jho Low yang menafikan beliau adalah sebahagian daripada syarikat itu.
Sedangkan rakyat dan dunia menanti nanti penafian secara bertulis dan berdokumen akan kaitan jolok dan good star serta urusan didalam 1MDB..!
Baca..

RM1.18 bilion masuk akaun syarikat dikuasai Jho Low: Sarawak Report

‘Further USD$330 million Went Straight To Jho Low’s Good Star Limited From 1MDB! NEW EXCLUSIVE’ (‘Lagi AS$330 juta pergi terus kepada syarikat milik Jho Low – Good Star Limited dari 1MDB! EKSKLUSIF TERBARU’.)
Itulah tajuk pendedahan eksklusif terbaru Sarawak Report selepas mereka mendakwa memiliki dokumen berhubung pemindahan wang yang diluluskan oleh syarikat berkaitan kerajaan Malaysia, 1MDB, kepada syarikat yang dikawal oleh ahli perniagaan yang rapat dengan Menteri Kewangan, Jho Low, Good Star Limited.
Menurut laporan portal berita berkenaan, Good Star Limited menerima keseluruhan AS$330 juta (kira-kira RM1.187 bilion) kononnya bagi pihak bekas rakan kongsi 1MDB, PetroSaudi International, pada 2011.
Good Star Limited berpangkalan di Seychelles, tetapi diperbadankan di Kepulauan Sayman dan mempunyai akaun bank di Zurich.
Jho Low sebelum ini beberapa kali mengulangi kenyataan bahawa dia tiada sebarang peranan dalam 1MDB dan tidak mendapat keuntungan dalam urusan pelaburan 1MDB.
jhoo-low
Namun, Sarawak Report dalam laporannya mendedahkan bahawa Pengarah PetroSaudi bersetuju ‘bertindak bagi pihak’ Jho Low dan kerana itu AS$860 juta (kira-kira RM3.095 bilion) daripada AS$1.5 bilion (kira-kira RM5.4 bilion) yang dilaburkan dalam PetroSaudi antara September 2009 hingga September 2010, telah secara rahsia disalurkan ke akaun Good Star RBS Coutts di Zurich.
Portal berkenaan juga mendakwa, siasatan rasmi mendapati AS$330 juta (kira-kira RM1.187 bilion) lagi, di mana 1MDB mendapat kelulusan memberi pinjaman kepada PetroSaudi pada Mei 2011, disalur terus kepada Good Star Limited.
“Laporan siasatan yang diserahkan kepada pihak berkuasa Malaysia awal bulan ini menyatakan wang ini dibiayai melalui ‘pinjaman ringgit daripada bank-bank luar pesisir dan baki hasil Sukuk Murabahah’,” kata laporan portal berita itu.
Wang itu dilaporkan dipindah melalui empat transaksi berasingan dalam bentuk mata wang dolar amerika (AS$30 juta + AS$65 juta + AS$110 juta + AS$125 juta) terus ke akaun Good Star RBS Coutts di Zurich.
Namun, kelulusan hanya diberi oleh pihak berkuasa kepada 1MDB untuk meminjamkan wang itu kepada 1MDB PetroSaudi Limited atas dasar ‘pembiayaan pelaburan langsung asing Malaysia dalam sektor minyak dan gas’.
Menurut Sarawak Report, rasional di sebalik kelulusan itu ialah:
“Untuk meneruskan perkongsian global dan strategik dalam sektor tenaga dan mempromosikan pelaburan langsung asing ke Malaysia.”
Portal berkenaan mendakwa 1MDB sama ada dalam permohonan atau kelulusan, tidak menyebut apa-apa yang membolehkan wang itu diserahkan kepada Good Star.
Jho-Low-Sayman-murabahah
Bagaimana pemindahan diisytiharkan dalam akaun rasmi 1MDB – Ianya mendakwa wang itu disalurkan kepada PetroSaudi International pada 2012. – Sarawak Report
Bagaimanapun, semua empat transaksi bayaran berjumlah AS$330 juta (kira-kira RM1.187 bilion) melalui dua bank berasingan di Malaysia disalur terus kepada Good Star Limited, kata portal berita berkenaan memetik dokumen yang mereka miliki.
Dalam tajuk kecil ‘Perjanjian antara kerajaan diluluskan Kementerian Kewangan‘, Sarawak Report berkata:
“Permohonan yang dikemukakan oleh 1MDB yang mendakwa pinjaman ini menyatakan ‘sebahagian daripada inisiatif kerajaan dan kerajaan antara Malaysia dan Arab Saudi khusus untuk meneroka peluang-peluang pelaburan dalam sektor tenaga, kata penyiasat.
“Namun, ia kekurangan bukti menunjukkan adanya perjanjian rasmi antara kerajaan kedua-dua negara.
“Sama ada wujud bukti atau tidak berhubung mana-mana pelaburan oleh PetroSaudi International di Malaysia, selain daripada membeli UBG bank milik keluarga Taib (bekas Ketua Menteri Sarawak, Tan Sari Abdul Taib Mahmud), di mana Sarawak Report kini mendedahkannya, ia adalah juga dibiayai oleh 1MDB.
“Bagaimanapun, 1MDB menyatakan dalam permohonan kepada pengawal kewangan bahawa pinjaman kepada 1MDB PetroSaudi telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan dan Lembaga Pengarah 1MDB, kata penyiasat.
“Wang itu tidak disalurkan kepada 1MDB PetroSaudi, sebaliknya kepada Good Star Limited yang dikawal oleh Jho Low,” kata Sarawak Report.
Maklumat mengelirukan kepada pihak berkuasa kewangan
Menurut laporan itu, apa yang paling memeranjatkan ialah siasatan lanjut mendapati bahawa AS$330 juta (kira-kira RM1.187 bilion) yang diserahkan kepada Good Star, telah secara rasmi dilaporkan kepada Bank Negara Malaysia sebagai bayaran kepada 1MDB PetroSaudi.
Mengikut undang-undang Malaysia, semua bayaran membabitkan sejumlah wang yang besar adalah tertakluk di bawah Laporan Sitem Maklumat Transaksi Antarabangsa (ITIS).
Dalam laporan itu, ia menyatakan bahawa wang berkenaan dimasukkan ke akaun syarikat induk PetroSaudi.
jhoo-low-2
“Persoalan sekarang ialah siapa yang bertanggungjawab menyediakan maklumat salah yang menyatakan Good Star Limited adalah anak syarikat PetroSaudi International?
“Dan, kenapa tiada bank yang terbabit dalam mana-mana transaksi berkenaan melihat kepada laporan transaksi itu sebagai mencurigakan?,” kata Sarawak Report.
Kecurigaan semakin bertambah bilamana AS$1.103 bilion (kira-kira RM3.97 bilion) masih boleh berbaki daripada pelaburan PetroSaudi dan disimpan dalam akaun BSI Bank di Singapura sebagaimana didakwa oleh Menteri Kewangan baru-baru ini?
“Daripada sejumlah sekurang-kurangnya AS$1.93 bilion (kira-kira RM6.9 bilion) yang dikira oleh Sarawak Report dipinjamkan kepada PetroSaudi, kami kini mendapati AS$1.19 bilion (kira-kira RM4.25 bilion) pergi kepada Good Star Limited.
“Awal bulan ini kami mendedahkan bahawa pihak berkuasa Singapura mengenal pasti lebih AS$500 juta (kira-kira RM1.787 bilion) bergerak melalui akaun milik Jho Low di BSI Bank dari Good Star sejak 2011 hingga 2013.
Namun, Menteri Kewangan dalam beberapa siri kenyataan mendakwa bahawa AS$2.3 bilion (kira-kira RM8.22 bilion) sudah ‘ditebus’ daripada pelaburan PetroSaudi pada 2012 dan AS$1.103 bilion (kira-kira RM3.94 bilion) daripada wang itu dalam bentuk tunai masih berada dalam akaun 1MDB di Singapura.
“Beliau memberi alasan tidak mahu membawa pulang wang tunai itu ke Malaysia untuk membayar sesetengah hutang 1MDB disebabkan akan melibatkan permohonan kepada Bank Negara Malaysia.
“Adakah ini masanya Ketua Audit Negara menghubungi bank BSI dan memeriksa akaun 1MDB?,” kata Sarawak Report.
Sekadar nafi ajer? buat bodo dengan kenyataan di atas tu.! Bukan sahaja tak disaman saman Sarawak Report atau WSJ..! Menjawab kenyataan yang dikatan fitnah tu pun kelam kabut dan nampak benor nipunya..!
Ingat..! Rakyat dan dunia tak bodo..!
Yang bodo siapa?
Lu Fikir La Sendiri!!!