Memaparkan catatan dengan label 1mdb swiss jenayah wang haram najib jahanam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 1mdb swiss jenayah wang haram najib jahanam. Papar semua catatan

Selasa, 18 Oktober 2016

HOT ~ Jenayah 1MDB Terus Terungkai..!


Biar disalut emas sekalipun..kalau dah hanyir dan membusuk tetap terhidu jua akhirnya..!

Laporan: 15 bank Swiss dalam 'zon merah' pengubahan wang haram

Kira-kira 15 bank Swiss diletakkan dalam 'zon merah' pemberi pinjaman terutamanya yang terdedah kepada risiko pengubahan wang haram, kata Ketua Pemantau Perbankan Swiss Finma dalam wawancara dengan sebuah akhbar yang diterbitkan pada hari Ahad.
Pendakwa raya persekutuan Swiss pada minggu lalu berkata, pihaknya telah membuka prosiding jenayah terhadap Falcon Private Bank yang berpangkalan di Zurich kerana didakwa gagal menghalang aktiviti pengubahan wang haram disyaki yang berkaitan dengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Falcon adalah bank Swiss kedua selepas BSI yang menghadapi siasatan jenayah oleh Pejabat Peguam Negara Switzerland ekoran terpalit dengan 1MDB, memetik laporan Reuters.
Langkah berkenaan sebahagiannya adalah bersandarkan siasatan Finma yang turut membuka prosiding terhadap beberapa peminjam lain.
"Kami telah memperkenalkan sistem amaran berhubung dengan risiko pengubahan wang haram," kata Ketua Eksekutif Finma, Mark Branson dalam temu bual bersama akhbar Swiss, SonntagsZeitung. "Kira-kira 15 bank berada dalam zon merah. Ini bermakna mereka khusysnya terdedah."
Branson tidak menamakan bank-bank berkenaan tetapi berkata, kebanyakan mereka terlibat dalam pengurusan aset dan sering mempunyai pelanggan dari pasaran membangun sambil menambah pemberi pinjaman ini melibatkan semua bidang dari negara tersebut dalam pelbagai saiz.
Ditanya sama ada terdapat bank utama Swiss di kalangan mereka, beliau menambah: "Saya tidak menggunakan majmuk, tetapi ya."
Bank-bank dalam senarai berkenaan dipantau dengan teliti dan harus menyediakan maklumat tambahan kepada Finma, namun, pemerhati mahu mereka memahami pasaran membangun di mana mereka beroperasi dan bukan menarik diri, kata Branson.
Boleh juga dibaca bahawa pihak berkuasa Swiss mengambil tindakan ke atas apa jua perlakuan jenayah yang berlaku..! bukan sahaja 1MDB..! cuma barangkali kes yang melibatkan pengubahan wang haram oleh bank dan 1MDB ini besar dan sedia terbukti maka ianya diambil tindakan terlebih dahulu..!
Maka kes kes yang lain akan mengambil giliran selepas ini..! Atau juga semuanya berkait dengan 1MDB sebab perkara yang melibatkan wang berbilion bilion ni bukan boleh di tutup sebelah mata malah tutup muka pun orang masih nampak..!
Lu Fikir La Sendiri!!!