Memaparkan catatan dengan label FAM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label FAM. Papar semua catatan

Ahad, 24 November 2013

Kim Swee Ganti Rajagobal..!

tinggal kenangan le pasukan bola ni...
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada Ahad memutuskan kontrak ketua jurulatih kebangsaan Datuk K Rajagobal yang tamat 31 Disember ini tidak disambung.
Datuk Kim Swee akan menggantikannya sebagai pengendali sementara sehingga skuad negara mendapat pengganti Rajagobal.
Rajagobal mengambilalih tugas sebagai jurulatih Harimau Malaya, daripada B.Sathianathnan pada 2009.
Nasib Rajagobal, 57 tahun seakan sudah tertulis apabila skuad negara gagal mencapai keputusan yang memberangsangkan selepas berjaya meraih pingat emas dalam Sukan SEA 2009 dan memenangi Piala Suzuki AFF pada 2010.
Pada ketika ini, Malaysia berada di tangga ketiga kelayakan Piala Asia dengan meraih emnpat mata daripada lima perlawanan.
Sekaligus secara menyukarkan skuad negara melangkah ke pusingan akhir di Australia sudah hampir tertutup.
Perlawanan terakhir peringkat kumpulan ialah perlawanan menentang Yaman pada Mac tahun depan.
Lu Fikir La Sendiri!!!
Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah (tengah) mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM Kali Ke-9 Musim 2010-2014 di Wisma FAM, Kelana Jaya pada Ahad. Turut hadir Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (kiri). -Foto BERNAMA

Ahad, 18 Ogos 2013

Amaran Raja..!


Amaran akhir ke...

SELEPAS mengambil pendekatan berdiam diri dan membiarkan sahaja perkara yang dilakukan oleh jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam akhirnya tampil memberikan amaran kepada jurulatih itu dan pemain Harimau Malaya.

Mungkin agak keras, namun baginda tidak mahu keputusan lain kecuali memenangi semua baki perlawanan dalam Kumpulan D kempen Kelayakan Piala Asia 2015 supaya sasaran layak ke pusingan akhir terus menyala.

Kata baginda, beliau tidak akan dapat menerima apa juga alasan daripada Rajagobal sekiranya skuad Harimau Malaya gagal melepasi Kelayakan Piala Asia 2015 yang kembali bersambung 15 Oktober ini.

“Apa jua yang berlaku sekalipun, skuad negara perlu menang sekurang-kurangnya dua perlawanan menentang Bahrain (15 Oktober) dan Qatar (19 November) selepas ini sekali gus mara ke pusingan akhir.

“Selama ini saya tidak mengganggu persiapan yang dilakukan oleh pihak pengurusan, kerana saya tahu mereka lebih arif, tapi kali ini mereka harus tahu tiada lagi alasan yang akan diterima.

“Justeru itu, kesemua pemain mesti berusaha bersungguh-sungguh dan melakukan yang terbaik bagi membolehkan pasukan negara layak ke pusingan akhir di Australia,” kata baginda ketika berucap menyempurnakan Kongres Tahunan FAM ke-49 di Hotel Royal Chulan, semalam.

Lu Fikir La Sendiri!!!

Khamis, 12 April 2012

Tahniah FAM...Tahziah Rakyat Malaysia..!

Ada apa dengan bolasepak negara? kenapa dan mengapa? Ranking terbaru yang dikeluarkan Persatuan Bolasepak Antarabangsa FIFA menunjukkan ranking pasukan bolasepak negara telah turun menjunam ke tempat 156..!

Dibawah BANGLADESH (152), PALESTIN (153), NEW CALEDONIA (154) DAN SAMOA (155) sementara dikalangan negara Asean kita berada dibawah VIETNAM (97), THAILAND (141), FILIPINA (146) DAN INDONESIA (151).

Kedudukan sepanjang tahun ini dari Januari -  148, Februari - 150, Mac - 152 dan terkini April 156..!!!

Lu Fikir La Sendiri!!!