Memaparkan catatan dengan label KTDN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KTDN. Papar semua catatan

Jumaat, 19 Mac 2010

Muhyiddin Jangan Buat Kerja Sia-Sia...!!!


TPM minta siasat dakwaan Zahrain tentang Anwar

MUAR 19 Mac – Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mahu pihak berkuasa menyiasat dakwaan wakil rakyat Bebas, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi menjayakan rancangan mengambil alih kerajaan pusat pada 16 September 2008.

Timbalan Perdana Menteri menyifatkan pembongkaran yang dibuat oleh Ahli Parlimen Bebas bagi Bayan Lepas itu sebagai amat serius kerana ia melibatkan nama baik institusi Yang di-Pertuan Agong serta angkatan tentera.

Komen:

TPM minta siapa siasat? Jangan buang masa anggota polis la...selama ini berapa banyak masa dan tenaga yang dibazirkan oleh anggota polis dan pegawai penyisat membuka kertas siasatan? setelah selesai siasatan dan laporan penuh disediakan apakah ada tindakan susulan? Yang kedengaran hanya AMARAN...AMARAN...AMARAN!!!

Jangan tunggu apa tindakan yang boleh dikenakan keatas China Press kerana hari ini mereka telah meminta maaf, walaupun ada dikalangan 'orang dalam' KDN kata ada asas untuk digantung permit 1-3 bulan. Lagipun Menteri Amaran Dalam Negeri telah 'membenarkan' kenyataan China Press itu apabila mengesahkan bahawa Tan Sri Musa tidak akan disambung perkhidmatannya.

Mungkin Muhyiddin kena bincang dengan Najib untuk menubuhkan satu lagi KEMENTERIAN TINDAKAN DALAM NEGERI supaya segala perkara yang begitu menyentuh hati dan perasaan orang Melayu dan Islam selama ini yang telah beratus laporan polis dibuat boleh diselesaikan melalui Kementerian baru itu nanti...

Nak tunggu apa lagi?