Nampaknya PAS terus gigit jari kaki..
Pelakon drama Gerak Khas, Abby Abadi menafikan dia telah menyertai
parti Pas selepas terbabit dalam satu majlis ceramah agama dan
motivasi anjuran parti politik itu di Rhu Muda, Kuala Terengganu, Sabtu
lalu.
Menurut Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 35, kemunculannya pada
majlis yang dihadiri lebih 1,000 orang itu telah menimbulkan banyak
spekulasi dalam kalangan para peminatnya sehingga mencetuskan tanda
tanya.
“Saya bukannya ahli Pas walaupun menyertai majlis itu sebagai salah
seorang ahli panelnya. Saya bercakap atas kapasiti sebagai artis dan
ia adalah majlis ilmu dan tidak ada kena-mengena dengan kempen
politik," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini. - UTUSAN
Lu Fikir La Sendiri!!!
