Memaparkan catatan dengan label ag rahsia negara. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ag rahsia negara. Papar semua catatan

Ahad, 7 Februari 2016

Persoalannya ~ Apa Yang Bocor..?


Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali sedang menimbang untuk meminda undang-undang bagi meningkatkan hukuman ke atas mereka yang membocorkan rahsia negara dan wartawan yang melaporkannya.
Katanya, Pejabat Peguam Negara sedang mengkaji untuk meminda Akta Rahsia Rasmi 1972 bagi memasukkan hukuman penjara seumur hidup dan 10 sebatan rotan.
"Di sesetengah negara, membocorkan rahsia rasmi adalah satu kesalahan yang serius, seperti di China di mana ia membawa hukuman mati," katanya dalam temubual eksklusif dengan akhbar Sinchew Daily.
AG menegaskan sekira wartawan melindungi atau enggan mendedahkan sumber dengan memohon etika kewartawanan, mereka akan dianggap bekerjasama dengan pensabotaj.
"Kami mungkin mendakwa wartawan yang enggan mendedahkan sumber mereka.
"Saya tidak bergurau. Jika saya mempunyai 90 peratus bukti, saya akan dakwa wartawan, editor, penolong editor dan ketua editor. Saya serius, bukan main-main. Berlaku terlalu banyak kebocoran rahsia di Malaysia.
"Hak untuk tahu tidak diberikan oleh perlembagaan," katanya.
Setuju jika perkara yang dibocorkan itu menggugat ketenteraman negara..! menjual rahsia negara kepada musuh..! Mengakibatkan keburukan kepada negara dan rakyat..! Sila..! Rakyat tak ragu untuk menyokong perkara baik sebegitu..!
Namun, jika perkara tersebut mampu menyelamatkan negara dari menerima akibat buruk, menyebabkan negara terselamat dari kebangkrapan..! mempastikan duit rakyat tidak diseleweng..! Negara tidak dirompak oleh kepimpinan yang korup...macam mana?
Terpaksa mendedahkan kemungkaran demi mencari kebenaran..! Macam mana?
Takkan nak bersekongkol dengan kejahatan??? Tentunya Pandi sendiri sebagai seorang yang suci lagi boleh menyucikan tak setuju bersubahat dengan kejahatan..! Kan..? kan???
Tak gitu?
Lu Fikir La Sendiri!!!