Apa lah yang dibincangkan berdua dalam kereta tuh..!
Buat abang Non sakit kepala jer..!
Tengah berpakat tak beri bekas banduan jadi pieemmm kot..!
Mungkin tak ganti Dr M: Apa yang akan terjadi, jadilah - Anwar
Presiden PKR Anwar Ibrahim tidak gusar berkenaan kemungkinan beliau sekali lagi tidak menggantikan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri.
"Usia saya 71 tahun, saya sudah diseksa dan kemudian diseksa lagi (dua kali dipenjara), jadi saya tidak terlalu risau tentang masa depan.
"Saya tahu orang fikir ahli politik tidak bermaksud (apabila mengatakannya), tetapi saya berkata benar. Que Sera Sera (apa yang akan terjadi, jadilah)," katanya ketika diwawancara akhbar India The Hindu.
Ditanya berkenaan tarikh untuk Mahathir menyerahkan kedudukan itu kepadanya, Anwar berkata mereka berdua setuju tempohnya tidak melebihi dua tahun.
"Tapi saya kata penting untuk kita tak umumkan tarikh. Kami mahu Mahathir mentadbir negara secara efektif dan dengan sokongan penuh... Kami perlu bersatu dan tumpu kepada masalah ekonomi yang serius," katanya lagi.
Anwar sekali lagi mengakui bahawa keputusan untuk bekerjasama dengan Mahathir - dahulu musuh ketatnya - ketika PRU adalah sesuatu yang sukar dan menyakitkan.
"Saya bukan hipokrit, dan saya katakan ia satu keputusan sukar dan menyakitkan, juga kepada isteri saya (Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail) dan anak-anak yang begitu menderita.

Macam dah cium bau dan belajar menerima..!
Bagus la..!
Tak gitu?
'Serupa tapi tak sama???'
Lu Fikir La Sendiri..!

