Memaparkan catatan dengan label aziz babi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label aziz babi. Papar semua catatan

Selasa, 9 September 2014

Aziz Babi Menyalak Lagi..!


Pakar Perlembagaan kebanggaan Utusang ni menyalak lagi..! kali ini dengan versi lagi biadap dan kurang ajar..! Macam ni Najib nak hapus Akta Hasutan..! boleh jadi dengan Najib sekali hapus..!

Tidak Salah Ingkari Titah Sultan - Aziz Bari

KUALA LUMPUR: Mengingkari titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung krisis berpanjangan membabitkan perlantikan menteri besar yang baharu bukan perbuatan jenayah.
Bekas pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Dr Abdul Aziz Bari berkata, berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, penderhakaan terhadap Sultan tidak menjadi satu kesalahan yang boleh didakwa mengikut proses undang-undang.
"Derhaka bukan satu kesalahan. Tak seperti di Thailand kerana mereka ada satu akta, sesiapa yang dianggap kurang ajar ataupun biadap kepada raja boleh di hukum.
"Itu undang-undang mereka, tapi di Malaysia tidak ada. Jadi itu hak pihak yang berkenaan untuk menderhaka (menghukukm) sesiapa supaya menjadi 'katak' atau apa sahaja," katanya di sini.
Kenyataannya itu dilihat merujuk kepada perkembangan terbaharu politik di Selangor apabila Sultan Sharafuddin menzahirkan kedukaan baginda terhadap Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP yang mengingkari titah supaya mengemukakan lebih daripada dua nama calon untuk dipertimbangkan ke jawatan menteri besar.
Beliau berkata demikian ketika menjadi ahli panel forum terbuka bertajuk 'PAS Campur Umno: Ke Mana Halatuju?' anjuran Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) pada Isnin malam.
Abdul Aziz menjawab kepada soalan penonton yang bertanya mengenai kuasa yang dimiliki oleh Sultan Selangor mengikut Perlembagaan dalam melantik seorang menteri besar.
Mengulas lanjut Abdul Aziz berkata, mengikut Perlembagaan Persekutuan dan amalan demokrasi, tidak wujud istilah 'kuasa mutlak' oleh seseorang raja atau sultan.
"No such thing as absolute power sebab kita mengamalkan demokrasi. Dalam demokrasi tidak ada apa yang dikatakan kuasa mutlak. Saya fikir dalam Islam pun tak ada kuasa mutlak.
"Jadi dari mana kuasa mutlak ini (timbul)? Apa asasnya?" soalnya yang dilihat merujuk kepada kuasa budi bicara Sultan Selangor dalam perlantikan menteri besar.
Bangsat..! Barua...! Biadap...!
Lu Fikir La Sendiri!!!