Memaparkan catatan dengan label bangsat pengkhianat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bangsat pengkhianat. Papar semua catatan

Rabu, 18 Januari 2023

Tugas Barua Pengkhianat Perlu Di Teruskan..!

 

2 hari ni bukan main sebok barua Poad LP dan Nurjazlan hatrick mempertahankan tuhan politik mereka si Zahid. Hakikat bahawa sejak PAU melabuhkan tirai minggu lalu telah menyebabkan ameno semakin jauh di tolak oleh ahli dan rakyat, kesan daripada keputusan yang menafikan pemilihan di peringkat Presiden dan Timbalan yang merupakan kehendak ahli akar umbi. Ianya juga telah menjadi pertikaian umum sama ada ia sah atau tidak di sisi perundangan. Masih menjadi persoalan dan tidak tuntas.

Sebelum ni pun penulis ada bagi tahu siapa kah watak si hatrick di sini dan juga watak LP di sini. Apa pun itu lah watak mereka yang merosakkan parti berjasa kepada bangsa dan negara kerana sempit berkiblatkan seorang Presiden yang bacul menghadapi pemilihan parti.

Hakikatnya apa yang di paculkan oleh mereka sebenarnya..


Di harap ada di luar sana yang berani membawa ke pihak berwajib keputusan PAU yang lalu berkaitan sah atau tidak usul yang di bawa oleh wakil Nismilan tu. Tak cabar kita tak tahu. Betul tak? 

Hentikan UMNO ni dari dikuasai oleh para pengkhianat. Cukup la parti di tunggang oleh puak yang telah di tolak oleh rakyat dan pengundi dalam PRU yang lalu. Kini mereka semakin di tolak oleh ahli UMNO sendiri. UMNO tidak boleh di kuasai oleh satu puak yang menjaga kepentingan mereka sahaja. 

UMNO perlu kembali menjaga kepentingan semua ahlinya orang Melayu dan Bumiputera. UMNO perlu kembali mengemudi Barisan Nasional untuk kembali menjadi wadah yang di percayai oleh rakyat dan pengundi untuk mentadbir kerajaan negara ini.

Selagi Zahid dan konco konconya ada...selagi tu lah UMNO tidak di terima. Nak tunggu sampai bila? Lu Fikir La Sendiri..!



Selasa, 3 Januari 2023

Lokman Bangsat & Pengkhianat Takkan Boleh Dipisahkan..!

 


Araikian disebutkan bahawa si bangsat Lokman Adam sejak selesai PRU15 yang lalu menjelajah ke pelusok negara mengutuk dan membelasah siapa jua yang di lihat tidak sehaluan dengan tuhan politiknya. Modus operandi si bangsat Lokman ni sebenarnya telah bermula dari sebelum PRU15 lebih lebih lagi setelah mendapat keampunan dunia akhirat apabila diterima semula sebagai ahli ameno. Maka bermula la siri menghentam Hisham, Mail, KJ dan lain lain pemimpin ameno supaya parlimen segera di bubarkan. 

Ketika itu, di sebelah PN yang cukup memberahikan si bangsat ini hingga setiap kali membuka mulut maka akan terpacul la nama Muhyiddin, Tun M, Hamzah juga Hadi. Seperkara yang tidak di songket, tidak di tusuk, tidak di rejam dan di tonggengkan ialah Anwar Aljuburi.

Gerakan bangsat ini sebenarnya jelas dilihat dan boleh di baca, bahawa si bangsat dan sekutunya dalam ameno sememangnya tidak mahu MN berjaya, memberikan naratif bahawa ameno akan di buli jika kekal di dalam MN. Gambaran bahawa rosak dan buruknya hubungan 2 parti Melayu Islam ini ialah gambaran Nga Kor Meng yang mengatakan Malaysia akan menjadi negara seperti Taliban. 

Zahid dan sekutunya tahu bahawa jika MN di teruskan, ianya akan mendapat sokongan hampir 8 juta pengundi Melayu Islam. Kemenangan MN merupakan mimpi ngeri bagi puak puak ini. Zahid dan sekutunya tahu bahawa kepimpinan MN tidak mencampuri urusan Mahkamah. Tentunya cikgu tidak dapat di angkat menjadi pieem. Cikgu tak jadi pieem apa nasib yang bakal menimpa Zahid dan sekutu baruanya? Itu yang bertukar nada dan bertukar corak tarian para barua.

Kini, usaha mesti dipergiatkan untuk mempastikan tokeynya si pangkhianat utama kekal sebagai presiden. Maka siapa jua yang di lihat berpotensi untuk mencabar malah yang lebih di takuti tokeynya boleh di kalahkan tentu agenda memfitnah perlu dipacu masuk ke gear-5. Guna manual rupanya. Almaklumlah pasukan pengkhianat tentu ada jabatan naratif, itu sebab kena manual.

Ahli ameno dan orang melayu di luar sana sebenarnya langsung tidak meyakini kepimpinan Zahid yang di ampu oleh Lokman, Jamal, Puad, Jazlan, Razlan. Piee dan Asrap hatrick serta para penjilat yang lain lain. Malah ramai lagi pengundi bukan Melayu dan Islam yang meyakini BN sebagai kerajaan selama ini baik di dalam mahupun di luar MCA&MIC. Namun mereka tidak akan berganjak menolak BN jika nama seperti di atas tu kekal di barisan utama kepimpinan.

Atas sebab itu lah puak barua empty pengkhianat ni tahu bahawa pemilihan bukan sesuatu yang mudah, pemilihan tak mustahil bagi mereka semua tertonggeng tertiarap ke tanah. Jadi kerja mesti terus berjalan, dedak pasti turun untuk mereka di bahagian bahagian. Perjuangan untuk Abata?


Sejak semalam dah ramai yang ucap selamat hari raya maaf zahir batin. Di tambah lagi Menteri pulak kong kalikong berkata..


Dah..rakyat pulak kena amaran jangan takutkan pelancong China. Rakyat membangkitkan keresahan dan kerisauan. Negara lain ada yang dah menutup kemasukan pelancong dari China, takkan kita cuma nak dengar ulasan pihak KKM memeriksa air kumbahan kapal terbang yang datang dari China ajer. Itu pun dah lepas 2. Habis yang tak buang apa apa semasa dalam flight KKM nak periksa kat mana?

Akal ada ker? Lu Fikir La Sendiri..!