Patut ler ramai yang mengaitkan GBN yang baru ni dengan pelakon kung fu Hong Kong tu..!
Rupanya GBN yang baru ni reti ber 'taici'. Sebagai Timbalan Gabenor Bank Negara ketika di zaman Tan Sri Zeti tentunya beliau lah tempat Zeti membincangkan segala perkara yang berkait dan terkait dengan institusi kewangan negara..! Pastinya apa yang Zeti tahu..beliau juga maklum dan memahaminya..! Ini membuktikan bahawa beliau tahu 'lebih'..!
Tiba tiba Najib buat kenyataan yang Bank Negara sudah membuat report Polis berkaitan 'surat BNM kepada PAC' yang diletakkan sebagai OSA yang dikatakan telah dibocorkan oleh WSJ..!
Boleh diandaikan bahawa Najib tidak tahu dan tidak dimaklumkan lebih awal yang pihak BNM akan membuat laporan Polis..! Itu sebab muka Najib pun sembab dalam memberitahu perkara tersebut kepada pihak akhbar.
Cuba kalau Najib tahu lebih awal dan Najib mahu ianya dilakukan..! Tentu tak cukup dunia ni di'beritakan' bahawa tindakan tersebut akan dibuat..! Pasti ayat nya - 'saya telah mengarahkan pihak BNM untuk membuat laporan Polis'. Semangat Panglima Bugis..! Layar di Kembang..Sauh di labih..! Saya telah itu..! Saya telah ini..! Itu ini...begitu begini..!
Pendek kata surat khabar di Marikh pun pasti akan menyiarkan arahan tersebut..! Hakikatnya???
Isu sebegini besar..! Laporan Polis oleh pihak Bank Negara tentu 'memaksa' pihak Polis untuk mengambil tindakan..! Rakyat sil tunggu..!
Dah la tak berapa ceria mengambil 'milage' report polis yang dibuat...tak sampai 48jam pihak WSJ pulak bertegas dengan penuh kejantanan menyatakan....
WSJ pertahan laporannya mengenai M'sia dan isu 1MDB
Wall Street Journal (WSJ) tetap mempertahankan laporannya mengenai Malaysia dan isu 1MDB, walaupun Gabenor Bank Negara Datuk Muhammad Ibrahim telah membuat laporan polis akhbar Amerika itu.
Jurucakap penerbit WSJ,Dow Jones memberitahu Malaysiakini hari ini bahawa pihaknya mempertahan liputan WSJ yang menurutnya dilaporkan secara bertanggungjawab dan demi kepentingan awam.
Jurucakap itu menegaskan demikian dalam respons kepada permintaan untuk mendapatkan komen mengenai pendedahan surat, di mana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam berkata Muhammad telah membuat laporan polis terhadap WSJ.
Surat itu dikatakan daripada Bank Negara kepada Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Hasan Ariffin, yang dilindungi di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).
WSJ, yang telah dituduh sebagai sebahagian daripada kempen yang didakwa untuk menyingkirkan Najib, telah mentweet salinan surat itu, dan ini kemudiannya ditweet semula oleh ketua editornya bagi rantau Asia, Tom Wright pagi semalam.
Surat itu dikatakan telah mengesahkan bahawa Good Star Limited dimiliki jutawan Low Taek Jho, yang lebih dikenali sebagai Jho Low.
Ini bercanggah dengan dakwaan kerajaan bahawa Good Star milik bekas rakan kongsi usahasama 1MDB - PetroSaudi International.
Bermakna bahawa surat tu wujud dan benar..? wujud bermakna kenyataan bahawa Jho Low ada kaitan dengan GSL..?
Itu ke yang menyebabkan ianya dilindungi di bawah Akta Rahsia Rasmi OSA..?
Sejak bila pulak butiran mengenai syarikat swasta menjadi ancaman keselamatan negara?
Atau ancaman kepada siapa?
Lu Fikir La Sendiri!!!
