Dokumen apa pulak ni..! Rakyat dan dunia ni kan bodo..! semuanya dungu menerima apa jua cerita tahyul dan karut marut yang didendangkan..! apa la..!
Mana dokumen Bank Negara, soal Lim kepada Najib
Pemimpin DAP Lim Kit Siang menimbulkan keraguan terhadap pendedahan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Datuk Mohd Puad Zarkashi bahawa perdana menteri mendapat lampu hijau daripada Bank Negara untuk menerima derma RM2.6 bilion pada tahun 2013.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu bertanya mengapa Datuk Seri Najib Razak tidak tampil ke hadapan untuk menjelaskan perkara itu sendiri.
"Jika Najib mempunyai dokumen Bank Negara yang meluluskan deposit sebanyak RM2.6 bilion dalam akaun bank peribadinya, mengapa Najib tidak dapat menunjukkannya dalam tempoh 11 bulan lalu sejak laporan Wall Street Journal?
"Jika RM2.6 bilion sumbangan itu datang dari Raja Arab, mengapa tidak boleh dia mengeluarkan dokumen untuk membuktikannya?
"Bolehkah Najib menghasilkan dokumen-dokumen ini sekarang?," Soal Lim dalam satu kenyataan hari ini.
Puad memberitahu pelajar Malaysia di Canberra Jumaat lalu bahawa pemimpin Umno itu telah bertemu Najib untuk bertanya tentang sumbangan itu.
"Bila sampai ke rumah beliau, kami bertanya kepada Datuk Seri Najib betulkah you dapat RM2.6 bilion. Dia kata betul.
"Beliau tidak menafikan dan mengatakan mempunyai dokumen kelulusan dari Bank Negara untuk memindahkan dana itu ke akaun bank peribadinya.
"Cuma masalahnya, dia kata mungkin, dia sebut mungkin ada pegawai di Bank Negara ataupun Ambank yang membocorkan maklumat tersebut kepada Sarawak Report dan diberikan kepada Wall Street Journal," kata Puad.
Beliau menambah bahawa Najib memberitahu mereka bahawa wang itu datang daripada Raja Arab dan bukan 1MDB.
Najib secara konsisten menafikan sebarang salah laku dalam isu derma sebanyak RM2.6 bilion itu, dan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali membersihkannya daripada sebarang salah laku jenayah.
Angguk ajer la..! Apa pasal pulak Kit nak bantah Ketua Pengarah JASA yang bakal membawa kemenangan besar BN dalam PRU ke 14 yang akan datang..! Dengan berbekalkan cedera dan luka parah dalam kekalahan semasa PRU13 yang lalu di Batu Pahat tentu KP JASA ni mempunyai strategi ampuh untuk memenangkan diri dan semua kerusi BN yang kalah dalam PRU yang lalu..!
Mungkin baginya strategi merapek@merepek ini pasti akan menyebabkan BN diterima ramai dan bakal meraih sokongan rakyat..!
Kalau dah bebal...bebal jugak ler..!
Lu Fikir La Sendiri!!!
