Memaparkan catatan dengan label cawangan tun m. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cawangan tun m. Papar semua catatan

Khamis, 1 Oktober 2015

Ibu Pejabat Nak Kepastian Niat Cawangan Jemput Tun M..!


Semalam dilaporkan bahawa UMNO Cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka merupakan cawangan pertama yang berani menjemput Tun M untuk memberikan ucapan didalam program cawangan tersebut..! Cerita tu boleh baca di sini.

Nampaknya ibu pejabat dalam reaksinya hari ini dilaporkan..

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengingatkan Umno cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka di ibu negara supaya tidak mengadakan program untuk melaga-lagakan pemimpin parti.
Tengku Adnan berkata beliau tidak mahu terdapat pihak mengambil kesempatan melalui penganjuran program-program tertentu.
"Saya tak tahu. Saya tak tahu kenapa dia nak panggil Tun Mahathir. Apa niat cawangan di Pandan ini.
“Kita akan tanyalah apa niat. Kalau niat baik, tak menjejaskan perjalanan parti, ikut etika, boleh buat. Tapi kalau langgar etika kita akan ambil tindakan yang perlu diambil tindakan.
"Kerana kita tak mahu orang ambil kesempatan melaga-lagakan pemimpin," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini.
Umno cawangan itu menjadi cawangan pertama menganjurkan program bersama Mahathir, pengkritik nombor satu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, bagi membincangkan tentang isu-isu semasa.

Kalau panggil Tun M tentu takde banner macam kat atas tu..! tentu penjilat@pengampu yang nak bergambar macam tu tak akan hadir..! Itu yang nak kena tanya niat tu..!

Niat demi Agama, Bangsa dan Negara ke demi Najib?

Kalau jemput Tun M mesti tak dapat niat demi Najib..!!! Tak Gitu?

Lu Fikir La Sendiri!!!