Alhamdulilah..!
China beri tamparan hebat kepada Israel
Sokong penubuhan negara Palestin
Sokong penubuhan negara Palestin
China telah menyatakan sokongannya terhadap penubuhan negara Palestin dan Baitulmaqdis sebagai ibu negara.
Kenyataan itu dikeluarkan Presiden negara itu, Xi Jinping ketika berucap di ibu pejabat Liga Arab, Kaherah Mesir, kelmarin.
Katanya, Palestin perlu ditubuhkan berdasarkan sempadan 1967 untuk menikmati kedaulatan secara keseluruhannya.
“Penubuhan negara itu perlu dibuat berdasarkan garisan sempadan 1967.
“Saya menggesa masyarakat antarabangsa supaya bertindak menyambung semula rundingan damai Palestin-Israel yang tertangguh kerana kedegilan Tel Aviv untuk menghentikan projek penempatan haram Yahudi.
“Ini kerana Palestin menjadi asas penting kepada keamanan di Timur Tengah,” katanya.
Susulan itu beliau berkata, pihaknya sedang menyediakan satu mekanisme baharu bagi menggalakkan keamanan di rantau Arab selain menyokong usaha Liga Arab dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke arah matlamat itu. -Agensi
Lu Fikir La Sendiri!!!