Memaparkan catatan dengan label ckmm bongok. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ckmm bongok. Papar semua catatan

Ahad, 10 Mei 2015

Sel Sel Otak CKMM Mula Berhubung..!


Nampaknya cium keris mintak maaf@ckmm pun tak mahu ketinggalan..! Sebelum ni bukan main garang lagi ckmm meneruskan legasi amarannya dengan memberikan amarannya kepada Tun M tetiba ckmm dilaporkan berkata...

Datuk Seri Hishammuddin Hussein menganggap reaksi negatif pembelian tanah bernilai RM188.5 juta oleh Lembaga Tabung Haji (TH) berpunca daripada persepsi masyarakat mengenai beban kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dan menggesa ketua audit negara segera mengemukakan laporannya mengenai aliran tunai 1MDB.
"Kita perlu segera memadam persepsi negatif dan syak wasangka di pasaran dan pandangan masyarakat penjualan hartanah 1MDB ini merupakan simptom beban kewangan yang dihadapi syarikat pelaburan tersebut.
"Justeru, kita seharusnya mempercepatkan proses untuk mengetahui kedudukan kewangan sebenar 1MDB," kata naib presiden Umno itu dalam satu kenyataan hari ini.
Di samping itu, Hishammuddin mencadangkan, tanpa menunggu hasil laporan audit, lembaga pengarah 1MDB perlu melantik satu lagi firma audit antarabangsa yang bebas "untuk memeriksa, memberi verifikasi dan mendedahkan kepada umum nilai semua aset, liabiliti syarikat serta status portfolio pelaburan dan kedudukan aliran tunai".
"Saya yakin hasil audit bebas ini berserta siasatan ketua audit negara akan dapat membantu 1MDB meyakinkan rakyat tentang status kewangan syarikat pelaburan tersebut," katanya.
Kalau dah TPM dan rakan rakan Menteri sendiri mengakui bahawa mereka tidak dapat menjawab isu 1MDB bermakna sekaligus membuktikan bahawa kebinet sendiri tidak mendapat penjelasan sebenar akan apa yang berlaku didalam 1MDB..!
Kalau kabinet sendiri tidak dijelaskan akan apa yang berlaku didalam 1MDB takkan la ckmm dapat maklumat..! kalau ckmm dapat maklumat bermakna ckmm mendapat maklumat atas dasar peribadi..! atas dasar sepupu..! tak gitu??? Macam isu MH370 la dulu...TPM dan kabinet pun hanya tahu melalui sidang akhbar yang dilakukan oleh kerajaan ..! 
Yang menariknya kenapa sekarang baru ckmm bercakap? apa ckmm tengok kapal dah senget ke? atau ckmm sendiri dah tak yakin dengan Najib?
Lu Fikir La Sendiri!!!