Patut la panda jatuh berguling guling..! patut la kucing pulangkan ikan..!
Seharusnya sebagai penderma yang ikhlas...tak payah la ambil balik..! Sebagai penderma ikhlas dan tentunya kasih dan sayang kepada yang menerima derma seharusnya keluar memberitahu salah faham dunia terhadap penerima derma yang disayanginya berkaitan fitnah derma yang telah tersebar hingga menyebabkan kerajaan penerima derma goyang dan dipandang serong..!
Seharusnya pak Arab tampil membela penerima derma bahawa atas kasih sayangnya kepada penerima derma maka duit itu harus digunakan untuk menang pilihanraya..! menyelamatkan parti dan seterusnya mengekalkan kuasa..! Lebih 'cantik' apabila meng'iya'kan bahawa duit derma tersebut untuk menentang ISIS dan juga melawan pembangkang..! Tak gitu?
Itu la seharusnya yang dilakukan oleh pak arab demi kasih sayangnya kepada penerima derma kerana sanggup menderma sebanyak 2600 Juta..!
Ini tidak..! Dah la senyap sepi tak mahu keluar memberitahu dunia untuk menyelamatkan orang yang dikasihi malah mengambil balik pula baki derma..! Tak derma la namanya tu..!
Keikhlasan Pak Arab ni pun dunia boleh dipertikaikan..!
Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali hari ini berkata Datuk Seri Najib Razak mengembalikan semula sebahagian wang RM2.6 bilion yang diterimanya kepada keluarga diraja Arab Saudi.
Menurut Apandi, pada Ogos 2013, sejumlah wang RM2.03 bilion (AS$620) telah dikembalikan kepada keluarga diraja Arab Saudi kerana dana tersebut tidak diguna pakai.
"Wang sejumlah RM2.03 bilion telah dikembalikan semula oleh perdana menteri kepada keluarga diraja Arab Saudi kerana dana tersebut tidak diguna pakai.
"Berdasarkan keterangan saksi-saksi dan dokumen-dokumen sokongan yang dikemukakan, saya berpuas hari bahawa tidak terzahir apa-apa kesalahan jenayah berhubung dana RM2.08 bilion tersebut," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di Pejabat Peguam Negara di Putrajaya hari ini.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini mengemukakan dua kertas siasatan – berkaitan kes bekas anak syarikat 1MDB, SRC International dan kes RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun bank peribadi Najib – kepada Apandi Disember tahun lalu.
Bagaimanapun hari ini, Apandi berkata, wang dana yang diberikan oleh keluarga diraja Arab Saudi itu merupakan sumbangan peribadi kepada Najib.
Oleh yang demikian, tiada kesalahan jenayah yang dilakukan oleh Najib berhubung wang sumbangan RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadinya itu serta pihak Peguam Negara akan mengendalikan kertas siasatan kepada SPRM dan mengarahkan supaya kertas siasatan tersebut ditutup.
Yang menyebabkan dunia masih tergaru garu kepala ialah kenapa derma tersebut bernilai 2.6 BILION? kenapa jumlah tersebut yang dipilih? Soal dunia lagi kenapa pulak hanya berbaki 2.03 Bilion? tentu ianya tiada kena mengena dengan perpindahan duit keluar ke Singapura yang telah dibekukan akaun disana..! Tentu takde kena mengena kan?
Jangan banyak tanya la..! itukan duit derma peribadi..! suka penerima derma la nak buat apa? Faham? Macam isu Liong Sik..!
Jadi dengan kenyataan AG diatas maka suci murni la penerima derma..! Maka negara pun turut sama menerima tempias suci murninya..!Suci lagi menyucikan..!
Soalnya bagaimana dengan Mahkamah rakyat? apakah benar rakyat menerima penyucian ini? Apakah penyucian ini akan mengembalikan sokongan rakyat kepada UMNO dan BN? Apakah benar rakyat menutup 'kes' ini?
Di dunia..! Di akhirat macam mana?
Sedangkan kita semua secara hakikinya akan berdepan dengan Mahkamah Qadi Rabbul Jalil..! dimana semua kita akan disoal atas setiap apa yang dilakukan..!
Ketika itu semua anggota badan akan menjadi saksi atas apa yang kita kerjakan..! Waktu itu tiada beza pak arab, pemimpin negara mahupun pemegang kuasa..!
Kita semua hanya hamba..di sisi yang MAHA ESA..!
Pastinya yang benar..tetap benar..! yang bathil tetap bathil..!
Nak lari mana?
Lu Fikir La Sendiri!!!
