Kenapa lah utusan sampai tergamak menggunakan 'caption' ini..?
Pas sedia jadi penasihat kerajaan BN
KUALA TERENGGANU 31 Okt. - Pas bersedia bertindak sebagai penasihat bagi membantu kerajaan Barisan Nasional (BN) mentadbir negara dengan sebaik-baiknya demi kepentingan rakyat.
Kalau pun hadi bawang berangan dan meminta nyawa..! tak perlu la utusan ambil itu sebagai tajuk..! Apa Utusan dah terlalu kalut hingga semuanya perlu dijilat..!
Hari ini Hadi sedang membasuh dosa yang dimulakannya di Bonggol Peradung apabila mengeluarkan 'fatwa' bahawa perjuangan UMNO adalah kafir..! makan sembelihan ahli UMNO adalah haram..! Perjuangan menentang UMNO adalah jihad..!
Ditangan Hadi lah hamPAS berpecah teruk..! PAS jahanam ditangan Hadi setelah dimulakan oleh Nik Aziz..!
UMNO jika memang tetap teguh dengan perjuangan demi Agama, Bangsa dan Negara pasti akan mendapat sokongan orang Islam, Bangsa Melayu dan Bumiputera..!
Malah UMNO yang menerajui komponen Barisan Nasional selama 13 kali pilihanraya umum selama ini telah membuktikan kuasa pilihan rakyat 'dari rakyat kepada rakyat' begitu mendapat tempat dihati pengundi dan rakyat..!
Tak payah minta PAS jadi penasihat pun UMNO dan BN selama ini berjaya menjadi sebuah kerajaan yang bertanggungjawab..!
UMNO dan Barisan Nasional tak perlukan dokongan PAS untuk terus memerintah..! Selagi UMNO dan BN berpijak di bumi nyata dengan mengangkat perjuangan rakyat sebagai keutamaan maka pastinya UMNO dan BN juga la yang akan tetap dipilih oleh rakyat..!
Selama ini pengundi yakin, rakyat yakin dan ianya boleh terus diyakini dengan langkah yang cukup meyakinkan..!
Soalnya, sejauhmana keyakinan rakyat dapat diterjemahkan kepada sokongan berbentuk undi?
Jangan tanya Hadi, jangan tanya hamPAS..! tanya kepada pucuk pimpinan yang menerajui kuasa disinggahsana..!
Masih tebal kah keyakinan yang rakyat miliki?
Lu Fikir La Sendiri!!!
