
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin hari ini melahirkan rasa dukacita kerana masih berlaku kejadian dua solat Jumaat dalam satu kariah di beberapa daerah di negeri ini tanpa kebenaran pemerintah.
Baginda bertitah, kejadian seumpama itu boleh mencemar serta menodai kesucian agama Islam seterusnya menyebabkan umat Islam dihina dan dipermainkan.
Titah baginda, masalah tersebut berlaku disebabkan tiada persefahaman dalam mencari jalan penyelesaian sesuatu masalah yang dihadapi sesama umat Islam itu sendiri.
Justeru, Sultan Mizan menyeru seluruh umat Islam di negeri ini agar mencari jalan penyelesaian demi kedamain serta kemurnian hubungan antara pihak-pihak yang bertelagah.
Kalau diikutkan nak ajer sebut yang hadi ni dah cukup menyesatkan umat Islam hamPAS...! dulu dia berfatwa bahawa perjuangan hamPAS ni Jihad maka kalau mati bertempur dengan pihak yang menentang hamPAS maka mati puak hamPAS ni mati shahid!!! padahal mati konyol! mati katak! tak caya cuba gali kubur ibrahim libya, hancur ke tidak?
Dan disebabkan fatwa sesat hadi ini jugaklah yang menyebabkan puak kuda belang hamPAS 'mengimaninya' hingga tak makan sembelihan dan sembahyang 2 imam, dan kejadian ini sebenarnya masih berlaku seperti mana yang dibimbangi oleh Kebawah Duli Sultan Terengganu!
Tok Mad Said MB Terengganu pun sebentar tadi didalam buletin utama TV3 menjelaskan bahawa pihak berkuasa Agama Islam Terengganu sudah pun menasihati puak kuda belang ini namun mereka ini hanya akan mendengar dan mentaati perintah dan suruhan haji hadi..! jelas MB.
Nampaknya rintihan dan kegusaran DYMM Sultan tetap tidak mampu mengubah 'keimanan' yang jauh tertanam dilubuk hati dan perasaan kuda belang hamPAS ini... kalau perintah Allah dan Rasul pun boleh dipermainkan oleh hamPAS selama ini, ini kan lagi perintah dan teguran manusia walaupun kita semua ikrar dan mengakuinya sebagai ulul amri dan ketua Agama negeri...!!!
Lu Fikir La Sendiri!!!