Memaparkan catatan dengan label harga minyak tak naik hassan malik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label harga minyak tak naik hassan malik. Papar semua catatan

Isnin, 2 September 2013

Menteri Nafi Harga Minyak Naik..!


Nasib baik Menteri tak kata jangan pakai minyak..pakai air..! macam mana dia cakap jangan makan ayam dulu tu...

Dakwaan mengenai kenaikan harga minyak petrol RON95 sebanyak 20 sen tengah malam ini hanya khabar angin, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Hasan Malek Hasan berkata, beliau tidak tahu menahu mengenai kenaikan harga minyak tersebut.

“Saya tidak tahu, kita tengoklah dahulu macam mana. Siapa yang bercakap?”

“Kita jangan galakkan rakyat dengan khabar angin. Jika tidak ada fakta, jangan buat andaian yang bukan-bukan. Kalau sampai masanya, saya akan berikan penjelasan,” katanya.

Hasan berkata, orang ramai dinasihatkan tidak mendengar khabar angin mengenai kenaikan harga minyak RON95.

Harga minyak petrol RON95 adalah RM1.90 seliter setelah kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM1.09 sen seliter.


sumber-  sinarharian.menteri-nafi

Lu Fikir La Sendiri!!!