Memaparkan catatan dengan label hishammuddin tun m. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hishammuddin tun m. Papar semua catatan

Rabu, 7 Oktober 2015

Tun M Bukan Pengkhianat ~ Hishammuddin..!


Jelas bahawa Hisham semakin matang..! budaya politik matang yang Hisham tonjolkan ini sebenarnya perlu menjadi budaya politik parti keramat UMNO..! Politik matang yang Hisham tunjukkan ini sebenarnya perlu ada kepada semua ahli terutama pemimpin tertinggi UMNO..!

Syabas Hishammuddin Tun Hussien..! Berani kerana benar..! cuma pengampu@penjilat lepas ni akan serang Hisham ler pulak..!

Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata Tun Dr Mahathir Mohamad bukanlah pengkhianat parti walaupun sering mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan lantang.
Menteri pertahanan itu berkata, kritikan bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu terhadap Najib yang juga presiden Umno bukanlah satu perkara baharu.
"Saya sudah beritahu dalam Twitter kadang-kala mereka yang buat tuduhan kepada perdana menteri sering mengalih tiang gol dan tuduhan ini berubah mengikut masa.
"Kalau dilihat daripada segi parti tiada (pengkhianat)," jawab Hishammuddin kepada pemberita ketika ditanya adakah tindakan Dr Mahathir menggesa pengundi di Pekan memulaukan Najib pada pilihan raya umum akan datang merupakan satu pengkhianatan.
Hishammuddin berkata kritikan berterusan Dr Mahathir terhadap Najib sebelum ini tidak memberi kesan kepada Umno.
"Kalau tanya dia (Dr Mahathir) memburukkan keadaan di parti, saya rasa tidak. Kerana sebelum ini pun ada banyak tuduhan yang dilontarkan kepada presiden kita, tapi tak pecah juga parti," katanya.
Tetapi ketika ditanya apakah wajar tindakan tatatertib diambil terhadap Dr Mahathir, Hishammuddin berkata:"Itu terpulang kepada parti."
Kita sebenarnya bersetuju untuk tidak bersetuju..! Majoriti Ahli UMNO sebenarnya tahu membezakan baik dan buruk..! Itu sebab kalau disorot ke dalam semua mesyuarat UMNO bahagian bahagian yang baru berlangsung semua ahli UMNO meluahkan kerisauan akan situasi politik semasa  tanahair dalam mendepani isu 1MDB dan derma 2700 juta..!
Cuma cara luahan mereka berbeza beza hinggakan ada yang menyanyi, berpantun, bersajak selain daripada ramai yang dilihat beremosi..!
Ini kerana ahli UMNO sayangkan parti..! Mereka sayang parti melampaui sayang mereka kepada pemimpin..! Pemimpin boleh datang dan pergi..! tapi parti harus dijaga untuk terus kekal abadi..!
Pemimpin UMNO jangan menidakkan suara akar umbi..! Dalam isu derma dan 1MDB bukan sahaja suara akar umbi malah suara Raja Raja juga kedengaran sama, senada, seia dan sekata..! sehati dan sejiwa dalam membincangkannya..!
Takkan la perhatian dan kerisauan rakyat marhaien, akar umbi parti hingga lah kepada pihak Istana tidak langsung berasas..! takkan lah kerisauan ini berniat jahat..! takkan lah kerisauan ini mahu menjatuhkan kerajaan..! takkan lah kerisauan ini boleh disifatkan sebagai pengkhianat..!
Diharap kepada Najib dan kepimpinan tertinggi termasuk para pengampu@penjilat renung renung la diri..! Keluarlah dari kepompong penafian..! Keluarlah dari mental block yang merosakkan..!
Berlaku adil dan beranilah menyatakan kebenaran..! Mengakui kesilapan adalah salah satu sifat terpuji dan berani memperbetulkannya pula adalah sifat berani dan bijaksana..!
Rakyat, akar umbi parti malah pihak Istana pasti akan terus kekal berdiri mempertahankan kebenaran..! selama ini pun atas dasar kebenaran la para pemimpin tetap teguh memimpin negara kerana kepercayaan dan keyakinan yang kami beri..!
Mari...sertai kami..! pihak majoriti yang sentiasa melihat sesuatu perkara dengan mata hati..! 
Itu pun kalau teguh peribadi..! kental jatidiri..! dan benar benar berani..!
Kalau tidak???
Lu Fikir La Sendiri!!!