Seharusnya kerajaan menetapkan satu peraturan tegas bahawa hanya warganegara Malaysia sahaja yang layak dan berhak untuk menggunakan petrol Ron 95. Laksanakan dahulu langkah ini..! selepas itu baru la dikelaskan kepada siapa warganegara yang layak dan sesuai..! Kalau pakai kereta cc 3000 atau 4000 keatas memang wajar lah mereka dikecualikan dari menggunakan kemudahan petrol subsidi Ron 95.
Bukan semua warganegara yang layak mendapat BRIM, namun golongan pertengahan ini juga lah yang ramai mengalami masaalah 'kesempitan' wang dalam berbelanja barang keperluan setiap bulan. Duduk di Kuala Lumpur dengan gaji RM5000 dengan anak anak bersekolah seramai 3 orang pasti menerima kesan ekonomi sekarang ini. Namun golongan ini tidak layak menerima BRIM.
Jadi sepatutnya kerajaan juga perlu mempunyai data dikalangan mereka yang tidak layak mendapat BRIM tapi bukan golongan kaya raya yang tidak memerlukan pertolongan dan bantuan subsidi dari pihak kerajaan. Usaha mengumpul data ini perlu digerakkan sekarang..!
Selain dari melihat golongan miskin dan berpendapatan rendah, kerajaan juga perlu melihat dengan lebih serius golongan sederhana dan pertengahan yang ramai sebenarnya hidup kaya tidak tapi miskin menghambat..!
Lu Fikir La Sendiri!!!
Dalam usaha untuk mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan memastikan semua subsidi kerajaan dinikmati rakyat Malaysia yang layak sahaja, harga subsidi bagi bahan api RON 95 dijangka hanya disediakan untuk golongan miskin.
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor membuat pendedahan ini pada Khamis sambil menambah dasar harga baru akan berkuatkuasa pada Mei atau Jun tahun ini.
"Kami mahu mengenakan kenaikan hanya kepada mereka yang mampu. Seseorang mungkin memandu (Toyota) Alphard ataupun Mercedes (Benz) tetapi mereka masih menggunakan petrol RON95."
Beliau berkata mungkin mereka yang tidak layak untuk membeli minyak RON95 pada harga subsidi, hanya layak untuk membeli petrol RON97.
Pada masa ini harga RON95 adalah RM2.10 seliter (63 sen subsidi) dan harga RON97 adalah RM2.80.
Harga runcit RON97 ditetapkan berdasarkan apungan terurus dengan harga bulanan ditentukan oleh kuasa pasaran.
"Malah negara-negara jiran dari Singapura dan Thailand dan juga warga asing yang tinggal dan bekerja di negara ini juga sedang menikmati kadar bahan api dengan harga subsidi," katanya.
Beliau berkata pendekatan baru itu masih dalam kajian oleh Datuk Seri Abdul Wahid Omar dari Jabatan Perdana Menteri.
"Walaupun perkara ini telah dicdangkan beberapa kali pada masa lalu tetapi kita akan melaksanakannya sekarang selepas kami mencari kaedah betul untuk menggunakannya," katanya selepas majlis penyerahan 100 surat tawaran kepada penduduk yang layak untuk menyewa di projek perumahan kos rendah di sini.
"Kami sedang melakukan ini untuk masa depan negara. Kita boleh menerima pakai pendekatan populis dan menyelesaikan masalah-masalah hari ini tetapi ia mungkin berakhir dengan membunuh masa depan kita sebagai sebuah negara," katanya.