Dia bukan Jho Low..! bukan juga suku sakat Jho Low..! Rakyat terutama pengundi Pulai tahu dan masih ingat bagaimana Jazlan mendapat jawatan Timbalan Menteri selepas meninggalkan kerusi panas sebagai pengerusi PAC..!
Tetiba berangin ajer Jazlan ni..
Tindakan kepimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang berterusan mempromosikan parti itu sebagai 'Bersatu' hanya akan mengundang tindakan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed.
Mengulas tindakan Presiden Penaja PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pimpinan parti itu yang masih menggunakan nama Bersatu pada kain rentang dan ceramah parti, Nur Jazlan berkata ia bertentangan dengan syarat kelulusan yang diberikan ROS, iaitu perlu menggunakan akronim PPBM dan bukannya Bersatu.
Berdasarkan Akta Pertubuhan 1966, katanya, penggunaan nama Bersatu bagi mempromosikan parti boleh menyebabkan pertubuhan itu dibatalkan kerana jelas penggunaannya melanggar perlembagaan PPBM dan syarat-syarat dalam akta berkenaan.
"Mereka tidak hiraukan arahan ROS dan ROS boleh mengambil tindakan kerana parti itu tidak mematuhi syarat kelulusan sesebuah pertubuhan," katanya dalam sidang media selepas merasmikan sambutan Hari Pendaftaran Negara, hari ini.
Mahu tak berangin..! masaalah di Pulai cukup mengganggu kepala otak..! Majoriti dah menguncup..! cadangan untuk mengambil alih kerusi DUN Pengkalan Rinting disanggah dan di serang oleh sekutunya MCA..!
Kalau mengikut bacaan semasa boleh jadi lingkup Jazlan di Pulai kali ni..! Itu yang agaknya nak mencari kerusi 'selamat'..! kononnya kerusi Pengkalan Rinting boleh diambil semula oleh BN jika UMNO yang bertanding..! ermmm..! gaduh jangan tak gaduh..!
Bertambah kepala berserabut dengan penerimaan rakyat terhadap parti Bersatu..! UMNO pulak belum mula majlis jika tak nyanyi lagu UMNO..! 'Bersatu kita bersatu' Mau tak bingit..!
Jagalah rumah sendiri lan..! Itu pun jika asih sempat nak dijaga..!
Bersatu walau apapun nama dan sebutannya tetap telah menjadi pilihan rakyat untuk dinobatkan sebagai kerajaan dalam PRU yang akan datang InsyaAllah..!
Tunggu dan jangan gelabah..!
Lu Fikir La Sendiri!!!

